Showing posts with label Opisku bukan opismu. Show all posts
Showing posts with label Opisku bukan opismu. Show all posts

25 May 2016

Cerita Pasal Tido

Pasal tido. Korang pernah tak tido tgh ari dalam 15 minit or 10 minit?

Ada setengah orang, tak boleh. Sebab pening katanya.

Aku pon tak terkecuali. Masa aku masuk blaja kat IKBN Kuala Perlis dulu.. ada sorang kesatria. Bagi tips untuk segat di bengkel masa tengah hari. Dia cakap, tido la sekejap. 10-15 minit. Tidoq habuan terlelap orang kata.. pastu bangun. Masa tu mata segar. Pemikiran pon macam fresh. Macam bangun pagi-pagi. Yang penting badan TAK LETIH.

Memang aku ingat sampai sekarang.

Aku tak suka tido siang. Melainkan aku betul-betul penat. Tp kalau betul-betul penat pon. Takkan lebih dari 30 minit. Sebab apa? Tido siang ni buat aku laaagi letih. Laaagi malas. kita tido nak bagi badan fresh. Bukan nak bagi badan lagi letih. Kan?



Bila tengok kat fb. Ada artikel ni. Terus teringat kata kesatria aku dulu. Lagi 1, sunnah nabi kita sendiri kan tido sekejap sebelum Zohor.

Aku? Bila aku rasa terlampau letih. Aku akan tido sekejap. Bukan hari-hari la aku nk tido ni. Tido siang ni tak de dalam jadual harian aku. Haha!

Tapi bila baca balik.. macam kena amalkan jek. Haha!

Mungkin kah ini port tido aku yang baru?? Hikhik!



Aku boleh je lelap sekejap sambil duduk. Tak de masalah. Tapi lagi best kalau boleh tido baring la kan? Kat opis ni tak de port best la. Surau ada. Tapi panas. Tak de ekon. Hehe!

Jadilahhh! Bawah meja ni pon. Duduk pon duduk lahhh!


Ok, Bye ! :)

28 April 2016

Tempat Kerja Baru

sekarang aku dah kerja. bukan keja hebat mana pon. hanya kerani tapak dekat-dekat rumah aku. bosan duduk saja kan. kawan pon tak de.

aku dah start keja pertengahan bulan 2 ari tu. nak kata busy sangat.. biasa-biasa ja pon. dari bulan 2 hingga bulan 3, opis aku tak de internet. memang mengharapkan data plan kat hp memasing jek. bosan la jugak. jenuhh juga dok jimat data la apa.

kat opis ni, tak ramai staff pon. aku , site supervisor, driver, pekerja asing (bangla, indon) engineer . engineer tak de kerap sangat kat site. sebab dia sebok buat paper work kat HQ. HQ company aku keja ni kat Alor Setar nunn.. engineer(pai) ade 3 or 2 hari jek kat site ni. yang kerap ada di site, aku, supervisor (pendi), driver.(alep)

diorang tu memang baya adik aku la. driver tu paling muda. 23. keja part time ja dia tu. baru habis study diploma. sementara nak konvo, nak dapat kerja lain.. kerja ja la kat sini. ayah dia projek koordinator kat sini.

pastu kat tapak ni.. memang aku sorang ja pompuan. dari pekerja asing.. sampai la ke label orang atas. untuk disini, memang aku sorang ja pompuan. pastu kawan-kawan dengan diorang ni pon sempoi jek. macam kawan-kawan, adik beradik gitu.bergurau, memang masuk kepala. time serius.. serius la.. kerja aku kat sini, selain jadi kerani, aku ni merangkap kakak, mak, bibik, delivery girl. kenapa aku cakap macam tu? pagi-pagi aku tolong belikan breakfast. pastu biasa la laki kan.. sudu lambat basuh. plastik bekas makanan dok peruk atas meja. aku jadi mak-mak kejap. bebel. sekali harung aku bagi. engineer ke, supervisa ke.. driver ke.. tapi paling teruk aku bg ke driver tu. si Alep. bukan apa.. dia ja yang rilek. kang aku bebel tak pasal-pasal kat engineer.. kot tak kena angin.. mau kena balik aku. sebab dia kerja banyak pikir kan. sama la dengan supervisa tu. tengok masa jugak aku bebel. pai dengan pendi ni jarang sket la kena bebel dengan aku. sebab diorang selalu stress pasal keja. kang tak pasal-pasal aku plak kena. haha ! kalau alep  ni memang selalu la aku bebel. sampaikan dia cakap..

"kak ni tak adil la. awat tak hingaq kat depa 2 tu? depa lambat basuh camca kak x beletiaq pon"

hahaha ! aku selalu beletiaq si alep ni.. bukan apa. dia yang paling rilek kot. haha ! kalau dia kerja banyak macam pai dengan pendi... memang tak la.. oh! aku bagitau Mie yea.. aku selalu keluar dengan alep. yea la.. aku tak de pilihan kot. semuaaa laki kat sini.. kalau ada pompuan pastu aku gatai kuar berdua dengan laki memang mencari penyakit ya.

kenapa aku selalu keluar dengan alep? sebab dia yang paaaaling free sekali. hihi

kadang-kadang aku jadi kaunselor jugak. diorang bertiga ni memang suka mengadu kat aku..

"kak.. saya kan...."
"kak.. ok tak kalau saya buat macam ni.."
"kak.. ni awek baru. saya baru chat dengan semalam. comey tak.."

gitu la.. selalu diorang akan mengadu bila aku tinggal berdua la. mula la dengar cerita. kadang-kadang tengah buat kerja pon stop kejap semata dengar cerita. naseb la yang dok cerita tu boss... kakakakak !

buat masa sekarang ni memang aku enjoy la kerja sini. walaupon engineer ni bos aku.. bila bercakap aku ber-aku hang ja. sempoi. dia pon tak kesah. dia sendiri cakap. tapi dia tetap bahasakan diri dia saya la. 3 orang ni memang bahasa kan diri diorang saya dengan aku. kecuali alep tu kadang-kadang bahasakan diri dia alep. mengada ja aku rasa. layan ja la...

ni la tempat kerja aku
bangla ? indon ? masa mula-mula aku masuk ada la kakak indon ni keja. kagum aku pompuan buat kerja berat-berat. sekarang dia dah berhenti. bangla aku kawan dengan sorang je la. panggil dia Mama. ntah kenapa ntah nama dia mama.. seronok jugak kadang tu dengar cerita dia. cuma.. bila dah dengar cerita tu.. otak ko sekali kena bekerja. haha ! ayat bahasa melayu tunggang terbalik. pastu sebutan pon mix dengan bangla kan.. hihi !

masa naik lori. alahh dari depan ke belakang jek. sebab malas nak berjalan tengah panas dan berdebu. naseb bek laaa tak de bau bawang... hahaha !
ni opis aku
meja tu memang tak dapek la nak kemas. bila kemas je lagi teruk diorang sepahkan.. hahaha! bukan sepah ape sangat. diorang dok letak plan segala dokumen atas tu. aku la tukang kutip. kalau ada sampah aku la tolong buagkan semua. tak ke aku dikira cleaner jugak tu?

pakaian aku ke opis ni..tak jauh beza sangat la dengan kerja tempat lama dulu. cuma bezanya.. sekarang hari-hari. dulu kat site je..

ni pakaian harian.yea lah aku gemok kan? haha ! 

muka memang malas nak make up. muka togel je. tudung ni aku pakai hari-hari. sebab tudung ni warna hitam, tak payah gosok, basuh guna mesin, labuh . instant.

haa tu diaa.. hari-hari dok basuh tudung ni. sekarang segan sikit nak pakai bawal. sebab bawal macam tak tutup sepenuhnya bahagian dada. segan disitu. tu yang aku hentam pakai tudung ni hari-hari.

muka aku selebet gila kan? lantak lah.. tapi masa mula-mula masuk kerja aku rajin la jugak. pakai bedak, lukis kening..dalam seminggu dua je kot aku dok rajin macam tu. lepas tu togel je la. malas sungguh nak bercantik-cantk. sebab orang kat sini semua pakai selebet. tapi diorang selebet-selebet ponn poket diorang tebai. aku selebet, poket nipiss. haha !

kemain kan siap jubah?
pernah la sekali aku pakai jubah datang opis ni. kena gelak dengan budak-budak ni. motip aku pakai jubah? sebab nak senang solat. sini memang la ada surau. tapi dah tentu-tentu sini ramai laki kan. mana ada tempat wanita pon. kang aku tengah bukak tudung.. ade orang masuk pulak. aku pakai macam ni dengan harapan, mudah aku nak solat la. bukan nak tiru fynn jamal okayyy :P

sehari je aku pakai. sebab aku rasa baju aku terrlamau cantik kat sini. dah la baju paaling cantik, kena panas pulak. poket plak nipis. orang len baju buruk poket tebal. rilek jek. esok nye aku tuka pakai seluar balik. haha! solat? aku balik rumah solat. senang.

ni gambar 2 hari lepas. kitorang memang jenis breakfast sama-sama. tak kesah pon hang tu pangkat apa. semua hentam. jadi kawan-kawan.. 
selebet kan aku? ni tanda malas nak iron tudung jugak. tudung hitam tu aku lupa nak basuh.

masuk ja pintu.. alep tego.. "kak nak p markit(pasar) ka?"

tudiaaa.. hahahah ! selebet sungguh la aku. sebab kadang terpikir nak elok-elok sangat pon buat ape ntahh.

aku tunjuk gambar ni kat kawan aku.. diorang cakap..

" bawak-bawak bersiap sket weh, selebet sangat.."

hahahah ! ok.. so, esoknya aku berazam.. nak make up la skit. alah bukan make up apa pon, setakat pakai bedak, lukis kening, maskara, blusher, lisptik sket. tepek lembut-lembut je warna nye..

ni muka aku make up la
bila kaki aku melangkah ja pintu.. (diorang ni datang awal dari aku) alep dok tahan gelak. pastu pendi nampak aku.. terus...

" KAHKAHKAHKAH ! kakkk !!! fuyooo ! kak make up !!!! KAHKAHKAHKAH ! "

alep pulak..

"mana kak kami ni?? mana kak kami?? ni bukan kak kamii !!! "

aku peratiii ja diorang.. kuang ajaq...

"Kemarin hampa kata aku macam nak p markit. hari ni nak la nampak segak sikit. pelik ka aku make up? awat? aku ni jantan ka? "

alep dengan pendi..

"kak, kami lupa kak POMPUAN ! kami dok rasa kak laki ! " KAHKAHKAHKAH

grrrrrrrrrrrrr

balik rumah masa lunch, aku cuci muka. buang semuaaa make up. muka kembali togel..



Sampai pintu...

"Yesss ! kakak kami dah kembali !! ni baru kakak kami !! "

what the...........

dari sudut lain, baguih la.. suka tengok muka aku selebet. muahahahahaha !

gambar hari ni. sebab semua pakai baju hijau belang-belang. HAHA





ok, bye !


12 February 2015

Terima Kasih , Korang !!

Rupanya.. kejutan untuk aku bukan setakat itu

Ya Allah.. terima kasih la korang.. tak agak langsung.. walaupon dikantoikan oleh Abang Rashid.. aku tetap menghargai usaha korang.

Dulu.. bila aku join farewell orang.. aku selalu terpikir.. kalau aku benti.. ada ke orang ingat aku? aku ni dimata kawan sekerja ni ok ke.. agaknye kalau benti.. diorang sanggup tak buat farewell kat aku..?

Alhamdulillah.. rupanya ada jugak farewell untuk aku.. terharu weh !! terima kasih sangat korang.. siap dengan kek.. Terima Kasih. Kawan-kawan ARORA yang selalu buat kerja sesama. Kongsi bilik sesama. makan tak berkira bila outstation.

Terima Kasih, Korang.

Terima kasih korang :'(
Suruh aku potong kek.. macam birthday aku pulak.. ok la.. potong kek untuk kali terakhir..

Hapi beday to me :P
meriah betul makanannyer.. thanks tauuu 

Yang dirai begitu teruja ber selfie :P 


Terima Kasih banyak eh korang ! terharuuuuuu !! betul, tak tipuuuu ! T_T

sebahagian ARORA . Thankssss



ok, bye ! =)

20 August 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Opis

Hari ni ada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat opis aku.

meriahkan pusat aku.. 

Ada makan-makan sikit.. pastu setiap pusat diwajibkan untuk sediakan kudap-kudapan. macam pusat aku kena sediakan Pencuci Mulut Basah dan teh tarik. macam.. koktel, bubur kacang ke, cendol ke.. 

Selain menyediakan Pencuci Mulut Basah ituhh.. kami juga perlu menghiassss booth kami.. se-kreatif mungkinn.. 

Selama 7 tahun di opis ku.. kami.. TAK PERNAHHH sepakat nak hias-hias booth ni.. selama ni.. memang asal bolehhhh jek.. sebab apa? sebab.. SEMUAAA orang busy dengan kerja hakiki. so, nak deco-deco ni.. macam buang masa la.. bek tumpu kat kerja hakiki.. so, tak pelik bila tiap-tiap taon booth kami dapat no last. yeaa... no LASTTT ! kami redho. sebab memang koboi je pon meja kitorang. 

Taon ni.. berubah.. bila kami, para ARORA, sepakatt untuk menghiasss booth pusat kami untuk taon ni dengan semangatnya.. malam semalam.. punya la bincang whatsapp.. sampai ke tengah malamm.. orang tu bawak itu ini. orang tu buat itu ini. memang terbaekkk ! semuaa SEPAKAT ! best ! bersungguh-sungguh la semua orang.. 

Hari yang ditunggu telah tiba. Maka. awal pagi lagi.. bagi yang datang awal.. dah siap dah hias-hias booth. yang anyam ketupat lah.. pelekat lah.. lipat lah.. haaa.. kitorang siap bawak turun sofaaaa lahhh ! punya lahh nak lain dari orang.. dalam hati.. memasig harap dapat no 3 pon jadi lahh.. dari dapat no last... 

Pagi-pagi lagi dah set up. aku dengan pejal ni memang datang awal.

dah nak hampir siap..

dah siap ! dan ada sikit -sikit nak touch up.. nak letak ketupat pulak.. naseb bek ada yang pandai anyam ketupat. aku nih.. ketupat palas pon tak pandai anyam. ni kan pulak ketupat nih.. 
Ni jela gambar booth kitorang yang sempat snap.



gigih nena buat prop. tak pelah.. mana tau boleh guna taon depan kan ? kan ?

rojak. dessert la kan ?

Kek lapis ni Pejal bawak. nak meriahkan meja kata dia

Keputusan pon diperolehi. 

kitorang dapat no LAST ! Hahhhhhhh ??? tak boleh terima beb ! TAKKKK bolehhh ! sebab taon ni.. kitorang hias bersungguh-sungguh kott.. ada yang sanggup buat prop baru.. yang pinjam kain, prop segala dari kawan bawak pelita. sekali.. result diaaa... LAST ! apa nih ?? apa nih ? TAK ADIL okayy ! 

Yang dapat no 1 tu.. memang tak pelik. memang cantek pon..  memang layakkkk la.. ada booth yang lagii simple dari booth kitorang. tapi boleh dapat no atas dari kitorang. Sedeyy kot ! kalau macam ni cara.. bek kitorag buat booth koboi je macam diorang. senang. tak sakit hati macam ni. 

So, taon depan.. kitorang nak koboi je. tak nak hias-hias dah.. dapat no last pon tak pe.. tak sakit hati cam nih... 

untuk taon nih.. TERBAEK lahh ARORA ! kerjasama yang amat bagossss !


ok bye !


07 July 2011

Team Building Yang BAPAKKK besttt !! ( I )

26,27, & 28 Jun 2011 yang lalu.. (cewahh ! macam ayat karangan lak kannzzz ) akhirnyaaa ! aku terpilih untuk g team building.. hahah ! (terpilih la sangat.. sebelom ni memang nama aku dah naek.. tapi disebabkan kerja² kawen - mawen aku delay.. maklum la darah maniss kata kan..) akhirnyaaaa ! aku g jugakkk hikhikhik!! kali ni aku g dengan izin Incit Somi ekk.. haha ! (saja nk poyo..) ahahah ! mari² akan ku cerita kan kepada kalian.. :-)

Bila g Team Building.. harussslahhh ada team kannn ? tak kan nak sensorang kowt !! team aku nama len sket .. GANBATTE !! GANBATTE ni bahasa Jepun.. yang bermaksud 'do your best' .. kunun² dengan semangat waja la kann ? [nyampahh ! mata kat atas tangan kat bahu]


sedang baeekk punya aku dok kelentong tuuu.. perghh ! hujan turun dengan lebatnya dan air masuk dalam dewan.. wakakaka !! mest dengar sora aku yang macam katak ni.. ekekekek !!

keadaan sebelom ayaq masukk

keadaan selepas ayaq masuk.. hehe ! okk.. kuku masih berinai :-)

masing sebok mengangkat beg memasing :)

disebabkan hukan.. dan 'banjir'.. kelas ditangguhkan.. malam baru kami prezen group kami.. GANBATTE !! :-)

sambungan prezen :P
sorakan semangat.. haha ! ala² team ragbi All Black gitu.. huhu
baekkk punyeee (nada Dafi.. haha ! )

 seterusnya kami dibekalkan 'anak angkat' yang WAJIB kami jaga sepanjang 3 hari 2 malam disini.. 

aku memperkenalkan anak aku.. 'Ririe' hehe !

selesai hari pertama ~~ 


(^_^)v



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...