15 September 2017

Thanks, ARORA !

Sekali lagi cerita 2 tahun lepas.. jangan la marah.

Cuma nak bagi ucapan jutaan terima kasih sebab sudi buat farewall aku. dan aku tak sangka diri ini disayangi. (perasannnn, padahal depa happy aku benti keja.. hahaha)


Sebenarnya diorang nak buat suprise kat aku. tapi Abang Rashid yang kantoi kan. so, salahkan Abang Rashid yer! 

Masa tau tu memang aku terkejut. terharunyaaaaa! tak sangka wehhh. sebab selama ni tak pernah ada farewell pon untuk staff lain yang berhenti. cuma last day staff tu kami saling salam bersalaman bermaafan. tu sahaja. 

Terima Kasih, geng. Aku terharu. terharuuu sangatttt (banyak kali dah aku dok taip aku terharu ni)


Selalunya port buat jamuan ni tak de tempat lain la. selain tempat budak Arora HTE. memang dah jadi tempat event makan dah. jamuan raya pon buat kat sini. kiranya tempat ni banyak jadi saksi bersejarah la.. 

Gambar terakhir dengan Arwah Izzuan. tak sangka dia pergi dulu.. 





Muka-muka ni la yang aku selalu keluar site. yang selalu gilir bayar makan, selalu gilir bayar hotel, selalu dahulukan duit kat site kalau duit tak cukop, selalu jadi tukang amek gambar kalau aku nak bergambar, yang selalu bergosip! Semoga korang dimurahkan rezeki ya. 

dengar cerita keja sekarang makin belambak. Bertabah la korang. jangan ingat benda yang tak best. selalu la ingat benda yang best-best. kerja kat mana-mana pon sama je. mesti ada ja benda yang tak kena.. 

Bagi aku kerja kat Miros ni best. walaupon asek la kena ugut tak nak sambung kontrak, kawan-kawan sekerja aku mojoriti yang sekepala. jenis tak berkira! majoriti yea. minoriti yang kedekut dan buat perangai taik tu. tapi biasa la kan. kat mana-mana pon sama. yang masuk kepala kita enjoyyy. yang tak masuk kepala, pegi mamposss kauuu ! hahaha ! dah benti keja ni, tipu plak aku tak rindu wehhh. mesti la rinduu. paling rinduu, mesti la outstation. tido hotel. hahaha ! lepas tu kena salai. rindu wehhh ! 





Terima Kasih korang. Terima kasih.. 

Rinduuuuuuu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...