15 September 2017

Thanks, ARORA !

Sekali lagi cerita 2 tahun lepas.. jangan la marah.

Cuma nak bagi ucapan jutaan terima kasih sebab sudi buat farewall aku. dan aku tak sangka diri ini disayangi. (perasannnn, padahal depa happy aku benti keja.. hahaha)


Sebenarnya diorang nak buat suprise kat aku. tapi Abang Rashid yang kantoi kan. so, salahkan Abang Rashid yer! 

Masa tau tu memang aku terkejut. terharunyaaaaa! tak sangka wehhh. sebab selama ni tak pernah ada farewell pon untuk staff lain yang berhenti. cuma last day staff tu kami saling salam bersalaman bermaafan. tu sahaja. 

Terima Kasih, geng. Aku terharu. terharuuu sangatttt (banyak kali dah aku dok taip aku terharu ni)


Selalunya port buat jamuan ni tak de tempat lain la. selain tempat budak Arora HTE. memang dah jadi tempat event makan dah. jamuan raya pon buat kat sini. kiranya tempat ni banyak jadi saksi bersejarah la.. 

Gambar terakhir dengan Arwah Izzuan. tak sangka dia pergi dulu.. 





Muka-muka ni la yang aku selalu keluar site. yang selalu gilir bayar makan, selalu gilir bayar hotel, selalu dahulukan duit kat site kalau duit tak cukop, selalu jadi tukang amek gambar kalau aku nak bergambar, yang selalu bergosip! Semoga korang dimurahkan rezeki ya. 

dengar cerita keja sekarang makin belambak. Bertabah la korang. jangan ingat benda yang tak best. selalu la ingat benda yang best-best. kerja kat mana-mana pon sama je. mesti ada ja benda yang tak kena.. 

Bagi aku kerja kat Miros ni best. walaupon asek la kena ugut tak nak sambung kontrak, kawan-kawan sekerja aku mojoriti yang sekepala. jenis tak berkira! majoriti yea. minoriti yang kedekut dan buat perangai taik tu. tapi biasa la kan. kat mana-mana pon sama. yang masuk kepala kita enjoyyy. yang tak masuk kepala, pegi mamposss kauuu ! hahaha ! dah benti keja ni, tipu plak aku tak rindu wehhh. mesti la rinduu. paling rinduu, mesti la outstation. tido hotel. hahaha ! lepas tu kena salai. rindu wehhh ! 





Terima Kasih korang. Terima kasih.. 

Rinduuuuuuu 

Susun Atur Ayam & Ikan Dalam Peti Ais


Aku ni nak kata jenis manusia OCD tu memang tak la. Tapi sejak berkahwin, aku rasa life aku jadi lain sikit. lain macam mana? lain macam ada sesetengah benda tu lebih sistematik dan praktikal la. sebab apa? sebab Mie macam tu. kahkah! ini lah nama nya saling melengkapi!

ok, kali ni nak cerita pasal ikan & ayam

korang kalau beli ikan ke ayam, selalunya simpan macam mana? kalau dulu, aku letak dalam 1 tupperware. satu tupperware untuk ayam, 1 tupperware untuk ikan. bila nak guna, aku rendam semua sekali walaupon dalam tupperware tu ada 10 ketul ayam, tapi aku nak guna 2 ketul je. memang aku rendam semua.. kalau 4 kali masak, 4 kali la aku rendam sampai la ayam tu habis.

sekarang aku dah ada cara yang lebih praktikal dan mudah.



Ayam dan ikan yang telah dicuci. ok masa gambar ni diambil, aku tak tau lagi petua untuk ikan supaya segar.

petua untuk ikan segar, lepas buang perut tu, ikan tu tak payah cuci, just terus simpan sahaja. masa nak masak, baru la cuci sebersihnya.

senang saja. asingkan ayam/ikan mengikut kuantiti sekali masak. macam aku, sekali masak kalau ikan tu aku masak 3 ekor. sekor untuk sekali hadap. setengah lagi untuk pinggan ke dua. setengah cukop la. Dulu buat 4 ekor sekali masak, tak habis. so memadai sorang makan seekor setengah sekali makan.

Aku selalu masak lauk berlainan setiap kali waktu makan. tapi boleh ja nak panas kan balik lauk yang yang tak habis. macam makan malam, panaskan je masakan tengah hari. tapi jarang sangat aku buat macam tu. sebab dalam kepala otak dah plan nak makan apa. kadang pagi dengan tengah hari aku masak. malam dah ajak makan luar pulak. so better aku masak untuk sekali makan sahaja. ni untuk hari cuti Mie la. kalau hari bekerja, aku masak breakfast tu macam nasi goreng ke, memang aku makan benda tu la sampai tengah hari. malas nak masak kalau semata sorang je nak makan. aku makan je apa yang ada. kalau roti, roti la. kalau biskut, biskut la..

lupa. waktu aku cuci ayam aku akan asingkan sikit bahagian dada untuk aku potong.

untuk apa?

untuk nak masak nasi goreng ke, bihun goreng ke, isi ni akan aku guna. so sama jugak. aku dah letak portion yang sepatotnya untuk sekali masak. tak kuasa ehhh, nak rendam semuaaa lepas tu ambik separuh, simpan separuh..

portion untuk kami laki bini memang banyak ni ja la.





Bila dah siap semua aku akan asingkan ikut spesis. letak dalam plastik ikea tu. senang & kemas.




Kenapa letak dalam plastik ikea ni?

sebabnya dia ada 'zip'. plastik kecik-kecik tadi tak ada zip ni.

boleh ja kalau nak letak dalam tupperware. tapi untuk aku yang peti ais comel ni, tak dapat menampung. dengan cara ni ruang pon jimat.

untuk penjimatan ruang, cepat & mudah, memang aku buat cara ni sampai sekarang. memang mempercepatkan kerja di dapur. cewahh ! ayat suri rumah sangattttttt! 

14 September 2017

5d Art Museum Langkawi

Sebenarnya ni cerita 2 taon lepas.

tapi..

ada aku kesah kan? hahahahahahahaha! gelak jahat cam setann

5D Art Museum Langkawi ni terletak di Langkawi Fair, Kuah. Beza yer 5d Art Museum dengan 3D Art Museum. 3D Art Museum kat Cable Car nunnn!

Sebenarnya, aku ke sini tanpa dirancang. sebab bosan mereput di rumah, ajak la Mie jalan-jalan. Aku pon tak tau nak kemana dah. Kebetulan nak beli barang dapur, ajak la ke Langkawi Fair.  Kat Langkawi Fair ni ada Billion, Brands Outlet, Mc Donalds, Guardian dan beberapa butik sukan yang lain la. macam Adidas, Puma cam tu.. Vincci & PDI tak ada kat sini. Kena ke Langkawi Parade. Langkawi Parade pon masih di Kuah. Tak jauh pon jarak nya..

Ok, berbalik cerita pasal Langkawi Fair, Langkawi Fair ni kalau korang datang naik feri, lepas ja turun feri, masa on the way tu ada satu shopping mall sebelah kanan korang. tak yah risau sesat. memang confirm lalu punya. Nak jalan kaki boleh kalau tak banyak barang. tapi aku tak rasa pon orang Malaysia rajin nak jalan. haha! mesti naik kereta punya. sebab cuaca Malaysia kan panas.. aku tak cakap pasal orang lain. ni contoh diri sendiri. haha! tapi kalau dah terdesak tu aku jalan kaki jek..

Aku ke sini, masa 1st Ramadhan aku kat sini. haha! kelako kan? 

kan tadi aku cakap cadangnya aku dengan Mie nak g beli barang dapo je. lepas tu dok tengok la banyak banner 5D Art Museum ni. so nak tau la lokasi nya kat mana. sebab berdasarkan landmark.. cakap kat situ jek. tapi aku nampak sunyiiii jek. tak meriah pon. Langkawi Fair ni 2 tigkat. tingkat bawah penuh la dengan kedai. tingkat atas tu tak penuh macam tingkat bawah. yang ada kat atas tu, opis-opis ape ntah. tu pon kecik-kecik. so macam tak sangka la 5D Art Museum tu lokasi nya kat situ. Sebab tu nak pegi tengok tempat dulu.. 

Bila dah sampai, tanya harga tiket, lepas tu opkos la tak ada orang. aku pegi masa tu tengah hari. bulan puasa pulak. Rasa macam aku dengan Mie ja kat situ. Mie tanya aku nak masuk ke tak.. dah aku tengok lengang, kitorang berdua ja. lepas tu apa la aktiviti kat dalam ni selain bergambar jelah kann? 

makanyaaaa..

ayuh la masuk! lagi pun ari pertama puasa beli makanan kat param jek. selalunya hari pertama puasa kitorang, memang kitorang berbuka makanan kat param. sebab yea lah.. param kan? setahun sekali! umpama macam kitorang ni 'welcome' la Ramadhan. 

Ni harga tiket untuk masuk. 
Harga tiket akan menjadi lebih murah kalau korang tunjuk ic yang beralamatkan Langkawi atau kalau kerja kat Langkawi, mesti ada name card kan? Tunjuk ja name card korang tu

Masa aku masuk ni. aku tak tukar lagi ic alamat Langkawi. So hampir kecewa sebab nak harga murah kan? lepas tu Mie try tanya kalau guna name card dia. so boleh. 

nak tau harga tiket kitorang?

RM10!

Kalau normal price RM20 untuk sorang. untuk kitorang, RM20 untuk 2 orang! Yahuuuu ! 

Jom la layan gambar yang kitorang amek dalam ni.. 







































Sila muntah yea.. dalam ni keja nya memang bergambo ja. so, bergambo je la. bagi berbaloi RM10 tuh. kihkih ! 

kalau tanya aku nak masuk lagi ke tak..

cukup la sekali. maybe 10 tahun lagi masuk pulak. haha! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...