28 May 2015

Sabah : Aquarium & Marine Museum , Kota Kinabalu.

Awal pagi.. kitorang bertolak dari Kiram Village Cabin, Kundasang dengan berpakaian nak berkubang.. memandangkan cuaca tak mengizinkan.. kami terpaksa tuka plan. dan.. semestinya tuka sekali pakaian. memandangkan Aquarium & Marine Museum ni dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah.. kami singgah tuka pakaian semua di masjid Universiti Malaysia Sabah.


ni pintu masuk. jangan tanya aku kenapa ada hiasan merah-merah tu. masa kitorang pegi ni bukan raya cina. maybe saja biakan kot. 

Masuk sini kena bayar tiket yea.. boleh rujuk SINI 

kaunter tiket


Dalam banyak-banyak haiwan.. aku memang sukaaaa Ikan. walaupon tak boleh belai-belai ikan.. tapi tetap sukaaa tengok.. nak-nak ikan yang cantek-cantek warna warni tu.. yang tiga orang tu.. memang suka binatang. tak kesah binatang apa.. semuaa teruja nak tengok.. 


bukaje pintu masuk.. ce tengok atas.. ni macam gambaran la.. kalau kita divingg di dasar laut. gelap lebih kurang macam ni la kot.. kot la.. sebab aku sendiri tak pernah diving. lama aku dok perati.. dok bayang kalau aku diving.. yang gambaran ni pon aku rasa takot jugak sebenarnya.. macam-macam aku pikir. tapi tak nak la taip. sat g ada yang memang berniat nak diving, sebab baca aku dok merepek bukan-bukan ni.. takkk jadi pulak nak p diving.. abaikan pemikiran negatif aku nih..

jom kita tengok apa yang menarik kat sini..








ikan-ikan yang warna-warni macam ni.. memang kegemaran aku lahhh ! 


bukan takat tengok dan baca.. dia akan terang kat aku apa dia baca.. baguih.. aku tak payah baca :P



ni akuarium palig besaq yang ada kat sini







memang wajiblah bergambar macam ni kat sini kannnn :)

Aquarium & Marine Museum ni kecik jek.. kalau nak banding dengan Underwaterworld Langkawi.. opkos la Underwaterworld Langkawi lagi besar. padan la harga tiket RM5 masuk sini..

Pandangan luar
masuk sini aku rasa dalam 1 jam je kot. tak lama pon. sebab tak luas sangat. ko berdiri 1 tempat, ko boleh namppak semua.. tak de selindung dek dinding.. masa kitorang pegi ni ada 1 family ja. kitorang duduk tak sampai 5 minit macam tu.. dia dah nak keluar. maybe dah lama ada dalam ni.. kat dalam ni tak de pinguin or singa laut tau.. :P kot-kot la berhajat nak tengook.. kat dalam ni just ada ikan saje. lepas tu cengkerang-cengkerang pelbagai jenis siput.

kalau korang ada jalan-jalan di Kota Kinabalu, rasa nak tengok ikan.. tanpa basahkan baju.. silakan..



ok, Bye ! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...