25 May 2015

Sabah : Penginapan Murah & Cantik Di Kundasang !

Aktiviti terakhir untuk hari kedua

adalah aktiviti merehatkan diri.. 1 hari dah jalan-jalan.. maka.. tibalah masa untuk merehatkan badan.. 
Aku menginap di Kirams Village Cabin

Macam mana aku tau Kiram Village Cabin ni ? 

opkos dari blog Uyah Nazura 

dari blog dia.. aku jadi bekenan sungguh tengok tempat tu. lepas tu aku ada gak google tempat penginapan lain. ada la jumpa Kinabalu Pine Resort tu.. tapi macam tak tertarik. dengan harga sekali la. sebab kitorang memang nak cari tempat yang murah dan ok untuk merehatkan badan jek. sebab esoknya.. pagi-pagi lagi memang dah nak keluar. rasanya kalau ada plan nak duduk lama.. or pagi-pagi tu nak melapak tu sampai check out.. aku rasa sesuai je la.. pegi tempat macam Kinabalu Pine Resort tu... pendapat aku jek.. semua atas individu la kan.. ni pendapat aku jek... :) 

Lepas baca blog Uyah tu.. aku ada baca kat blog-blog lain jugak.. pon... aku rasa tak menghampakan.. so, aku suggest kat Seli untuk kitorang menginap di sini dihari kedua.. 

maklumat lanjut mengenai Kiram Village Cabin ni boleh didapat dilink di bawah :



Kitorang sampai dah Maghrib dah. gelap dah.. amek kunci.. lepas tu terus naik bilik..




Bilik aku mushroom tu.. bilik Day yang potato tu.. gambar di ambil pada waktu pagi. waktu sampai, dah gelap dah.. apa ja la yang nampaknye..

Kiram Village ni atas bukit tauu ! Sejukkkk tu tak dapat diungkaplahh..

Berdasarkan pembacaan aku ( ecewah ayat aku kan ?) makan malam macam susah sikit kat sini. maksudnya.. kena drive turun ke pekan Kendasang. Pekan kecik maksud aku. sebelum naik ke Kiram Village ni.. kita akan jumpa pekan Kundasang tu. kat pekan tu ada KFC. so, kitorang tapau KFC untuk makan malam nanti..

So, malam tu kitorang berkelah depan pintu bilik makan KFC. air.. kitorang minum air susu kotak yang beli kat Desa Dairy Farm tadikk . kat Kiram Village ni pon ada kafe.. boleh makan-makan kat sini kalau malas nak bergerak la.. tapi aku sendiri tak tau berapa harga makanan dia. sebab tak pegi pon. tanya kat kaunter.. katanya bukak sampai pukul 9 malam. malam tu kitorng berkelah makan KFC sambil-sambil jeling kat kafe tu. ramai gak orang pegi.. tak pasti pulak diorang memang dah amek pakej ke macam mana sebab ada 3 4 bijik bas kat parking .

cuaca waktu malam... ya Allahhh sejukkk gilaaa!! nak nak pulak aku ni jenis tak tahan sejuk ! tambah bestttt lagikk.. aku tak bawak sweater ! ohhh ! pandai sangat aku nihhh ! padahal.. aku dah masukkan sweater dalam beg aku tu.. tapi ntah macam mana aku boleh kuarkan dan aku rasa macam tak perlu. so, sekarang.. memang mendapat la aku..

Bilik yang kitorang duduk ni sama ja. ada katil kelamin 1, toilet ada water heater, ketel nak masak air, tuala dengan sejadah TAK ADE. so, kena bawak sendiri tuala tu yea.. sejadah, kita boleh guna mana-mana kain yang bersih tu kan.. jadikan sejadah.. so tak jadi hal sangat.. tuala tu.. PENTING sangattt .. lepas tu kan.. selimut dia nipis ! seyesssaku rasa nak nangisss ! aku sejukkk gilaa !

tapi walaupon macam tu.. aku tak boleh mengeluh.. kena sesuaikan diri gak dengan keadaan macam tu.. aku raa.. bernasib baik sangatt.. water heater berfungsi ! macam mana laaa.. kalau water heater tu tak berfungsi .. huihuihui! rumah ni kan kayu.. lantai kayu. dalam toilet lantai simen la. siap ada tile. sebelum aku mandi tu.. ya ampunnn ! nak pijak lantai dalam toilet pon aku tak nnakkk ! sejukkkkkk gilaaa ! Mie lagi bestt ! mandi malam tu tak guna air panas ponn ! dia kata.. kalau mandi air panas.. masa mandi je rasa panas.. lepas tu sejuk.. aku pengang dia pon sejukk gilaa. dia rilek ja..

Memang menyesal gilaa aku tak bawak sweater. aku bawak glove ja. glove tu saja nak poyo jek pada mulanya.. poyo.. tak poyo.. tido pon pakai glove bulu bulu ! lantakkk lahh !


ni bilik Day. dapat katil single la pulak.



Ni toilet. ok dah bagi aku. tak de bau- bau apa-apa yang tak sedap dibau. hehe! cuma.. kalau kau nyanyi kat toilet ni.. confirmmm bilik sebelah dengar segala nyanyian kau.. hehe ! dah namanya sebelah menyebelah. rumah papan pulak tu..

Pagi tu aku bangun awal jugak. sebab tak boleh nak tido dengan nyenyak. sebab ? opkosss sebab sejukk ! berbungkus-bungkus aku. 1 lagi penyeksaan bagi aku. nak MANDI ! arghhh ! aku rasa aku tak sesuai pegi negara-negara sejuk nih.. baru sejuk Malaysia aku dah tak tahan.. apatah lagi sejuk yang suhu negatif tu.. 

Pagi tu mandi siap menjerit.. sejukkkkkkkkkk !! grrrr...... sejukkkkkkkkkkk !! grrrrrr.... 

naseb la bilik sebelah tu Day je. kalau orang lenn.. opkos maluu gila.. agaknya kalau mat salleh tengok aku.. mesti dia kata.. 

" hek ellehh.. sejuk Malaysia ja pon , woii ! "

pagi tu plan nya nak terus ber island hoping . tapi atas sebab-sebab tertentu. plan bertukar. so, kalau korang pasan.. kat gambar-gambar nanti.. kitorang pakai fesyen ntah hapa-hapa. dengan aku tak dak kening nyaa.. tu semua sebab plan asal nak g island hoping.. 

so, sebelum beredar.. jalan-jalan sekitar kawasan Kiram Village . ouhhh ! nyamannyaaaaaaaa! sukaaaaaa sangattt ! dan Mie janji.. nak datang lagiii ! dia cakap tak puas tido 1 malam. yeayyy ! ok.. next time aku bawak baju tebal-tebal, stokin tebal-tebal, slimut pon aku nak bawak sendiri nanti.. pedulikkk hapaaaa aku ! janji aku tak sejukkkk.. 






Aku rasa ni macam jadi tempat wajib untuk bergambar kalau datang sini.. hihi ! yea lah.. muka aku tak dak keninn..haha ! yea la.. plan nya nak terus island hoping kan.. baju mandi pon dah siap pakai dah.. waktu pagi ni.. memang sejuukkk.. aku tahan je sejuk-sejuk ni sebab kejap lagi dah sejuk dah.. dah bertolak ke Kota Kinabalu. 


Poyo pon poyo lahh ! bergunaaa sangat sarung tangan RM5 aku beli kat Daiso tu.. haha !



Seli tu memang sejukk betol-betol.. aku yang banyak lemak ni pon sejukkkk.. apatah lagi dia kan? kehkehkeh!


Disekitar tempat tinggal kami.. blakang tu bukit yea..

 



tempat yang ramai orang tu.. Ni la kafe yang ada kat Kiram Village ni. tapi kitorang tak sarapan disini pon. kitorang nak beli sarapan di pekan Kundasang.



Dikawasan Kiram Village memang cantekk ! lokasi atas bukit.. tempat penginapan dipenuhi pokok-pokok bunga..


Yang ni kawasan parking. 




 Sebelom beredar.. kitorang jalan-jalan dulu . tengok kawasan.. masa kitorang sebok bergambar ni pon.. ramaiii je orang yang macam kitorang.. jalan-jalan.. amek angin pagi.. sebab cantekk sangat pemandangann !




Aku memang tak tahan sejuk.. totappp pakai stokinnn !



Ni pulak rumah-rumah yang lain. kat sini ada pelbagai pilihan. atas korang dan bajet korang je la.. nak duduk rumah macam mana.. macam rumah yang kitorang duduk tu.. RM80 jekk.. 



Cantek-cantek rumah dia.. 




Masa nak balik tu.. aku berlari-lari kat diorang.. tercungap-cungap lari.. sekali ! perghh ! merasa la 'asap' kuar dari mulut. hahahah ! jakunnyaa aku ! yea lah.. tak penah pegi negara sejukk.. tapi bila dapat rasa pengalaman macam ni dalam negara.. rasa.. besttt sangat.. rasa ok la dari tak da.. hahahahah ! 


Selamat Tinggal Kiram Village Cabin ! 


In shaa Allah datang lagikk !! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...