15 September 2017

Susun Atur Ayam & Ikan Dalam Peti Ais


Aku ni nak kata jenis manusia OCD tu memang tak la. Tapi sejak berkahwin, aku rasa life aku jadi lain sikit. lain macam mana? lain macam ada sesetengah benda tu lebih sistematik dan praktikal la. sebab apa? sebab Mie macam tu. kahkah! ini lah nama nya saling melengkapi!

ok, kali ni nak cerita pasal ikan & ayam

korang kalau beli ikan ke ayam, selalunya simpan macam mana? kalau dulu, aku letak dalam 1 tupperware. satu tupperware untuk ayam, 1 tupperware untuk ikan. bila nak guna, aku rendam semua sekali walaupon dalam tupperware tu ada 10 ketul ayam, tapi aku nak guna 2 ketul je. memang aku rendam semua.. kalau 4 kali masak, 4 kali la aku rendam sampai la ayam tu habis.

sekarang aku dah ada cara yang lebih praktikal dan mudah.



Ayam dan ikan yang telah dicuci. ok masa gambar ni diambil, aku tak tau lagi petua untuk ikan supaya segar.

petua untuk ikan segar, lepas buang perut tu, ikan tu tak payah cuci, just terus simpan sahaja. masa nak masak, baru la cuci sebersihnya.

senang saja. asingkan ayam/ikan mengikut kuantiti sekali masak. macam aku, sekali masak kalau ikan tu aku masak 3 ekor. sekor untuk sekali hadap. setengah lagi untuk pinggan ke dua. setengah cukop la. Dulu buat 4 ekor sekali masak, tak habis. so memadai sorang makan seekor setengah sekali makan.

Aku selalu masak lauk berlainan setiap kali waktu makan. tapi boleh ja nak panas kan balik lauk yang yang tak habis. macam makan malam, panaskan je masakan tengah hari. tapi jarang sangat aku buat macam tu. sebab dalam kepala otak dah plan nak makan apa. kadang pagi dengan tengah hari aku masak. malam dah ajak makan luar pulak. so better aku masak untuk sekali makan sahaja. ni untuk hari cuti Mie la. kalau hari bekerja, aku masak breakfast tu macam nasi goreng ke, memang aku makan benda tu la sampai tengah hari. malas nak masak kalau semata sorang je nak makan. aku makan je apa yang ada. kalau roti, roti la. kalau biskut, biskut la..

lupa. waktu aku cuci ayam aku akan asingkan sikit bahagian dada untuk aku potong.

untuk apa?

untuk nak masak nasi goreng ke, bihun goreng ke, isi ni akan aku guna. so sama jugak. aku dah letak portion yang sepatotnya untuk sekali masak. tak kuasa ehhh, nak rendam semuaaa lepas tu ambik separuh, simpan separuh..

portion untuk kami laki bini memang banyak ni ja la.





Bila dah siap semua aku akan asingkan ikut spesis. letak dalam plastik ikea tu. senang & kemas.




Kenapa letak dalam plastik ikea ni?

sebabnya dia ada 'zip'. plastik kecik-kecik tadi tak ada zip ni.

boleh ja kalau nak letak dalam tupperware. tapi untuk aku yang peti ais comel ni, tak dapat menampung. dengan cara ni ruang pon jimat.

untuk penjimatan ruang, cepat & mudah, memang aku buat cara ni sampai sekarang. memang mempercepatkan kerja di dapur. cewahh ! ayat suri rumah sangattttttt! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...