Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

28 April 2016

Tempat Kerja Baru

sekarang aku dah kerja. bukan keja hebat mana pon. hanya kerani tapak dekat-dekat rumah aku. bosan duduk saja kan. kawan pon tak de.

aku dah start keja pertengahan bulan 2 ari tu. nak kata busy sangat.. biasa-biasa ja pon. dari bulan 2 hingga bulan 3, opis aku tak de internet. memang mengharapkan data plan kat hp memasing jek. bosan la jugak. jenuhh juga dok jimat data la apa.

kat opis ni, tak ramai staff pon. aku , site supervisor, driver, pekerja asing (bangla, indon) engineer . engineer tak de kerap sangat kat site. sebab dia sebok buat paper work kat HQ. HQ company aku keja ni kat Alor Setar nunn.. engineer(pai) ade 3 or 2 hari jek kat site ni. yang kerap ada di site, aku, supervisor (pendi), driver.(alep)

diorang tu memang baya adik aku la. driver tu paling muda. 23. keja part time ja dia tu. baru habis study diploma. sementara nak konvo, nak dapat kerja lain.. kerja ja la kat sini. ayah dia projek koordinator kat sini.

pastu kat tapak ni.. memang aku sorang ja pompuan. dari pekerja asing.. sampai la ke label orang atas. untuk disini, memang aku sorang ja pompuan. pastu kawan-kawan dengan diorang ni pon sempoi jek. macam kawan-kawan, adik beradik gitu.bergurau, memang masuk kepala. time serius.. serius la.. kerja aku kat sini, selain jadi kerani, aku ni merangkap kakak, mak, bibik, delivery girl. kenapa aku cakap macam tu? pagi-pagi aku tolong belikan breakfast. pastu biasa la laki kan.. sudu lambat basuh. plastik bekas makanan dok peruk atas meja. aku jadi mak-mak kejap. bebel. sekali harung aku bagi. engineer ke, supervisa ke.. driver ke.. tapi paling teruk aku bg ke driver tu. si Alep. bukan apa.. dia ja yang rilek. kang aku bebel tak pasal-pasal kat engineer.. kot tak kena angin.. mau kena balik aku. sebab dia kerja banyak pikir kan. sama la dengan supervisa tu. tengok masa jugak aku bebel. pai dengan pendi ni jarang sket la kena bebel dengan aku. sebab diorang selalu stress pasal keja. kang tak pasal-pasal aku plak kena. haha ! kalau alep  ni memang selalu la aku bebel. sampaikan dia cakap..

"kak ni tak adil la. awat tak hingaq kat depa 2 tu? depa lambat basuh camca kak x beletiaq pon"

hahaha ! aku selalu beletiaq si alep ni.. bukan apa. dia yang paling rilek kot. haha ! kalau dia kerja banyak macam pai dengan pendi... memang tak la.. oh! aku bagitau Mie yea.. aku selalu keluar dengan alep. yea la.. aku tak de pilihan kot. semuaaa laki kat sini.. kalau ada pompuan pastu aku gatai kuar berdua dengan laki memang mencari penyakit ya.

kenapa aku selalu keluar dengan alep? sebab dia yang paaaaling free sekali. hihi

kadang-kadang aku jadi kaunselor jugak. diorang bertiga ni memang suka mengadu kat aku..

"kak.. saya kan...."
"kak.. ok tak kalau saya buat macam ni.."
"kak.. ni awek baru. saya baru chat dengan semalam. comey tak.."

gitu la.. selalu diorang akan mengadu bila aku tinggal berdua la. mula la dengar cerita. kadang-kadang tengah buat kerja pon stop kejap semata dengar cerita. naseb la yang dok cerita tu boss... kakakakak !

buat masa sekarang ni memang aku enjoy la kerja sini. walaupon engineer ni bos aku.. bila bercakap aku ber-aku hang ja. sempoi. dia pon tak kesah. dia sendiri cakap. tapi dia tetap bahasakan diri dia saya la. 3 orang ni memang bahasa kan diri diorang saya dengan aku. kecuali alep tu kadang-kadang bahasakan diri dia alep. mengada ja aku rasa. layan ja la...

ni la tempat kerja aku
bangla ? indon ? masa mula-mula aku masuk ada la kakak indon ni keja. kagum aku pompuan buat kerja berat-berat. sekarang dia dah berhenti. bangla aku kawan dengan sorang je la. panggil dia Mama. ntah kenapa ntah nama dia mama.. seronok jugak kadang tu dengar cerita dia. cuma.. bila dah dengar cerita tu.. otak ko sekali kena bekerja. haha ! ayat bahasa melayu tunggang terbalik. pastu sebutan pon mix dengan bangla kan.. hihi !

masa naik lori. alahh dari depan ke belakang jek. sebab malas nak berjalan tengah panas dan berdebu. naseb bek laaa tak de bau bawang... hahaha !
ni opis aku
meja tu memang tak dapek la nak kemas. bila kemas je lagi teruk diorang sepahkan.. hahaha! bukan sepah ape sangat. diorang dok letak plan segala dokumen atas tu. aku la tukang kutip. kalau ada sampah aku la tolong buagkan semua. tak ke aku dikira cleaner jugak tu?

pakaian aku ke opis ni..tak jauh beza sangat la dengan kerja tempat lama dulu. cuma bezanya.. sekarang hari-hari. dulu kat site je..

ni pakaian harian.yea lah aku gemok kan? haha ! 

muka memang malas nak make up. muka togel je. tudung ni aku pakai hari-hari. sebab tudung ni warna hitam, tak payah gosok, basuh guna mesin, labuh . instant.

haa tu diaa.. hari-hari dok basuh tudung ni. sekarang segan sikit nak pakai bawal. sebab bawal macam tak tutup sepenuhnya bahagian dada. segan disitu. tu yang aku hentam pakai tudung ni hari-hari.

muka aku selebet gila kan? lantak lah.. tapi masa mula-mula masuk kerja aku rajin la jugak. pakai bedak, lukis kening..dalam seminggu dua je kot aku dok rajin macam tu. lepas tu togel je la. malas sungguh nak bercantik-cantk. sebab orang kat sini semua pakai selebet. tapi diorang selebet-selebet ponn poket diorang tebai. aku selebet, poket nipiss. haha !

kemain kan siap jubah?
pernah la sekali aku pakai jubah datang opis ni. kena gelak dengan budak-budak ni. motip aku pakai jubah? sebab nak senang solat. sini memang la ada surau. tapi dah tentu-tentu sini ramai laki kan. mana ada tempat wanita pon. kang aku tengah bukak tudung.. ade orang masuk pulak. aku pakai macam ni dengan harapan, mudah aku nak solat la. bukan nak tiru fynn jamal okayyy :P

sehari je aku pakai. sebab aku rasa baju aku terrlamau cantik kat sini. dah la baju paaling cantik, kena panas pulak. poket plak nipis. orang len baju buruk poket tebal. rilek jek. esok nye aku tuka pakai seluar balik. haha! solat? aku balik rumah solat. senang.

ni gambar 2 hari lepas. kitorang memang jenis breakfast sama-sama. tak kesah pon hang tu pangkat apa. semua hentam. jadi kawan-kawan.. 
selebet kan aku? ni tanda malas nak iron tudung jugak. tudung hitam tu aku lupa nak basuh.

masuk ja pintu.. alep tego.. "kak nak p markit(pasar) ka?"

tudiaaa.. hahahah ! selebet sungguh la aku. sebab kadang terpikir nak elok-elok sangat pon buat ape ntahh.

aku tunjuk gambar ni kat kawan aku.. diorang cakap..

" bawak-bawak bersiap sket weh, selebet sangat.."

hahahah ! ok.. so, esoknya aku berazam.. nak make up la skit. alah bukan make up apa pon, setakat pakai bedak, lukis kening, maskara, blusher, lisptik sket. tepek lembut-lembut je warna nye..

ni muka aku make up la
bila kaki aku melangkah ja pintu.. (diorang ni datang awal dari aku) alep dok tahan gelak. pastu pendi nampak aku.. terus...

" KAHKAHKAHKAH ! kakkk !!! fuyooo ! kak make up !!!! KAHKAHKAHKAH ! "

alep pulak..

"mana kak kami ni?? mana kak kami?? ni bukan kak kamii !!! "

aku peratiii ja diorang.. kuang ajaq...

"Kemarin hampa kata aku macam nak p markit. hari ni nak la nampak segak sikit. pelik ka aku make up? awat? aku ni jantan ka? "

alep dengan pendi..

"kak, kami lupa kak POMPUAN ! kami dok rasa kak laki ! " KAHKAHKAHKAH

grrrrrrrrrrrrr

balik rumah masa lunch, aku cuci muka. buang semuaaa make up. muka kembali togel..



Sampai pintu...

"Yesss ! kakak kami dah kembali !! ni baru kakak kami !! "

what the...........

dari sudut lain, baguih la.. suka tengok muka aku selebet. muahahahahaha !

gambar hari ni. sebab semua pakai baju hijau belang-belang. HAHA





ok, bye !


26 February 2016

Emosi

Hari ni, last day Fara Fauzana di HotFm.. sedih jugak. Yea lah dah bertahun-tahun aku dengar sora dia. Kiranya aku 'menggemok' dengan sora dia la.. ( ayat sebetulnya aku membesar dengan sora dia )

Dari aku belajar kat IKBN Kuala Perlis lagi. Tengah buat drawing, dengar la sora dia. Masa tu dia kat EraFm. Dalam skuad produa era. Pastu dia jadi dj waktu malam kalau tak salah. Sukaa intonasi dia.

'Halluuuuuu Fara Fauzana in de hauzzzzzz!!"

Ceria orangnya. Lepas tu dia ke HotFm. Pon aku follow. Setiap pagi memang bukak HotFm dengar Am krew. Masa otw g opis bukak hot. Dah sampai opis pon pasang hot. Tapi aku pasang sampai pukul 10 pagi je. Memang semata-mata am krew. Lepas tu bukak youtube layan lagu lain. Aku bukan tak keja eh. Aku buat keja sambil dengar radio. Memang tabiat dah. Bukak pc awal-awal pagi kena bukak dengar radio dulu pastu aku teruskan keja aku macam biasa. Masa tu la masa aku keja dulu.

Kat sini aku pon tak malu nak ngaku, aku penah ja komen ig si fafau ni. Dan 2 kali gak la dia balas komen. Bukan bangga yang aku nak jelaskan disini. Aku nak kata, dia ni kelakar. Low profil. Friendly. Sebab aku tengok dia pegi join bantuan misi banjir kot kalau tak salah, dia cakap dia pegi ja. Padahal dia tak kenal sape-sape pon kat situ. Power la bagi aku orang macam ni. Haha!

Sejak aku kat Langkawi, dalam kereta, aku tak boleh nak dengar HotFm dah. Line x clear kat sini. Kalau kat rumah tu, aku dengar streaming la. Tak pon bukak 8tv. Dah suka kan, sanggup je buat camna pon janji dapat dengar. Hihi!

So, sepanjang 10 tahun aku dok dengar HotFM, ari ni dia dah last. Sedih beb. Rasa macam kawan seperjabat benti keja pon ada! Walaupon dia bukannya kenal aku ponn! Haha ! Dengar ucapan dari kawan-kawan dia.. aku sebak jugak. (Aku sekarang makin emosi. Sensitip. Ciri-ciri nak masuk 3 series maybe)

Bila dia diraikan sedemikian rupa. Teringat aku masa aku benti keja dulu. Aku tak sangka kawan-kawan opis aku baik dengan aku. Serius tak sangka. Aku selalu ingat, kawan-kawan opis aku tak bekenan kat aku. Tapi Alhamdulilah, bila dah benti. Ada yang whatsapp cakap itu ini. Ya Allah.. terima kasih korang, sebab selesa dengan aku. Aku takkan lupa. Rupanya, ada gak orang sayang kat aku. Masa ni memang sedih. Terharu. Serius tak sangka! Aku pon sayang korang wei !

So, aku rasa, yang aku emosi tengok 8tv tadi.. tengok AmKrew nangis tadi.. laki pompuan nangis.. mesti ada yang kata poyo.. tapi aku paham perasaan tu.. maybe sebab tu aku emosi sangat tadi.

Seriussss.. bila aku tengok tadi.. aku fahamm sangat perasaan tu. Sedih tu..

Macam aku dulu 7 tahun. Dalam masa 7 tahun aku kerja tu, jatuh bangun kat opis tu memang aku dengan kawan-kawan aku. Baik dari H2m atau Arora. Dua-dua memang istimewa.

Setiap orang ada jatuh bangun kan. Aku pon tak terkecuali. Ingat masa baru kerja, bila outstation.. duit tak de, tapi tak nak buat advance, aku pinjam duit Liya, duit Day.. lepas dapat claim, aku pulangkan la duit diorang. Tak pernah tak bayar okkk.. lepas tu bila outstation dengan budak-budak Arora pon sama. Tak berkira langsung. Tak de duit nak bayar hotel, tak pe, ade yang volunteer dahulukan duit dia dulu. Makan pon sama. Tak berkira langsung. Bila outstation, tak pernah nak stress walaupon poket nipis.

Aku beria dok cerita pasal Fafau kat atas tadi tu.. sebenarnya nak related kan situasi aku. Teringat setahun lepas. Rindu orang kata. Walaupon skarang situasi masing-masing tak sama. Diorang busy sekarang. Dulu boleh gak merapu kat whatsapp, sekarang tengok macam dah tak sempat. Haha! Bila tengok kawan-kawan busy dah tak macam dulu. Sunyi la jugak. Yea lah kita dah jauh kan... memang macam ni bila jauh dimata. Faham.

All the best korang. Aku doakan kejayaan korang dari jauh. Memang jauh la. Korang kat Kajang aku k4at Langkawi ! Kihkih ! Ada jodoh, kita jumpa. :')


























Rindu.

19 March 2015

Kenduri

Hye !
HAHA ! aku tauu.. LAMAAAA aku tak update blog. sekarang ni.. bukan masalah tak daq masa. masalah tak daq mood. ntah la.. rutin aku sebenarnya.. ada ja masa senggang yang memboleh kan aku cerita panjang berjela. tapi biasa lah alasan aku. TAK DAQ MOOD.

nampaknya sekarang dialek bahasa pon dah lain dah. HAHAHA ! biasa lah kann.. masuk kandang kambing mengembek. masuk kandang harimau mengaum. tapi.. selama aku dok Selangor.. aku tak lupa bahasa ibunda aku aihh.. cuma jarang guna.. tu yang dulu bahasa dalam blog ni.. lebih kepala 'pelet kL' . ( orang utara ja paham pekataan ni. )

Aku melalut eh? eh, macam tak biasa. Bukan selalu ka mukadimah panjang, pastu tak daq kena mengena dengan tajuk. kuikuikui !

Sedaq tak sedaq.. 7 tahun aku merantau di negeri orang. ok.. sekarang pon masih merantau. cuma naseb bekk sebelah negeri ja.. selama 7 tahun.. aku agak jaghang balik kampung. melainkan musim perayaan atau cuti lama.. selama 7 tahun tu. aku dah miss banyak kendughi kawan-kawan aku. termasuk lah bff sendighi ! T_T (mintak maaf wan.... ) so, sejak aku jadi sughi ghumah ni.. dan aku tak bersosial, melain kan bersosial dimedia sosial. ( naseb bekk la.. la ni ada whatsapp, fb segala mak nenek.... )

Baghu-baghu ni.. kawan aku panggey makan kenduri dia... kali ni aku kata dalam hati..

'AKU NAK P'

Aku ghasa.. lamaaa kot.. aku tak p makan kendughi... ohh ! sebenaqnya.. masa kendughi aku dulu.. aku ghisau jugak.. kot-kot tak dak oghang mai kendughi aku. Tapi Alhamdulillah... ada jugak yang mai. ya lahh.. banyak kendughi aku tak p...

Kali ni.. sejak dok Langkawi.. memang aku cuba nak memenuhi undangan kendughi kawan-kawan skolah aku. In shaa Allah dengan izin somi...

Haghi ni aku balik Kangaq.. memenuhi undangan perkahwinan schoomate aku. dari darjah 5 sampai laaa... ke tingkatan 5.. sama sekolah.. p dengan bff kuu ! Wan.

cuaca kat Peghleh hangattttt tu jangat cakap lahh.. ya lahh.. negeghi paling panasss di Malaysia okk.. bagi aku.. p makan kendughi... bek panaih.. dari hujan. kalau hujan.. lecah laa.. selut la.. kalau majlis kenduri tu mendung.. untung laa pada emlunya majlis.. tetamu mesti la sukaaa...

ok lah.. takat tu ja aku nak melalut.


Selamat Pengantin Baghu, Aween !


28 January 2014

Langkawi : Honeymoon Berjemaah Langkawi [Part 1]

15hb 1 - 18hb 1 ari tu aku g Langkawi.

Honeymoon berjemaah kekdahnyaa...  

aku g berempat. Aku, incit Somi, Dayah & Seli. kitorang g nek flight. Bukan nak belagak kaya eh.. kitorang berlagak miskin la ni.. sebab bila dikira, tambah darab bahagi tolak.. g naik flight lagi murah dari naik kereta. pepaham la kan.. betapa 'dekat' nya Langkawi. 

Kitorang tunggu tiket murah Air Asia la. apo lagik ?! hikhik ! pegi balik untuk 2 orang.... RM222 kalau tak salah aku. kitorang beli tiket 3 bulan awal. hewhew ! sooooo.. berbaloi ke idaq ?? =)

15hb hari Rabu.. kebetulan.. kitorang tak pasan pon yang 14 tu memang cuti. maulidurrasul. so, 14hb tu lepak2 umah.. petang2 tu g la umah Day. Umah diorang dekat Labu nuhhh ! memang dekat la nak p LCCT esokk.. So, makan malam malam tu aku bawak barang-barang steam boat kitorang laki binik . HAHA ! boleh tahan banyak eh.. Aku laki binik memang kuat menkedarah ! =)

Ayah-ayah sangat kan ? pakai kain pelekatt ! 

ni lah makanan kami malam tu =)
Keesokan harinya jirang diorang tolong hantarkan kitorang. so sweet.
Ni first time aku nek flight dengan Incit Somi. kekunun excited. HAHA ! 

tu muka incit somi tak pakai sungglases. nampak terpaksa kan ? HAHA

sampai juling la mata aku.. HAHA ! 
Dalam flight aku dapat duduk sekali dengan incit Somi. Day tak dapat duduk sekali dengan somi dia. 

colour block sangat khenn ? =P
Sampai Langkawi dalam pukul 1 stengah aku ase. HAHA ! (banyak makan semut.. aku terlupa )







Settle amek beg.. teus gerak. mase tu la baru nak cari bank.. JANGAN risau..dalam airport tu ada CIMB Bank dengan Maybank. Kiri kanan jek. sonang yo !

Kereta sewa ? Kitorang tak boking pon. sebab bila google. standart viva sehari dah RM70. hurm.. kat airport tu jugak Seli dapat keta sewa. RM160 4 hari 3 malam uols ! kira sendiri 1 hari berapa hengget ! =)

2 malam kitorang menginap di Rumah Persekutuan Holiday Villa, Pantai Cenang. Cane leh dapat ?  rezeki la kot. Seli yang booking. aku tau bayau jek. sebab ade yang cakap.. kontrak tak boleh. Aku kan kontrak... Seli je tetap.. pastu ada yang cakap badan berkanun tak boleh. kitorang ni badan berkanun la. tapi tu la.. rezekiii..... =)

Bini-bini berfotogedik jap 

Ni la VIVA yang kitorang sewa tu. ok sangat ! RM50 je minyak sepanjang 4 hari. tu pon ade lebih mase kitorang hantar tu.. 

Masuk nak check in. rupa-rupanya kena check in kat Hotel Holiday Villa sebelahhh bangunan ni... 

muka excited 

para suami memang excited tengok bilik. sampai isteri pon ditinggal. 
Lepas tengok bilik.. rehat kejap.. kitorang kuar g makan. Disebabkan Seli dengan Day penah datang.. So, Seli bawak g kedai sedap. yang murah. HIHI ! Memang PUAS HATI baq hang ! 

konyang !  Alhamdulillah
Aku dengan Incit Somi dah settle. diorang ni  belomm.. 

Lepas makan.. baru la kitorang g jalan-jalan kat pekan Pantai Cenang tu.. uishh ! tak ramai Melayu. aku dok ghasa macam aku p negara oghang la pulak. ye la.. ghamaiii nyaaa omputeh ! Jalan-jalan dan kitorang cari pakej Island Hopping untuk keesokan hari. Alhamdulillah.. jumpak. sekepala RM25. pegi 3 tempat. Tasik Dayang Bunting, Pantai beras Basah & tempat ada burung helang tu...( yang tu aku cita next entry lahh ! )
kat sini la kitorang beli pakej tu.

Dalam jalan-jalan tu., kitorang beli lah.. stok air mineral.. memasing. memandangkan laki binik kuat minum ayaq. pastu aku pon dok cari la tshirt hitam lengan panjang. sebab lepas ni nak g berendam pulak,.. pastu si Day ni sebokkk nak belio sunblock. sebab tak nak hitam kata dia... nak g kenduri kawen pulak next week. dia kata tak lawa masuk gambaq nanti.. hewhew!

Budak tak nak hitam. kununnye... dok cari sunblock.. 
Plan asal.. ingat nak mandi kolam kejap. pastu nak mandi laut. memandangkan belakang tuuuu jek pantainye.. tapi ralit dok menyelam amek gambaq.. tak dan nak p la.. HAHA ! duk bekubang je la kat kolam tu.... hewhew !
Seli cakap, die teror angkat Day. HAHA

Asek nak terapong je 2 ekor duyong ni. HAHA ! DUYONG okay ! 

Lawak aku ase tengok Seli. 

Yang aku.. asek nak TERAPUNG je. maybe dah memang macam PELAMPUNG la kot ! HAHA






Platipus & Duyong. HAHA ! aku tu sebenaqnya dah nak terapung ! HAHA


 
tengokkkk !! gambar aku.. mesti aku nak terapung. haha

aku pakai je contact lens mase swimming ni. sebab tu aku pakai natang tu. hihi ! baru boleh celik dalam ayaq...  =)



 Disebabkan kitorang dok berendam beria-ia.. maghrib baru naik. macam mana nak p mandi pantai ?? huhu !

balik bilik, siap-siap.. nak g dinner pulak. kitorang g dinner kat gerai-gerai kat pekan Kuah,. yang tu tak nak cerita. sebab kitorang dapat gerai TAK BAGUS. so, selesai hari pertama. =)





*banyak eh gambaq kali ni ? hihi ! layan je la.. jangan muntah sudehh ! ;) *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...