23 January 2015

7 Hari

Pejam celik. pejam celik.

lagi 7 hari aku akan bergelar suri rumah.

Tak tau nak cerita perasaan. Lain macam rasa dia.. 7 tahun aku kerja. Ntah. Yang pasti.. Aku sedih tinggal kawan-kawan..

Pertama kali aku kerja kat satu tempat.. dalam tempoh yang lama.. dan... haruslah aku jadi sedih.. dan sekarang, perasaan aku agak sensitif. tak dapat dibendung lagi.. kawan-kawan aku majoriti baik-baik belaka. macam mana tak rasa sedih. tapi bila suruh pilih kawan-kawan atau suami. semestinya aku pilih suami.

Semoga kawan-kawan aku tak lupa aku. walaupon aku jauh di mata.. :(

14 January 2015

Setelah 7 tahun.. Bye Miros !

Akhirnya.. aku dah hantar notis peletakan jawatan.
heee !

aku amek masa hampir 6 bulan pikir dan buat keputusan sebelum aku bagi notis.
kenapa aku benti keja??

senang ja.

mengikut suami yang bertugas di Langkawi.

tak tahan kottt.. dok jauh-jauh.. dan.. bukan kah tempat isteri disisi suami? pertama kali pikir, aku rasa sayang sangat nak berhenti. sebabnya.. yea lah.. sekarang aku kerja dalam sektor kerajaan. sapa tak sayang, kan? ramai orang yang nak kerja dalam sektor kerajaan kan? sebab pikir terjamin. sama la. kalau aku kata tak.. tipu la pulak.. tapi pikir balik.. status aku kontrak jek. pastu.. kalau aku pilih nak kerja.. sanggup pulak aku jarang-jarang jumpa suami aku. ishk.. takkan aku pilih duniawi semata?
dalam masa aku pikir-pikir tu.. dalam 50-50 nak benti kerja ke tak tu.. aku nampak status Fb kawan aku.

"duit.. kalau banyak mana pun takkan cukup"

betol jugak. sama la. dlu gaji aku x la macam sekarang. Alhamdulillah, ngam je.. kira macam ckup la. sekarang gaji naik.. ponnn tak cukup jugak. sama la gaji Mie.. sebab pikir ayat tu lahh yang aku bulat tekad berhenti kerja. Alhamdulillah.. Mie mampu sara aku. Lepas ni.. aku tak boleh la belanja macam aku kerja kan?

risau nak berhenti sebab pikir.. macam mana aku nak berbelanja macam sekarang. HAHA ! teruk betul pemikiran. aku pun percaya. rezeki Allah ada di mana-mana. rajin tak rajin jek.. kan?

31 hb Januari last aku di Miros. serius.. tak sangka akhirnya aku yang akan meninggalkan Miros selepas 7 tahun berkhidmat. selama ni.. aku join farewall orang jek. sekarang.. aku yg 'di farewal kan' (maaf ayat rojakkk sangat) Banyak yang aku belajar sebenarnya . dari segi kerjaya, persahabatan, rakan sekerja.. 7 tahun... kalau ade anak. anak dah darjah 1.

sedih pulak aku taip ni. HAHAHA !

masa Mie tanya aku..

"Abang, dapat offer g kerja kat Langkawi, B sanggup tak berhenti kerja? tapi, bila masa B nak berhenti, terpulang la kat B. Abang bagi B masa.. "

"serius??? " air mata dah bertakung. Happy dimurahkan rezeki. sedih meninggalkan kawan-kawan. semestinya h2m

masa tu.. aku terbayang muka Day & Liya !

lepas Mie cakap macam tu.. aku terus whatsapp Day. meleleh terus air mata. yea lah.. aku dengan Day, dari aku datang Kajang bawak toto dengan bantal sebijik, sampai la sekarang aku boleh tidur atas tilam, ada bantal peluk, ada cadar segala.. ( paham tak apa aku nak sampaikan ni? maksud aku.. dari aku susah.. sampai la sekarang.. Alhamdulillah dimurahkan rezeki. )

Liya pulak.. aku selalu dengan dia waktu lunch dan balik kerja. kadang-kadang balik kerja pergi melepak makan sesama. pastu banyak la cerita.

Yang lain pon aku ingat la.. kang ada yang sentap cakap aku tak ingat...

Uyah.. selalu jadi bff bila aku dalam kalangan rakan sekerja. maksud aku dalam Reer la. tengah meeting ke.. apa ke.. memang aku berdua dengan uyah.

Dudud.. selalu ada masa lunch. HAHA ! suka bahan aku.

Rara.. budak kecik ni dah jadi suri rumah tangga dah lama dah.. selalu kalau ada masalah.. memang akan cari kitorang..

Haneem.. walaupun kat dia dah lama tinggalkan Miros.. tetap dihati. dia ni nakal. :p sama macam dudud.. suka bahan aku.

Kak Epah.. selalu bagi nasihat bab agama la. nama pon kakak.

Aku tak tau apa aku nak buat nanti. Cuma aku cakap dekat Mie.. aku nak cuba berniaga online, merangkap suri rumah sepenuh masa dalam masa 6 bulan. Kalau tak berjaya.. aku cari la kerja apa-apa kat Langkawi tu.. banyakk kan kerja kat sana. Janji halal sudeh.

Aku akan ke Langkawi 5hb Februari. 17hb Februari aku akan kembali ke sini. Amek kereta. dan segala barang. sebab masa tu raya cina. Mie cuti panjang. so, tak payah die bazirkan cuti die kan..
Rumah aku? rumah aku dengan Mie amanahkan Day & Seli untuk jagakan umah ni. Saaayang sangat nak bagi sewa. terpulang diorang nak duduk di rumah ni dihari bekerja atau nak melepak terus. barang-barang macam tilam, katil, peti ais, mesin basuh, dapur, meja makan dan barang-barang besar yang lain.. memang kitorang tinggal je. Diorang guna lah.  dan sama-sama jaga lah. cuma bil air , api diorang kene bayar sendiri la. hehehe !

Sekarang kerja pon malas. serius. HAHA ! aku tak tau normal ke tak normal. hehe !



ok, bye ! T_T

05 January 2015

Bye 2014 , hye 2015

2014.
Tahun yang menyedihkan untuk negara.
ok.. tak mau cakap pasal negara. sebab aku tau... rata-rata orang yang baca blog aku ni org Malaysia. so, aku rasa dah tau dah. heee !

Untuk diri sendiri.

2014 adalah tahun yang sangat mencabar buat aku. tahun ni jugak aku dah kenal kawan tikam belakang. sesapa yang penah rasa.. mesti tau macam mana rasa sakit hati tu. kita layan dia elok. rupanya tikam kita dari blakang. fuhh ! sabaq ja lah.. ok abaikan. 

Permulaan 2015 aku.. agak kurang cantekk . walaupon tak sampai sebulan lagi... heeee :D 

Balik dari jumpa Mie, aku demam pulak. nak dijadikan cerita. Malam tadi.. masa dok berkemas-kemas untuk aku outstation hari ni.. aku tersedak. jenis tersedak penas kat tekak tu. perghhh ! minum air masak x kena.. minum susu tak kena... lama-lama aku biar je. elok sendiri.. 

masa tu.. aku memang ade rasa kepala sakit. tapi malas nak layan... buat derk jek. maybe pagi ni baik la tu. dah tido kan...

alarm aku bunyi. nak suruh bangun la nak g keja. aku kena ada kat opis 6.30pagi. bermakna 6.30 pagi tu aku and the geng memang nak bergerak dah.. kepala aku berat. badan panas.. tekak sakit ! arghhh ! aku dah rasa bersalah dengan team. tapi.. kalau aku dengan demam-demam ni gagahkan diri jugak pegi... Lagiiiiii la aku nyusahkan team. kang aku melepet je tidooo.. tak buat keja.. lagiiii sakit hati team aku... terus je whasapp team leader.. aku tak dapat nak pergi aku demam. sama la dengan project leader. lepas bagitau diorang... memang aku tidooo jek.. kepala sakit.. x brapa nak ok. Aku ni pulak jenis manusia.. suka lambat kan makan ubat... sebab aku tak nak manjakan diri aku, bergantung sangat dengan ubat.. tengah hari bangun.. pinggang pulak sakit.. dengan perut lapar.. aduii.. waktu ni lahhh aku teringat Mie.. suami ku terchentaaa.... benda-benda macam ni la buat aku tak kuat bila dok jauh ni...

2 hari lepas. aku bangun tido.. mulut aku naik gelembung. dalam tu siap ade air bisa lagi.. Mie pecah kan.. nah.. ari ni siap nanah. tapi ari ni lagi better.. sebab nanah dah kurang and luka tu jd kering. tapi bibir masih bengkak. aku tak pasti kenapa. samada aku salah makan atau aku kurang air dalam badan atau panas keterlaluan dalam badan aku. aku pon tak tau... macam biasa.. aku memang tak pegi klinik. aku teguk air kosong banyak-banyak. ntah.. maybe sebab tu kot susut.

Ye lah.. tu serombong kapal. :p aku nak tunjuk bengkak kat bibir aku tak surut lagi. 

i need my husband.. :'(


09 December 2014

Susun Atur : Pin / Brooch Untuk Travel

Dah lama tak post pasal susun atur. bukan tak nak, tapi rumah pon tak berapa nak susun atur sekarang.. sebab packing barang untuk bawak barang ke Langkawi. Alhamdulillah.. Mie dah selamat menjalani kehidupan baru kat sana. sepanjang berjauhan ni.. baru sekali ja aku pegi Langkawi. tu pon sebab Sabtu Ahad. so, sekejap sangat. so, tunggu la Rabu ni.. Lama sikit nak dok sana. lama pon.. setakat 4 hari ja. bukan 4 la.. 3 hari ja. sebab hari ke 4 tu aku balik dah balik Kajang.

Ok. melalut dah cerita susun atur aku kali ni. kuikuikui !

Selama ni aku memang bermasalah la bila pin atau brooch aku rosak masa aku keluar jalan-jalan atau pon aku di opis. sekarang aku dah senang sikit. aku buat spare. Benda alah ni aku tak buat sendiri yea.. kebetulan hari tu masa beli pad Libresse dapat free..




 

Ok yang ni pulak pandangan dalam. 
 



HEHEHE ! mudah kan ? senang simpan dalam handbag. selit jek. selain tu.. cincin pon boleh letak. sebab ade butang kat situ.. boleh bukak untuk masukkan cincin.

So, sekian sahaja lah caerita bab susun atur aku buat kali ni. jangan tanya nak beli kat mana.. sesungguhnya aku memang tak pernah jumpa lagi menda alah ni.. kalau ada yang pernah jumpa.. boleh la bagitau.. mana tau.. kot benda alah ni rosak.. nanti aku tau la kat mana nak beli. Tak gitu ?


ok, bye ! =)

08 December 2014

Penghias Bibir

Aku ni spesis manusia yang mudah terpengaruh. HAHA ! terbaru.. aku terpengaruh dengan warna lipstik macam Amyra Rosli dalam drama Suamiku Encik Sotong.

sumber google

sumber google
Cantekkk pulak aku tengok dia pakai kaler nih.. maklum la. Aku ni jarang pakai lipstik. selalu pakai lipbalm. tak pon lipsice tu.. merah pon sikit-sikit jer.. aku ada la jugak lipstik aku beli 5 tahun lepas. yeaaaa... aku beli lipstik 5 taon lepas. Silky Girl... beli 2 RM14 ke macam mana ntah. tapi yang pasti beli 1 free 1. kehkeh ! tu pon bertahan 5 tahun.. tu aku pilih kaler-kaler pucat la. tak de lah nak menonjol macam ni.. tapi sejak dok melayan cerita ni.. haihhh... bekenan pulak aku tengok lipstik dia. tapi dia pakai.. lawa la.. aku ?? HAHAHAHA ! maybe lebih lawa sikit dari sotong? HAHA !

Kebetulan.. hari Jumaat lepas balik lepak dengan Liya, kat Metro Point tu ada sale Maybeline pulak.. so pergi lah.. perempuan dan sale.. memang tak dapat dipisahkan, kan ? kan ? So, rembat la 2 batang lipstik. jadi RM30. dengan bedak compact RM9. aku dari dulu memang pakai bedak compact Maybeline ja. Yang bentuk bulat tu kaler biru.. kalau takde kaler biru kaler hijau. harga pon dalam RM10-RM15 jek.. tahan berapa lama ?? 6 bulan pon boleh.. sebab aku tak tenyeh bedak tu hari-hari. Bila nak make up or aku kuar dengan Mie jek aku pakai. Hari bekerja jarang. Selalu pegi opis muka aku selekeh. HIHIH ! tapi kalau keluar buat survey.. aku make up la sikit. bagi nampak kemas sikit muka aku ni.. kang lari pulak orang tengok muka aku yang sememeh..


Ni ja la koleksi penghias bibir aku. Lipstik yang sama bentuk tu je baru beli. yang lain semua jenis lipsbalm lipice


Lipsbalm yang sedia ada pon tak habis-habis lagi aku pakai.. lipstik tu.. mau bertahun-tahun tu
Kalau dulu.. lipstik aku tahan 5 tahun.. aku tak tau tempoh hayat lipstik baru aku. maybe lebih panjang? Aku tak rasa jangkja hayat dia lebih pendek. aku menjangkakan panjangnya hayat lipstik tu. Hoihh ! tu pon aku ada hati nak kumpul-kumpul duit nak pakai mac. Kalau beli mac.. jangka hayat panjang.. mau kena bising dengan Mie. beli buat perhiasan. bukan nye nak pakai. Lipstik yang 5 tahun lepas pon.. bukan nya dah habis ke apa.. lipstik tu dah keluarkan bau.. aku sendiri jadi tak berani nak tenyeh kat bibir. maybe dah expired kot.. So, buang je lah.. sebelum jadi apa kat bibir aku.

Before ni aku ada pakai lipstik yang boleh tuka ikut warna darah tu.. keluaran dherbs terlajak laris tu.. tak sesuai dengan bibir aku. bibir jadi kering amat. pastu keluar bintik-bintik plak. Tapi aku sukaaa gilaa pakai lipstk tu.. sebab lembab.. pastu kena la dengan muka aku bila warna dia tuka. tapi nak buat macam mana.. dah tak sesuai dengan bibir aku.. pastu aku bagi jek kat Day. tak tau la apa nasib lipstik tu dengan Day.. HIHI !

Seronok tengok orang yang berdisiplin bab manjaga kecantikan ni. eh, bukan seronok. KAGUM. aku yang takde anak ni.. punyaaa la pemalas. tapi aku ada tengok kat opis aku ni.. ada anak lagi.. tapi elok je dia.. kemas.. muka make up.. rajin la senang cakap. bila aku nak rajin macam tu ntah.. asek awal taon je aku selalu rajin... sebab aku jadikan rajin make up ni azam aku tiap- tiap tahun. bila sampai pertengahan hinmgga hujung tahun.. muka aku pon kembali la sememeh seperti biasa. dasar pemalasss ! korang jangan follow aku. HAHA !


ok, Bye !

07 December 2014

Hantu Laksa

Selama 3 minggu dah.. setiap malam.. santapan untuk makan malam aku.. adalah LAKSA. pelik.. memang pelik.. sebab tak muak pulak aku. 3 minggu berturut-turut aku makan laksaaaaa memanjang.

Semua bermula 3 minggu lepas. Aku masak laksa untuk diri sendiri. Masak 4 ekoq ikan ja. sekali... 2 minggu baru habisss ! tudiaaaa ! jadinya.. dinner.. aku makan la.. takkan nak membazir.. yang peliknyaa.. takde plak aku muak ke ape. Aku p Langkawi jumpa Mie pon aku ajak g makan laksa ikan sekoq kat Padang Matsirat. gila tak gila...

Lepas balik dari Langkawi.. setiap hari ada jaa.. nak dijadikan 'jodoh' mesti makan laksa. sampai la ke malam ni. dinner aku laksa ! 

Rara cakap aku mengandung. HAHAHAHA ! mampu gelak jaa.. sebab rasa macam mustahil. sebab aku ada makan pil perancang.. untuk betulkan kitaran period aku. kena makan ubat tu selama 3 bulan ja. semua ni atas nasihat doktor la. takkan aku ni memandai pulak kan...

Aku rasa.. sebab musabab aku hari-hari makan laksa... maybe sebab tak sedap mulut. sebab aku selsema. suara pon rock. demam pon yea. pait mulut pon yea jugak. so, laksa ni kan masam-masam manis sikit. tu yang buat aku selera sangat tuuu..
So, kat sini aku share lahhh gambaq laksa yang aku teringattt nak snap sebelom makan. (selepas baca doa yea... ) dari laksa bikin sendiri sampai lah laksa order kat kedai. HAHAHA ! aku start snap gambar laksa lepas aku sendiri perasan.. setiap hariii aku makan laksa. HAHAHAHA !


ok, bye ! =)




Pekat kan kuah dia ?? slurppp ! aku sendiri rasa kebuloq !

kalau dah nama hantu laksa.. haruslahhh reti masak laksa kan ? Haa.. ni cara aku masak laksa.. laksa aku tak letak belacan tau.. 

06 December 2014

Manusia Jenis Tak Menyabaq

Korang layan cita Suamiku Encik Sotong tak? alahhh... yang ada kat astro tu... yang Sharnaaz Ahmad jadi sotong tuuu... haaa... ingat kan??

tengah hottt sekarang ni cita tu.. bukan apa.. majoriti orang tak sabar nak tengok Sharnaaz yang macho.. yang kasar tu.. tetiba jadi sotong. Dulu jadi Jebat dalam cerita Bukan Aku Tak Cinta bukan main macho sweet muit.. romantika di amorrr lagikk.. tetiba kali ni jadi sotong. wowww ! menarikkk !

Ye lahh.. meh aku mengaku kat sini. memang aku minat Sharnaaz pon.. Di mata aku.. geng2 anak mami ni, jenis2 hindustan ni.. Hansome. hewheww ! masa  Sharnaaz ada rambut.. handsome berganda-ganda. cuma sekarang sejak dalam cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta.. tak berambut. jadi.. kurang handsome lah. HAHA !

Okkkk.. jauh menyimpang ni cerita aku. Nak cerita yang aku tak sabar nak tunggu drama Suamiku Encik Sotong ni habis, aku dah beli novel dia. Punya tak menyabo. sama penyakit la dulu.. Bukan Kerana Aku Tak Cinta. tu ponnnn... aku tak menyempat... tak sabaq nak tunggu episod seterusnya. Ada yang cakap tak best sebab jadi tak suprise. Adaaaa aku kesah? HAHAHA !

So, malam ni.. lepas layan Maharaja Lawak Mega, aku start la 'study'. Gigih kan??

Ok, Bye !

10 November 2014

Melalut

Dalam 2, 3 hari lepas Day dengan Seli ada tido umah aku. Macam sweet la.. teman aku.. ecewah.. walaupon aku memang memanjang kena pakai tudung dalam rumah sendiri.. tapi tak pa. atleast aku ada orang nak borak. btw, thanks Day.

Sekarang, sejak menjak aku drive sendiri pegi keja.. jam tepat pukul 5.. aku memang tak senang duduk dah. gelisah ! kat kerusi aku tu dah macam ada duri-duri dah. tak boleh duduk ! ubat dia... sharp pukul 5.. aku KENA balik. HAHAHA ! tak kuasa dah nak balik lewat-lewat.. rasa ada sesuatu menghantui jiwa. tediaaaa... ayat tak boleh blah !

Macam hari ni. aku terlewat 15minit . pukul 5.15ptg baru aku keluar opis. Ntah buat apa ntah.. sok sek sok sek.. dah membaziaqqq 15 minit. =p lepas ja thumb print.. amek keta terusss pegi car wash. dah berkeladak sangat dah Tax aku tuhhh... ya lah.. hari -hari lain aku nak basuh... tetiba hujan.. hari ni masa aku balik tak hujan pulak. tapi macam mendung-mendung sikit. tak mustahil nak hujan kejap lagi... tapi.. aku dah tak boleh tengim sangat dah Tax tu. keladak sangat dah.. bawak pegi cuci..

Masa otw balik rumah.. lepas lorong TNG tu.. alamakkk ! tingkap keta ni buat hal pulakkk ! cuaca dah mendung dah.. telefon Day.. kot-kot masih dalam area Kajang lagi.. rupanya.. diorang dah kat Nilai. erm... tak pa lah. tingkap tak boleh tutup ! pastu bawak bertenang.. aku tekan lagi punat tu.. Alhamdulillah ! tingkap pon tertutup. Ngam ja tutup... Hujan lebat !! haihhhh ! pandai ko timing eh tingkappp ! legaaa... aku dah risau dah.. kalau tak boleh tutup.. macam mana aku nak buat ni. nak parking nanti macam mana. kalau masa parking hujan lebat macam mana pulak.. Tapi, alhamdulillah... boleh tutup. Lega...

Yang aku dok pot pet tanpa arah tuju ni.. sebenarnyaaa... aku dalam keta ! tak keluar lagi ! masih kat tempat parking rumah aku. hujan lebat gilaaa ! aku malas guna payung.. aku tunggu je la dalam keta kejap. sambil belek blog mana yang dah update tu... sekali... aikk... lama la pulak... tu yang aku membebel tanpa arah tuju...

Mesti rasa menyesal baca apa yang aku dok melalut ni.. HAHAHA !

OK, BYEEEE ! =)

08 November 2014

Kalah Tanpa Bertanding

Haaaaa? macam mana tu? pelik sangat bunyi tu... selalunya kita dengar.. menang tanpa bertanding je kan ? kes aku ni.. dah kalah, tak bertanding pulak. memang patot la kalah dah tak bertanding kan? 

haaaa... kes aku.. len maciammm sikit..

Malam tadi aku bukan main risau lagi.. risauuu takut aku tak cukup nafas hari ni , risauuu aku krem. risau.. melemahkan team. haaa... apa yang aku risau tu.. semuaaaaaa tak berlaku ! aku tak sempat nak berpeluh pon ! HAHAHA !

Tak de rezki lagi tahun ni nak menang. walaupon tempat ke 3. apakan daya. bukan rezeki. yang pasti... kali ni kalah teruk dari tahun lepas. nak buat macam mana... bukan rezeki...
kisahnya bermula dengan... single lelaki. single lelaki dah start kalah. diikuti single wanita. dan.. dilengkapi double lelaki. tak cukup fit lagi ni.. haa.. mesti tak paham kan? team badminton ni terdiri dari single laki, single perempuan, double laki, double perempuan dan akhir skali.. mix double. dalam 1 team ni.. kitorang kena collect 3 mata untuk menempatkan diri ke peringkat seterusnya. so.. bila dah 3 game kalah. secara automatik dan tidak mahu membuang masa... double perempuan dengan mix double tak main. ohh ! kecewa jugak. bukannya nak tunjuk lagak kita ni hebat ke apa. tapi pengalaman. ya.. pengalaman dalam gelanggang yang serius macam tu. tekanan dalam gelanggang macam mana.. macam mana rasa berdebar-debar nak start main... ha... cam tu lah.. pengalaman semua tu bukan senang nak datang. tapiiiii tu lahh.. bukan rezeki. single perempuan cedera. lagi 4 mata ja lagi nak menang. tapi.. nak buat macam mana... dah tak mampu... sebab dia.. dia pakai kasut ketat. salah jugak si pemain ni.. tak sempat beli kasut sukan baru. haha ! senang cita.. tu penyebab ja.. yang hal sebenarnya.. bukan rezeki..

Mungkin rezeki pada tahun hadapan. in shaa Allahh. adat bertanding lah. menang kalah. tapi nampak gaya.. tahun ni kalau menang.. lagi best. sebab dia... dapat duit dan medal. taon lepas.. dapat medal je. tak pe lah. nak buat macam mana kan? kitorang menang sorak je lahhh.. hihi !


budak MIROS dan bergambar.. berpisah tiada

ntah macam mana.. beratur kali ni aku pulak kat depan.. 

ni partner aku. hihi! jangan pandang sebelah mata ehhh :)

ni semua atlit MIROS ke sukan ni untuk tahun ni


ni team badminton. memag takde muka lain dah



ok, bye ! =)

07 November 2014

Badminton & Harapan

Esok ada badminton. kali ni lawan. aku risau.. sebab? aku lama tak training ! stamina tak daq. malam ni dah sapu-sapu minyak angin kononnya. risauu kot-kot esok krem ka apa.

Kalau diikutkan hati. memang tak nak join. tapi nak buat macam mana. ketandusan pemain wanita. tapi tu lah hakikatnya. susahh sebenarnya bila namanya perempuan, isteri , ibu nak bagi komitmen sukan - sukan macam ni. Nak-nak pulak jenis anak yang breastfeeding. mana bole berenggang dengan mak dia. kang tak pasal-pasal.. mak dok dalam gelanggang.. anak dok meraung kat tepi court badminton tu. mak pon tak boleh nak fokus.

Tahun ni sangatlah sibuk. boleh dikatakan setiap kali hari training tu aku kena keje luar. Apakan daya. kena dahulukan yang wajib la kan? Tu yang aku cakap tadi.. kalau diikutkan hati, memang tak nak. dah la tak training, stamina tak daq. gemok pulak. haaa.. complete.. aku tak senang duduk pikir naseb aku esok. Harap semua berjalan lancar.

Disebabkan aku tak turun training, aku memang tak meletakkan harapan yang besar. Sebelum ni, ada gak letak harapan . tapi... memandangkan training tak turun... dah malas nak mengharap. cuma.. jadi berdebar.. sebab aku tak nak lah kalah teruk sangat. kalau kalah teruk yang aku tak mau. malu woo. hahaha !

semoga dipermudahkan urusan esok !

chaiyok ! buat diri sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...