Showing posts with label Kerjalan. Show all posts
Showing posts with label Kerjalan. Show all posts

21 October 2013

Kerjalan : Tawau

10 - 11 Oktober lepas aku g Tawau.

OPSS !! NO.. NO.. NO... Bukan berhoneymoon hokkay ?! Aku outstation. Alhamdulillah... merasa la kerja + jalan-jalan = KERJALAN

Flight kitorang kul 715am. sampai Tawau 10 lebey. (aku tak ingat dah !)

Indah ciptaan ALLAH
Sampai sana terus gerak g buat kerja. cari lokasi. dan aku memang banyak tido jek dalam keta !

Keesoakan harinya.. baru kitorang pegi jalan-jalan..

Oh ! Lupa.. kitorang menginap di MB Hotel.
Tawau disiang hari

Tawau Di waktu malam
lepas breakfast kitorang terus g Pasar Gantung. errr.. Aku pon tak tau apa yang gantung nyer..
Kitorang jalan kaki jek. Tak sampai 5 minit dah sampai dah :)


Ni lah Pasar Gantung ....

ade jual baju.. telekung

kiranya pakaian pompuan banyak la kat sini

dan... semestinya la kan.. ada mutiara !

Hari ni jugak la aku balik. Flight pukul 615pm. so.. kitorang ada banyak masa lagi untuk menjelajah Bandar Tawau.. 

Lepas pegi Pasar Gantung.. kami semua pegi Pasar Tanjung Tawau.. 










Ni haa pasar dia
Apa nak cari kat sini ??? 


ikan kering, ikan bilis, sotong kering.. macam-macam.. tapi beragak sikit la kalau nak beli yea.. kalau boleh dapat kat semenanjung.. tak yah la bersusah payah beli kat sini. =)


dan semestinya.. Rumpai Laut. maklum la kat semenanjung brapa gram je pon dah puluh hengget.. haa.. kalau nak borong.. memang dipersilakan.. murah gilossss !

rumpai laut yang aku pegang ni RM8 sahaja ! aku rasa berat dia dalam 1kg stengah ni. berat jugak... murah kan ??  Aku beli yang purple 1.. yang hijau 1. hijau dikatakan rumpai laut yang lebih berkualiti. aku pon tak tau. harga dia pon dah beza. yang hijau tu RM10. aku beli ja dua-dua. 

dah nama pasar.. ade la jugak makanan ringan macam ni. sekali tengok macam Padang Besar je kan ? :)

Kalau dari pandangan sini.. macam pasar Siti Khadijah, Kelantan
Ade cerita kat pasar ni.. aku didatangi perempuan yang sedang menyusukan anaknya. datang meminta sedekah. aku kesian sangat tengok anak dia. so aku hulur la sikit. tetiba.. datang dalam 3 -4 orang budak kat aku.. cuit aku.. buat muka garang.. buat isyarat tangan.. mintak duit. uishh !! berdebar aku dibuatnya ! siap tarik lengan baju ! terus aku jalan kat Sharil. eee.... !

ok lepas pegi pasar.. kitorang pegi makan tengah ari. kitorang main redah jek. tips nak cari kedai sedap.. senang je.. cari je KEDAI YANG BANYAK ORANG. hahaha ! memang yang tu ja lan tips nye.. kitorang order NASI LALAP AYAM. semua sama. aku cam tertarik nak try sebab tengok nama dia kan.. maklum la mana la aku penah dengar nama nasi cenggini.. 

Ni haa NASI LALAP AYAM. Boleh tahan la rasa.. nak kata sedappp sangat.. tak la kot...  boleh la... 

lepas makan.. disebabkan jarak antara Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau berdekatan..kami balik semula ke hotel. Baru nak check out ! so, boleh bayang la kot.. dekat-dekat ja tempatnya.. Lepas check out... seyes kitorang dah tak tau nak pegi mana dah.. nak ke pulau.. masa tak mencukupi. kitorang ada beberapa jam je untuk balik semenanjung. Tapi bila di Tawau.. seyes.. kitorang dah tak tau nak ke mana.. -_-"


Kitorang pegi Eastern Plaza yang atasnya Hotel Permenade. Jalan-jalan sana.. kitorang rasa macam kitorang je kot yang pegi kat situ.. (selain pekerja kedai la) erm.. maybe jugak sebab ari bekerja..

Bos aku nama Ell. tu dia tengah amek gambor kedai nama dia sendiri. HAHA ! Jauh nauu ! bukak kedai ! HAHA !

lepas tawaf sini .. kitorang ada banyak masa lagi.. kitorang g jenjalan kat GIANT. yea.. GIANT ! hahaah! jalan-jalan untuk buang masa sementara nak tunggu flight... kat GIANT aku tak amek gambar la.. sama ja kat semenanjung ni kot... mengada sangat kalau aku nak tunjuk GIANT Tawau semata.. heshhh ! 

Lepas pusing-pusing GIANT.. kitorang terus ke airport. bapakk awal kitorang sampai . HAHA ! dah tak tau nak kemana dah... 

Airport Tawau



Bye² Tawau ! - 615pm


**In shaa Allah kita ketemu lagi ya Tawau ! kali ni nak g Mabul or Samporna pulak ! Mudahan murah rezki aku dan Incit Somi. Amin !! **

09 May 2011

Kerjalan : Rombongan MIROS ke Pantai Timur 2

wahahah !! entry sebelum ni  pasal Cherating.. ok.. entry hari ni pasal Kuala Terengganu plak.. Selepas bermalam kat Cherating.. pagi² tu dah terus check out g site kat LPT Fasa 2 yang tak siap lagi tu..  LPT tu berakhir di Gemuruh ,Kuala Terengganu.. Aku sunggest la sesapa yang kampungnya di Terengganu.. silalah melalui LPT ni.. hihi !!  aku rase lagi cepat & boleh mengelakkan kesesakan.. tapi sepanjang lalu kat LPT ni biasa² je la pemandangan dia.. kelapa sawit + bukit bukau.. maybe agak bosan la bagi sesetengah orang kan.. kalau ikot jalan pantai.. best sket la panorama.. nama pon jalan pantai kan ? senang cita,terpulang ikot citarasa memasing.. haha !! ( kat mana la citarasa tuhh :P) (^_^)v


OTW melawat tapak

panasss weyy !

walaupun peknen.. sue tetap tabahhh !!
huhu !! ada lagi 1 menda best bila g K.terengganu ni.. mest la sebab... dapat jumpa Incit Tunanggg !! hehehe !! rindu kot ! hahah !! (jiwangsss plaksss ) hihi !! jumpa kali terakhir sebolom kami diijabkabulkan.. hihi !! 

muka bengang tunggu sup belut lambat sampai.. hihi !!
lagi 1 menda yang buat kaum wanita happy sangat p Terengganu..
taraaaa !!! mesti la Pasar Payanggg !! (^_____^)



kannn ?? santek² kan?? tapi lau datang sini kena banyak cakap sket.. kena pandai tawar menawar.. lau tak.. memang kena ketukkk la.. huhu !!
balek dari sopink.. kitowang singgah masjid Terapung nih..

yea saya taw.. saya gemok..
kat sini pon ada gerai jual² macam kat pasar payang gak.. tapi ada dua jek.. haish ! nama pon pompuan kan.. kat sini pon sambung sopink lagik.. hahah !! masa OTW balik Kajang,kami singgah jugak la beberapa tempat makan yang best.. tapi tapau ar.. x koser nak benti nyahh !

Roti Paung !! huhu !! sodappp!! lembut jek roti die..
Tengok la brader nihh.. haishhh !! byk nya beliii !!
dah datang Terengganu.. mesti la kena beli kepok kan? hahah !! memang terbaekkk la.. huhu !! (tapi sayang.. lupe nak amek gambar kedai yang orang cakap best tu.. kedai tu kat Kelulut.. sedapp la.. aku boleh makan sekali harung ja kepok dia.. hihi !! sedappp !!

tatatititutu ~~
(^_^)v


05 May 2011

Kerjalan : Rombongan MIROS ke Pantai Timur

Perghh !! bila sebut Cherating.. sah² la dah terbayang² syioknya cutii !! haha!! tak payah nak terbayang sangat lah... aku p bukan untuk bercuti bagai.. aku p sebab Rombongan Lawatan Sambil Belajar ke tapak projek seliaan JKR iaitu di kawasan ECER (bunyi macam budak skola kan?? ) tapak projek tu kat Kemaman, Terengganu.. tapi kami suma menginap di Cherating.. Legend, Cherating.. bagi aku memuaskan la tempat ni.. datang tak rugi.. huhu !! Lagi buat aku suka.. mesti la FREE.. kehkeh !! Aku rasa sesapa yang nak bercuti tu.. mai la sini.. tarak rugi punya lahhh !! (^_^) macam besa aku ni memang suka upload gambaq banyak².. Njoice !!


entah apa mimpi dak Leya malam tu.. sanggup bangun awal pagi masak.. perghhh !! macam tak caya !! huhu !! hihi !! aku tak beli apa² untuk breakfast.. so,tumpang sekaki la.. hihi !! dak Leya !!!!! Nasi ko Sedaappppppp sangat !! ( mata kat atas tangan kedada) TIMA KASEH Dak Leya !!!

nasi goreng sardin resipi Akmalia Sabadin
sepanjang perjalanan tu memang melantak nasi goreng sedap tak sedap Dak Leya tu ja.. aku bukan apa.. kang kalau aku tak makan.. kecit hati pulakkk.. (tapi sebenarnya aku lapar gilerrrr ) hihihihi !! Blurpppp !!! Alhamdulillah.. kenyang makan nasi goreng sardin tu.. semoga dimurahkan rezki Dak Leya.. huhuh !!
moh² g Terengganu

santekk kan ??
sampai kat pejabat tapak


taklimat sekettt
ni la kami dengaq..

buat² dengar je tu.. =P
aku kat pintu masukk... pintu masuk apa?? jeng..jeng...

abaikan tangan cacat aku tuhh =P

bila ada lawatan wajib bergambar besama kan??

dengar weh.. dengar..


ayuhh !! hehe ! dedebuuu.. 


Ni hasilnya :)


okk.. ni cara terbaru untum 'menstopkan' bas yea..

bos besa & bos kecit

berlatar blakang konkrit x siap

ok.. dengar penerangan

lagi skali 'hasil' lawatan tapak








suka la tu.. berdebu + panas.. huhu


orang darah manis terpaksa guna payung .. haha



nama saya Jamilah Bukan Jamilah
 ok.. dah penat g lawat tapak projek.. kini tiba masa untuk berehat.. tapi petang lagi.. so.. aku terjumpa la.. model tak siap ni.. suka sangat posing waktu senja.. aku sendiri takut nak snap pic dia.. hahaha !! 

mata ke atas tangan ke dada yea..

uishhh !! 'saya single lagi' kata beliau mempromotekan diri

disebabkan tangan model tu tak berseni.. ni ja hasil gambar aku.. hahah !!

sebahagian Lagend Cherating di malam hari

 antara aksi-aksi sewaktu menunggu bas mai amek.. hahah !! posing sakan kat lobi .. huhu !!

maek berkat dengan ibu ngandung.. hihi !! gatai ! =P

huhuh !!

harap nanti aku dapat merasa nikmat macam ni..
Cik Lina yang tinggi tapi sayang mintak Polis tak dapat.. huhu !!
Sepanjang aku kat Cherating.. boleh dikatakan banyak pelajaran baru yang aku dapat kat sini.. pengalaman baru pon yea jugak.. duit terbang pon yea jugak.. sebab ?? makan mahai lorhh !! sabar je la... (nada hantu kak limah ) kami semua makan kat luar.. kedai makan memang banyak di tepi jalan kat Cherating ni.. Tapi , hampa kena pandai pusing jugak.. tanya harga dulu sebelom order, atau tengok menu dia sekali dengan harga.. kalau tak memang hampa kena ketukkkk.. aku punya la jahat nakal.. aku siap mintak resit sekali.. lepas tu suruh dia letak harga setiap item.. haha !! tarik muka orang yang kira tu.. haha ! padan muka !! memang mahai la.. bek makan mcD yang ternyata sedapp.. walaupon mahai sket kan.. ni harga nak mahai.. makan tak sedap.. haha ! tapi sayang la plak.. aku x snap plak pic kedai tu.. huhuhu !! =P

sekian,

tatatititutu~~

(^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...