20 April 2013

Azmiah

Aku nak kenalkan..

Ini housemate aku.. nama dia.. AZMIAH...


Ni la jadinya bila laki bini mengahabiskan masa lapang dihujung minggu ! kehkeh ! 

Sebenarnye, Incit Somi tu nak pegi mandi.. tapi dia tangguh sebab nak tengok tv.. masa tu dia siap pusing-pusing tuala tu macam kita dok keringkan rambut tu,.. geram aih aku tengokk.. aku nak amek gambar.. die dah bukak.. pastu aku amek.. aku lilit macam ni.. tau pulak buat muka redha ! muahahahah ! :)

19 April 2013

Durian Crepee

Malam tadi ternampak twit Lin tanya pasal Durain Crepe.. 

Tetibe rasa nak makan.. 

Terus cakap nak jugak.. 

dan mintak tolong dia order kan sekali.. hehehe ! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni.. Lepas lunch, Lin datang.. tolong hantarkan... 

WAHHH ! 'cantek' nyaaa ! 

Hasrat hati nak makan bersama-sama Incit Somi.. 

Nampaknya TIDAK kesampaian kerana.. 

aku betul-betul TEWASSS dengan bau yang super sedap inihhh !!! 

Aku makan sebijik jek taww... Buat ilang kempunan.. kihkih ! 

nyummmmmmm ! nyummmmmm !





16 April 2013

Singa, Nasi Putih & Telur Mata

Awak..


Terima Kasih, tauu


Sebab Awak memang memahami saya..
Saya penat hari ni..
Saya dah ajak Awak makan luar..
Tapi Awak tak nak..
Nak jugak makan telur mata yang saya goreng hampir hangus tu...
Sedap ehhh ??


Awak order nasi putih dengan telur mata je..
Saya pulak yg kesian..
Tapi apakan daya..
Itu ja yang saya terdaya..
Esok kita makan yang lain yea Awak..
Yea, esok saya masak..


Dulu sebelum kahwin..
Saya ada berjanji dengan diri sendiri..
Nak Awak makan air tangan saya saja..
Ternyata..
Saya GAGAL..
Tak pe, saya USAHA yea, Awak..


Awak..
Walaupon kadang-kadang Awak macam singa lapar..



Tapi..
Singa lapar tu la yang saya SAYANG..




Aiyebiu, Awak.

12 April 2013

Breakfast

Alhamdulillah..

Aku dikurniakan Suami yang boleh masak. Rajin buat breakfast. hihi !

Hari ni beliau bekalkan roti berintikan hotdog.

jadi la kan ? untuk sarapan...

Errrr... Sayang.. Nasi kerabu takde ke ?? heheh ! =P

TQ awakk ! hihi ! 

11 April 2013

Penyakit Shopping Online

Heii , korang !!

Pernah beli online ? hihi ! aku pon jual barang online weh ! tapi bukan itu yang aku nak cerita ! :P

Biasa la.. awal bulan.. memang meriahhh laa.. aku dok shopping online.

Sekarang ni aku dok shopping Tupperware ! kihkihkih ! Dah standart mak-mak dah aku nih.. Dulu sebelom kawen.. memanggg TAKKK la aku nak nak belek-belek katalog Tupperware tuh... Sekarang ni... hari-hari dok belek Tupperware Online.. muakakakak !

 Aku buat payment 2hb 4 2013.. korang nak taw ?? Semalam aku baru dapat wehh !! 10/4/2012 STRESS aku dok tunggu dekat 10 hari wehhh ! tambah pulak aku dok bukak link tracking tu asek tak boleh ja. lagi aku bertambah STRESS.  tak tau barang tu ada dimana........

nampak? betapa aku stress tahap cipan bila tye Wawa dgn Rosya.. barang aku asek tak sampai.. 

Semalam, lepas aku selesai diinterview.. Rosya dengan baik hati.. tulus mulus.. maaf zahir batin.. *eh ! dah macam nak buat ucapan raya pulak.. menyampaikan kepadaku sekotak maggi besau habaq ang ! *gambau tak dapat diambil kerana hp asek mati.. aku ingatkan dia memain dengan aku.. yea la.. aku memang selalu memain dengan diorang nih..

Rupanyaaa ! ini bukan cobaannn ! ini betul2 !! Yeahooooo !!! barang dah sampai !! Pandai Allah aturkan. sebelum masuk interview tu aku ni stress gila. *Sapa tak stress woi ! Dengar pekataan INTERVIEW pon dah  takot dahh  ! Selesai ja interview.. Allah 'hadiahkan' aku bungukusan besauuu... 

Alhamdulillah.. dah sampai pon... :D *haruslah aku sentiasa tersenyum lebauuu !  

Naseb bek kau sampai wahai Tupperware ! wuwuuuuuuu







Peace ! (^_^)V

10 April 2013

Interview

Hari ni aku kena interview.Untuk sambung kontrak tahun ke 6. Yeaaa ! dah dekat 6 taun dah aku keja sini .
dan masih berstatus KONTRAK ! Kali ni, syarat untuk sambung kontrak..

kena INTERVIEW.Sebabnya nak masuk tahun ke 6.
Tapi aku yang berstatuskan pekerja ni.. bila dengar je interview... HARUSlah cuakk !!
Gila kauuu kalau tak cuakk ??!!

malam tadi tido pon tak lena. asek terjaga jek..

Aku rasa aku dah buat yang terbaik...

Aku redha segala kemungkinan.. Aku serah kepada PENCIPTA

sijil ni memang kena bawak jek.. memang penting.. kepada adik-adik.. belajar la pandai2.. jangan jadi macam akak.. tak pandai.. wuuuwuuuwuuuuu 

06 April 2013

Resipi : Laksa Utara


Aku ni tak pandai sangat nak masak. tapi jenis aku.. aku akan masak apa yang jadi feberet aku la..

Contoh : kalau Incit Somi suka makan nasi kerabu.. aku tak berusaha pon nak masakkan.

haha ! terukkan ? tapi sebenarnya aku tak rajin lagi nak try buat walaupun MIL dah ajar.

Ingat-ingat lupa .. hihihi !

Feberet aku LAKSA .. boleh nampak kot tu makanan kegemaran aku.. sebab aku selalu post pasal laksakan ?!  hihi !


sendiri tepek, sendiri terliur. haishh ! 

Meh aku bagi resipi.

TAPIII aku tak pandai nak cakap berapa sukatan. So, bagi yang beginner nak masak, amatlah tak dialukan ikut aku punya resipi nih. tapi kalau nak follow jugak..SILAKAN.. takde sesapa nak halang.
bagi yang dah biasa masak, maybe dah boleh agak kot bahan dia tu cam ne.. =)

Bahan-bahan :

Untuk Kuah :

  • Ikan selar/kembong/mabong  (tapi aku selalu guna ikan selar, mak aku guna ikan kembong)
  • Cili api 
  • Asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Cili kering yang telah dikisar dengan bawang merah (ada org paggil cili boh. tapi better guna yang buatan sendiri sebab lagi sedap dan wangi )
  • Garam / ajinomoto


Untuk Laksa :


  • Laksa (aku selalu beli laksa kering cap EKA)
  • Telur rebus
  • Daun selom
  • Timun
  • Bawang besar
  • Cili api
Cara-cara membuatnya... jeng ! jeng !! :

1. Rendamkan laksa kering yang beli kat kedai tu.. rendam dengan air biasa sahaja. jangan rebus lagi taw ? lebih bagus, korang rendam dari pagi-pagi.. padahal kuah tak siap lagi kan ? takpe. rendam jek,.. 

2. Rebus ikan. Ikan ni direbus bersama asam keping yea.. Dah rebus.. biar kan sejuk atau suam. Pastu korang buang tulang temulang dan blend. sampai hancur yea.. halus pon xpe.. 

3. Letak periuk yang akan digunakan ke atas dapur. masukkan Cili boh yang dikisar tadi.. (ok kat sini.. mase kisar tu.. kalau boleh, guna bawang merah banyak sikit. sebab bawang merah ni la yang buatkan kuah tu pekat dan 'manis'.) biar kan cili boh tu mendidih. ini bertujuan agar kuah laksa tahan lama. Mak aku la yang bagi petua nih..

4. Lepas tengok cili boh tadi dah mendidih.. baru masukkan ikan yang di blend tadi. masa ni dah boleh tmabah air secukop rasa. maksud aku, nak pekat mana kuah korang, korang tentukan sendiri.

5. masukkan asam keping,bunga kantan, daun kesum.

6. Sekarang baru la rebus laksa. rebus sampai agak-agak lembut. kalau tak lembut lagi.. masa matikan api.. biarkan laksa tu dalam perikuk dalam 30 minit.. mase tu laksa akan lembut.. :)

7. Kuah.. biarkan sampai mendidih dan naik bau

8. lepastu baru masukkan garam , ajinomoto ke.. ikut selera.. 

9. Tengok laksa dah lembut.. kuah pon cantekkk je dok mendidih. tutup api.

10. Potong daun selom, timun, bawang besar, cili nipis-nipis

11. Dah tengok laksa dah lembut.. Masukkan laksa dalam mangkuk, letak bahan yang dihiris-hiris tadi mengikut selera.( untuk hirisan ni ada yang letak daun salad. daun pudina. ikut selera k ? )



SIAP & MAKAN !   

Walaupon aku orang Perlis. Tapi ni bukan Laksa Kuala Perlis taww ? Laksa Kuala Perlis lain sikit. Sebab laksa dia dibuat dari beras. bentuk dia macam maruku. Bulat-bulat macam tu la.. yang aku share ni laksa biasa. senang cita, Laksa Utara. nak kata Laksa Penang, ada yang cakap, Laksa Penang ni ada nenas. Ntah. tak tau. Ni ja la Laksa yang selalu aku melantakk ! hihi ! 

04 April 2013

April Fool & Laksa

1 APRIL 2013:

 Memang April Fool aku bagi kat husband aku. Kihkihkih !

Awal woo aku bangunn.. Pukul 5.30am ! Sebab ? Nak panas kan kuah laksa & nak packing laksa untuk dibawa ke office. Melayan Kak Epah yang mengidamkan laksa.. Orang mengandung. Mengidam. KENA layan !!

Punye bijak aku, aku masukkan kuah laksa dalam periuk nasi Liya. Sebab nak jimatkan penggunaan bekas..(Masa ari Jumaat aku bawak balik periuk sebab ada lebihan nasi. So, aku bawak balik buat nasi goreng ! )

Kuar umah, macam biasa la. Kat jalan kuar kawasan umah aku tu, mesti jammed. Aku letak la beg laksa tu kat kaki aku. Aku tak pegang. Baru betul-betulkan seat belt.. - krikk ! Incit Somi break. Kelam kabut aku bukak balik seatbelt tu. Tengok kat bungkusan laksa. Ok, tumpah... TUMPAH !! Bila betulkan kedudukan periuk tu, nampak la kuah tinggal sikit. Ouhh ! Sedehhh !

"Beg bocor tak?" Incit Somi tanya.

"Rasanyaaa... Takkk kott... Ni rasa - rasa macam dia 'berpeluh' jaa... - sebenarnya aku pon x sure..

Tapi kat kaki aku dah rasa berair.. Aku senyap ja. Tapi dalam hati aku cuak gila !

Sampai kat opis, aku terus angkat beg laksa tu. Then.. !

"Tak bocor kononnn ! Heshhh !!! " - muka bengang gilaaaa !! Tahap singa lapar..

Aku diam.. Amek handbeg.. Salam.. Pastu macam biasa kitorang akan cium pipi.. Aku nak cium pipi dia..

"Dah-dahhh ! Tak payahh !! "

Errrr!! Aku senyum jek. Terus kuar kete masuk opis. Nasib baik laa tak keje tempat yang sama. Kalau tak.. Comfirm ! Aku kene dengar dia marah-marah sepanjang hari !!

Aku BBM suh dia belikan roti untuk serap bau.. Tak reply pon ! Marah lagi la tu... =p

Sapa tak marah kan?? keta bau kuah laksa ! Wuwuuuuu !

Bila kat rumah, balik keja, dia okay dah. Dah boleh bahan-bahan aku.. Caihh ! Tak pe lah, janji tak marah. And tak nampak muka singa. Kihkihkih !! =P





Memang April Fool. Haha !

24 March 2013

Aku Jumpa Fynn Jamal & Juna !!!!!

Sejak Kok Ping balik Mesia.. Aku selalu stalk instagram dia. Tapi tengok melalui FB personal dia la sebab aku tak daq instagram.. wuwuuu !!!

Ahad. 24 / Mac / 2013 :

Tetiba dapat whatssapp dari Wan.. dia post dalam group.

Wan : Fynn ada kat Alamanda, weh ! 
Aku : Okay. Aku siap ! 

Aku terus lompat-lompat ajak Incit Somi siap-siap g Alamanda. Masa tu hujan lebat gilaaa !

Aku terus siap ! mandi semua siap dalam masa 5 minit.

Incit Somi cakap " 1st time B siap capat.... "

Aku gelak.. sambil suruh dia cepat-cepat siap.. takot Kak Ping dah balik. Kempunan aku !

Nak bawak DSLR.. tapi aku takot kecewa. takot tak jumpa.. So, aku bergantung arap kat camera handphone jek..

Kuar rumah.. Masya Allah ! lebat gila hujan ! sampai tak nampak jalan !



Tapi aku cakap jugak kat Incit Somi.. "Cepat laaa.. nanti tak dapat jumpa Junaaa ! "

Masa tu aku menggigil. berdoa dalam hati " Ya Allah, kalau jodoh aku. Temukan aku dengan Junaa.. "

Sungguh ! kami sampai Alamanda.

Lepas parking.. tangan aku sejuk..menggigil.. Terus masuk Alamanda. Aku terus menuju. Sampaikan incit Somi tertinggal kat belakang.. Aku terus menuju ke Johnys yang dimaksudkan. Tapi dalam masa yang sama, mata aku liar tengok sekeliling..

Mata terus terhenti kat Elianto ! Ya Allahhh !! aku nampak Mak Mertua Kok Pin. Dengan biras Kok Ping.. Atita tolak stroller Copi !! Mak Mertua Kok Pin tolak stroller Juna. Nampak la bantal busuk Juna. Besau-besau bantal tu nama JUNA. Tapi Juna takde. Tengok dulu dari jauh.. tetibe diorang anak beranak g kedai cookies depan Elianto tu.. Sumpah aku telupa. Aku follow belakang. Gabra.

Aku pergi kat Incit Somi."Patot ke, B tego diorang eh ? Tanya Kak Ping kat mana ? "
Incit Somi cuma cakap " Entah.. "

Huhh ! tak membantu langsung !

Dalam keadaan menggigil.. Tangan sejuk...

Aku tego Mak Mertua Kok Ping..

"Assalamualaikum , Aunty.. (sambil hulur salam, tangan menggigil.sejuk. waktu ni terasa bodoh amat sebab dah sah-sah diorang tak kenal aku..) Kak Fynn kat manaa.. "

"Eh, nak jumpa Pin eh... Pin dekat Pandora tu asanya.. tadi ada dengan kitorang.. "

Pastu Atita ke depan siket.. tolak stroller Copi.

Terus aku senyum kat Atita.. Pastu tunduk kat Copi..

"Hye Copiii !! " sambil usap-usap kaki Copi yang gebu gebassss tu...

Pada masa yang sama Ayah Mertua kak Pin pon datang dengan adik ipar Kak Pin yang last tu. Mak Mertua Kak Pin tanya Ayah nye pulak..

"Pin mana Pin... "

Pastu Ayah Mertua Kak Pin pusing.. tolong cari kan.. sambil angkat seluar. aku ingat yang tu.. sebab macam kelakar. hehe ! Adik Ipar Kak Pin pon sama.. tolong carikan..

Pastu diorang semua cakap.. "Pin ada kat belakang Pandora tu rasanya.. "

aku jawab : 'oo.. Thank You , Aunty.. nak amek gambar Copi kejap..

Ayah Mertua Kak Pin : Aiii ? Copi pon kenalll ???
Aku : Mesti la kenal .. Hari-hari tengok instagram Kak Pin.. hehe !




Masa tu.. nak sangat amek gambar dengan Atita dengan Copi sekali.. nak ada bukti kan.. aku jumpa diorang sekali.. tapi rasa maluuuu sangatt ! rasa macam orang bodohhh sangat.. yea la.. beria-ia... aku ni diorang tak kenal ponnn !

Lepas amek gambar Copi.. terus mintak diri. Salam diorang. Seyes.. peramah gila ! Ayah Mertua Kak Pin sempat jugak la sembang dengan Incit Somi. sembang ala kadar bagitau Kak Pin balik sini 10 hari.. :)

Aku terus ajak Incit Somi. Teruss g dekat-dekat Pandora tu..

Terusssss !!

Tangan menggigil. Asa sebak.. Tangan aku sejukkkk..

Terus block Kak Pin dengan somi dia.. dengannn... JUNAAAA !!

"Kak Fynn.........."

Husband dia terus cuit Kak Pin yang macam terpinga-pinga..

Terus aku salam Kak Pin. Salam.. Pastu dia peluk. Macam aku ni dia kenal lama.

Padahal.. nama aku pon dia tak taw..(masa ni aku tak rasa aku jadi macam orang bodoh)

"Yea... ni Junaaa... "

Dia suakan aku Juna. Untuk aku dukung.. Waaaaaa ! Nak nangisssss !!!! :'(

Aku dukong Juna.. Juna wangiiii ! Juna bayi yang besar. Rangka besar. isi pejal. putih melepakkk . Rambut dia wangi. sama macam rambut Kak Pin.. Juna baikk jek.. Maybe dah ramai gila dukong Juna.. So, dia dah biasa..  :)

Masa amek gambar.. Kak Pin memang sengal.. Die boleh terlompat-lompat agah Juna bagi Juna gelak masa amek gambar.. Somi Kak Pin pon sama.. Sporting. Memang patot Juna ceria jek.. :)


Aku : Kitorang berkejaran dalam hujan datang Alamanda sebab nak jumpa Akak.
Kak Pin : La.. kesiannya.. Duk mana.. (muka lain macam,ketat tetibe. maybe terharu.. ntahhh...*perasan dia nak terharu kat aku )
Aku : Semenyih.Takot tak sempat jumpa. .
Kak Pin : Semalam Akak kat Nilai...
Aku : Yea Kak.. dari Jumaat kan.. Nak pegi tapi masa tu baru balik keja.. tengok insta akak
Kak Pin : Macam ni la Kak Pin.. Sempoi ja.. (sambil lompat2 macam kanak-kanak ribena, naseb bek comel kak oi ! )

Aku : Saya selalu baca blog akak.. semalam pon baca..
Kak Pin : Alaaa.. malu laaa... (buat muka comel)Akak datang dengan family ni..

Aku : Yea kak.. saya tanya diorang tadi akak kat sini.. K lah kak.. terima kasih kak..(sebab nampak dia rushing)

Kak Pin : Terima Kasih banyak.. (salam peluk lagi macam orang dah lama kenal. air mata aku yang nak meleleh. tangan still sejuk)

Aku : Terima Kasih juga Kak Pin...



Masa aku nak bagi Juna kat Kak Pin.. Kak Pin sempat lagi terlompat-lompat agah si Juna. memang nampak live Juna gelak besarr disitu.. Selama ni tengok kat Youtube jek.. :) hati ni sangat laa tersentuh tengok Junaa... :')

Terus berpisah, Terus nangis.... terharu...
Akhirnya dapat jugak jumpa Kak Pin sekeluarga, Sekali dengan Copi.

Aiyebiu Kak Pin !

Aiyebiu Incit Somi. Incit Somi bersusah payah mencilok untuk cepat sampai Alamanda.

Tak tau macam mana boleh sayang strangers macam Kak Pin dengan Juna..

hakikatnya Kak Pin tak kenal aku ponnnn... Heeee ! Apatah lagi Juna nak kenal aku. kahkah !


Pengalaman Yang Terindah... :')






**Nyesal tak bawak DSLR. Maybe next time. Aku sanggup g berkejaran macam ni lagi Kak Pin oi !


Lepas tu ada rezeki lagi jumpa Kok Ping  

Sambutan Ulangtahun Ke 27

Perghhhh !

Dah 27 dah aku... lagi 3 taon masuk 30. T.T

Hari Jumaat lepas --- 22 / 3 / 2013

Kawan-kawan aku buat suprise la konon nya..

Setiap minggu, kalau hari Jumaat, waktu lunch memang kitorang kuar la..

Tak lunch tempat biasa. Kalau lunch tempat biasa pon, mesti bersebab la..

Samada ada kerja atau urusan peribadi..

Selalunya, tukang decide untuk tempat makan or anything about H2M, haruslah Dak Leya..

So, kali ni ntah kenapa tanya aku nak makan kat mana. cehh ! aku dah syak.. :P

Dah 5 taon kot berkawan... Mesti la dah boleh tau...

Pastu tengah sembang-sebang datang la orang menhantar kek sepotong tu.. Durian Cheese !!

Yeayy ! nama pon kawan dah lama. mesti la dah taw kek apa aku suka kan ? so sweet ! :)


curlass kek aku.. sepotong pon nak ada tulkisan bagai.. Terima Kasih :)
Beberapa taon yang lepas.. diorang ni buat suprise kat aku.. masa tu betoi-betoi suprise la.. 

Pestime orang buat suprise kat aku... 

Memang nangis terharu la.. hihi !

Kali ni dah tak dah.. Diorang nyanyi, aku macam segan jek.. Tapi buat bodo.. haha ! 

Maka.. terhasillah....

saya dan kek besday saya :)
Ni la kawan-kawan aku yang suwiiittt angat tuuu.... :)

saya buat muka macam tu sebab kunun2 menampakkan saya kurus.. walaupon hakikat saya kurang kurus.. :)

Buruk. tapi tak pa. kawan-kawan saya comey :)

aku rasa nak lempang diri sendiri.. -_-"
Walaupon taon ni tak suprise.. Aku tetap happy sebab aku dapat ucapan dari diorang.. 

Thank You So Much ! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...