04 April 2013

April Fool & Laksa

1 APRIL 2013:

 Memang April Fool aku bagi kat husband aku. Kihkihkih !

Awal woo aku bangunn.. Pukul 5.30am ! Sebab ? Nak panas kan kuah laksa & nak packing laksa untuk dibawa ke office. Melayan Kak Epah yang mengidamkan laksa.. Orang mengandung. Mengidam. KENA layan !!

Punye bijak aku, aku masukkan kuah laksa dalam periuk nasi Liya. Sebab nak jimatkan penggunaan bekas..(Masa ari Jumaat aku bawak balik periuk sebab ada lebihan nasi. So, aku bawak balik buat nasi goreng ! )

Kuar umah, macam biasa la. Kat jalan kuar kawasan umah aku tu, mesti jammed. Aku letak la beg laksa tu kat kaki aku. Aku tak pegang. Baru betul-betulkan seat belt.. - krikk ! Incit Somi break. Kelam kabut aku bukak balik seatbelt tu. Tengok kat bungkusan laksa. Ok, tumpah... TUMPAH !! Bila betulkan kedudukan periuk tu, nampak la kuah tinggal sikit. Ouhh ! Sedehhh !

"Beg bocor tak?" Incit Somi tanya.

"Rasanyaaa... Takkk kott... Ni rasa - rasa macam dia 'berpeluh' jaa... - sebenarnya aku pon x sure..

Tapi kat kaki aku dah rasa berair.. Aku senyap ja. Tapi dalam hati aku cuak gila !

Sampai kat opis, aku terus angkat beg laksa tu. Then.. !

"Tak bocor kononnn ! Heshhh !!! " - muka bengang gilaaaa !! Tahap singa lapar..

Aku diam.. Amek handbeg.. Salam.. Pastu macam biasa kitorang akan cium pipi.. Aku nak cium pipi dia..

"Dah-dahhh ! Tak payahh !! "

Errrr!! Aku senyum jek. Terus kuar kete masuk opis. Nasib baik laa tak keje tempat yang sama. Kalau tak.. Comfirm ! Aku kene dengar dia marah-marah sepanjang hari !!

Aku BBM suh dia belikan roti untuk serap bau.. Tak reply pon ! Marah lagi la tu... =p

Sapa tak marah kan?? keta bau kuah laksa ! Wuwuuuuu !

Bila kat rumah, balik keja, dia okay dah. Dah boleh bahan-bahan aku.. Caihh ! Tak pe lah, janji tak marah. And tak nampak muka singa. Kihkihkih !! =P





Memang April Fool. Haha !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...