28 April 2016

Tempat Kerja Baru

sekarang aku dah kerja. bukan keja hebat mana pon. hanya kerani tapak dekat-dekat rumah aku. bosan duduk saja kan. kawan pon tak de.

aku dah start keja pertengahan bulan 2 ari tu. nak kata busy sangat.. biasa-biasa ja pon. dari bulan 2 hingga bulan 3, opis aku tak de internet. memang mengharapkan data plan kat hp memasing jek. bosan la jugak. jenuhh juga dok jimat data la apa.

kat opis ni, tak ramai staff pon. aku , site supervisor, driver, pekerja asing (bangla, indon) engineer . engineer tak de kerap sangat kat site. sebab dia sebok buat paper work kat HQ. HQ company aku keja ni kat Alor Setar nunn.. engineer(pai) ade 3 or 2 hari jek kat site ni. yang kerap ada di site, aku, supervisor (pendi), driver.(alep)

diorang tu memang baya adik aku la. driver tu paling muda. 23. keja part time ja dia tu. baru habis study diploma. sementara nak konvo, nak dapat kerja lain.. kerja ja la kat sini. ayah dia projek koordinator kat sini.

pastu kat tapak ni.. memang aku sorang ja pompuan. dari pekerja asing.. sampai la ke label orang atas. untuk disini, memang aku sorang ja pompuan. pastu kawan-kawan dengan diorang ni pon sempoi jek. macam kawan-kawan, adik beradik gitu.bergurau, memang masuk kepala. time serius.. serius la.. kerja aku kat sini, selain jadi kerani, aku ni merangkap kakak, mak, bibik, delivery girl. kenapa aku cakap macam tu? pagi-pagi aku tolong belikan breakfast. pastu biasa la laki kan.. sudu lambat basuh. plastik bekas makanan dok peruk atas meja. aku jadi mak-mak kejap. bebel. sekali harung aku bagi. engineer ke, supervisa ke.. driver ke.. tapi paling teruk aku bg ke driver tu. si Alep. bukan apa.. dia ja yang rilek. kang aku bebel tak pasal-pasal kat engineer.. kot tak kena angin.. mau kena balik aku. sebab dia kerja banyak pikir kan. sama la dengan supervisa tu. tengok masa jugak aku bebel. pai dengan pendi ni jarang sket la kena bebel dengan aku. sebab diorang selalu stress pasal keja. kang tak pasal-pasal aku plak kena. haha ! kalau alep  ni memang selalu la aku bebel. sampaikan dia cakap..

"kak ni tak adil la. awat tak hingaq kat depa 2 tu? depa lambat basuh camca kak x beletiaq pon"

hahaha ! aku selalu beletiaq si alep ni.. bukan apa. dia yang paling rilek kot. haha ! kalau dia kerja banyak macam pai dengan pendi... memang tak la.. oh! aku bagitau Mie yea.. aku selalu keluar dengan alep. yea la.. aku tak de pilihan kot. semuaaa laki kat sini.. kalau ada pompuan pastu aku gatai kuar berdua dengan laki memang mencari penyakit ya.

kenapa aku selalu keluar dengan alep? sebab dia yang paaaaling free sekali. hihi

kadang-kadang aku jadi kaunselor jugak. diorang bertiga ni memang suka mengadu kat aku..

"kak.. saya kan...."
"kak.. ok tak kalau saya buat macam ni.."
"kak.. ni awek baru. saya baru chat dengan semalam. comey tak.."

gitu la.. selalu diorang akan mengadu bila aku tinggal berdua la. mula la dengar cerita. kadang-kadang tengah buat kerja pon stop kejap semata dengar cerita. naseb la yang dok cerita tu boss... kakakakak !

buat masa sekarang ni memang aku enjoy la kerja sini. walaupon engineer ni bos aku.. bila bercakap aku ber-aku hang ja. sempoi. dia pon tak kesah. dia sendiri cakap. tapi dia tetap bahasakan diri dia saya la. 3 orang ni memang bahasa kan diri diorang saya dengan aku. kecuali alep tu kadang-kadang bahasakan diri dia alep. mengada ja aku rasa. layan ja la...

ni la tempat kerja aku
bangla ? indon ? masa mula-mula aku masuk ada la kakak indon ni keja. kagum aku pompuan buat kerja berat-berat. sekarang dia dah berhenti. bangla aku kawan dengan sorang je la. panggil dia Mama. ntah kenapa ntah nama dia mama.. seronok jugak kadang tu dengar cerita dia. cuma.. bila dah dengar cerita tu.. otak ko sekali kena bekerja. haha ! ayat bahasa melayu tunggang terbalik. pastu sebutan pon mix dengan bangla kan.. hihi !

masa naik lori. alahh dari depan ke belakang jek. sebab malas nak berjalan tengah panas dan berdebu. naseb bek laaa tak de bau bawang... hahaha !
ni opis aku
meja tu memang tak dapek la nak kemas. bila kemas je lagi teruk diorang sepahkan.. hahaha! bukan sepah ape sangat. diorang dok letak plan segala dokumen atas tu. aku la tukang kutip. kalau ada sampah aku la tolong buagkan semua. tak ke aku dikira cleaner jugak tu?

pakaian aku ke opis ni..tak jauh beza sangat la dengan kerja tempat lama dulu. cuma bezanya.. sekarang hari-hari. dulu kat site je..

ni pakaian harian.yea lah aku gemok kan? haha ! 

muka memang malas nak make up. muka togel je. tudung ni aku pakai hari-hari. sebab tudung ni warna hitam, tak payah gosok, basuh guna mesin, labuh . instant.

haa tu diaa.. hari-hari dok basuh tudung ni. sekarang segan sikit nak pakai bawal. sebab bawal macam tak tutup sepenuhnya bahagian dada. segan disitu. tu yang aku hentam pakai tudung ni hari-hari.

muka aku selebet gila kan? lantak lah.. tapi masa mula-mula masuk kerja aku rajin la jugak. pakai bedak, lukis kening..dalam seminggu dua je kot aku dok rajin macam tu. lepas tu togel je la. malas sungguh nak bercantik-cantk. sebab orang kat sini semua pakai selebet. tapi diorang selebet-selebet ponn poket diorang tebai. aku selebet, poket nipiss. haha !

kemain kan siap jubah?
pernah la sekali aku pakai jubah datang opis ni. kena gelak dengan budak-budak ni. motip aku pakai jubah? sebab nak senang solat. sini memang la ada surau. tapi dah tentu-tentu sini ramai laki kan. mana ada tempat wanita pon. kang aku tengah bukak tudung.. ade orang masuk pulak. aku pakai macam ni dengan harapan, mudah aku nak solat la. bukan nak tiru fynn jamal okayyy :P

sehari je aku pakai. sebab aku rasa baju aku terrlamau cantik kat sini. dah la baju paaling cantik, kena panas pulak. poket plak nipis. orang len baju buruk poket tebal. rilek jek. esok nye aku tuka pakai seluar balik. haha! solat? aku balik rumah solat. senang.

ni gambar 2 hari lepas. kitorang memang jenis breakfast sama-sama. tak kesah pon hang tu pangkat apa. semua hentam. jadi kawan-kawan.. 
selebet kan aku? ni tanda malas nak iron tudung jugak. tudung hitam tu aku lupa nak basuh.

masuk ja pintu.. alep tego.. "kak nak p markit(pasar) ka?"

tudiaaa.. hahahah ! selebet sungguh la aku. sebab kadang terpikir nak elok-elok sangat pon buat ape ntahh.

aku tunjuk gambar ni kat kawan aku.. diorang cakap..

" bawak-bawak bersiap sket weh, selebet sangat.."

hahahah ! ok.. so, esoknya aku berazam.. nak make up la skit. alah bukan make up apa pon, setakat pakai bedak, lukis kening, maskara, blusher, lisptik sket. tepek lembut-lembut je warna nye..

ni muka aku make up la
bila kaki aku melangkah ja pintu.. (diorang ni datang awal dari aku) alep dok tahan gelak. pastu pendi nampak aku.. terus...

" KAHKAHKAHKAH ! kakkk !!! fuyooo ! kak make up !!!! KAHKAHKAHKAH ! "

alep pulak..

"mana kak kami ni?? mana kak kami?? ni bukan kak kamii !!! "

aku peratiii ja diorang.. kuang ajaq...

"Kemarin hampa kata aku macam nak p markit. hari ni nak la nampak segak sikit. pelik ka aku make up? awat? aku ni jantan ka? "

alep dengan pendi..

"kak, kami lupa kak POMPUAN ! kami dok rasa kak laki ! " KAHKAHKAHKAH

grrrrrrrrrrrrr

balik rumah masa lunch, aku cuci muka. buang semuaaa make up. muka kembali togel..



Sampai pintu...

"Yesss ! kakak kami dah kembali !! ni baru kakak kami !! "

what the...........

dari sudut lain, baguih la.. suka tengok muka aku selebet. muahahahahaha !

gambar hari ni. sebab semua pakai baju hijau belang-belang. HAHA





ok, bye !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...