05 August 2014

Balik Kampung & Birthday Mak

Tahun ni birthday mak aku jatuh 3 hari sebelum umat Islam berhari raya. hari Jumaat. Aku.. memag tak sent sms bagi ucapan ka apa.. bukan lupa.. saja buat-buat lupa.. hikhik !

Yang bebeno nya.. aku dengan adik aku si Jeff dah plan nak beli kek birthday dah. kami bincang dalam group we chat kami yang diberi nama. The Rohmans.. nama nak omputeh ajeee...

Tahun ni turn raya pertama di Perlis. so.. memang cantekk ar.. boleh celebrate bithday mak skali..walaupon lambat 1 hari.. alahh.. tak kesah la.. lambat pon.. kami adik beradik.. ingat ja birthday mak.. walaupon kadang-kadang aku terlupa.. kuikui ! (Tapi.. adik-adik aku selalu ingatkan.. )

Sabtu pagi-pagi buta.. nak gerak kata Mie. nak gerak kul 3 am kata dia. takot jem.. maklum la.. ramai yang nak balik beraya kan.aku packing barang semua malam tu.. bukan tak excited nak packing awal.. mengenangkan aku penah tertinggal barang masa packing awal.. so..sekarang.. kita packing last minute. last minute pon.. bukan dalam keadaan tergesa-gesa. masih rilek2.. lepas Isyak hari Jumaat tu.. baru aku start packing.. Mie.. aku dah suh tido dah.. die nak drive kan aku tak tido pon tak pe. sebab dalam keta nanti confirm aku tertido ! MUAHAHAHAHAH ! selalunya macam ni la.. tetiap kali nak balik kampung.. kitorang memang akan gerak dalam pukul 2 am or 3 am dibulan puasa. dan 4 am masa cuti am. macam cuti Raya Cina ka.. kalau dapat cuti panjang.. memang masa macam tu lah kitorang bertolak. tak kira balik Perlis ataupun Kelantan. azab betol nak balik kampung.. 2 2 kampung jauh.. dan kena plan bebetul. kalau tak.. makan jem la berjam-jam.. Kajang - Perlis 7 jam. kalau jem.. 15 jam pon adooo.. tahun ni kitorang memang plan balik kampung betul-betul. bukak Waze. bukak Google Maps. siap install aplikasi Plus Expressway. Sebab dalam aplikasi Plus Expressway.. boleh tengok secara live jalan-jalan yang ada kamera di sepanjang Lebuhraya PLUS tu.. boleh la tengok.. jalan tu jem ke tak.. yang kitorang ni.. sahur bawa bekal. tak nak benti masa sahur. rugi masa kata Mie. dalam keta.. aku suap2 dia ja la. dia drive. hehe ! Sampai exit Sabak Bernam.. aku bukak Waze.. nampak jem. so.. terus la exit. ikut jalan lama. naseb baik lahhh.. jalan clear.. kalau tak.. makan jem la nampak gaya. sampai Ipoh.. macam tak pasti jalan tu.. aku pandai-pandai tengok Google Maps.. ikut jalan pintas. pintas bagi aku la.. ntah kampung mana aku bagi jalan. yang Mie.. asek tanya.. pasti ke jalan aku bagitau ni.. HAHA ! opkos aku kata confident la. sangat pasti. aku jadi macam tu sebab aku tengok Google Maps. kalau takk.. ntah mana-mana la kitorang pegi melawat hari tu.. kehkeh ! Kitorang masuk balik highway Plus balik kat Kamunting. HAHA ! aku ikut Google Maps yang tunjuk jalan kampung semua tu.. sampai Kamunting bebb ! tawakal ! Masuk hihgway.. ok cantekkk .. jalan lancar.. sampai la R n R Gurun. Mie tak tahan dah.. ngantuk sangat.. so.. tido la laki binik dalam keta.. lepas setengah jam.. kitorang gerak balik.. Alhamdulillah.. jalan lancar.. aku tengok kat Fb.. ada opismate aku tu.. gerak balik Penang ja pon.. sampai 15 jam woi !! gilaaa apa.. KL - Penang.. 5 jam je kot.. cane la dia handle 2 orang anak dia dalam keta.. jem pulak tu.. 15 jam pulak tu !!! haihhh !! 

Ok-ok.. jauh aku cita.. padahal nak cita suprise kami adik beradik untuk Mak. hehehe ! Lepas kitorang sampai.. rehat-rehat.. tido-tido kejap.. petang sikit kitorang kuar dengan Mak sekali. nak beli baju raya adik aku 2 orang tu.. tak daq baju raya lagi katanya.. kul 4 pulak tu baru keluar. memang tak bagus la time macam ni baru nak keluar pegi shopping baju raya.. tak puas pilih.. sekejap ja la diorang pilih.. lepas tu dah sibuk-sibuk nak cari makanan untuk berbuka pulak. masa sibuk-sibuk shopping la.. aku dengan Jeff dok bincang-bincang nak kek apa.. nak tulis apa.. aku ok ja apa yang dia pilih.. taon ni merasa la aku p Bazar Ramadhan kat Kangaq tu.. bukan nya nak beli sangat.. just nak rasa meriah ja.. yea la.. namanya Bazar Ramadhan.. bulan Ramadhan ja ada.. eh.. tapi beli la jugak.. sebab Mak ikut g shopping.. tak sempat la nak masak bagai.. hehehehe ! 

Ballik rumah dah buka puasa semua.. masa rilek-rilek.. baru adik aku kuarkan kek. bukan main senyummmm lagi Mak aku.. suprise la kannn... suka letteww... 

sweet 49 kauu ! hahaha ! layan kan ajerrr

Nampakk tak muka Mak aku bukan men happy ? gelak malu-malu kucing.. hewhew ! 

Selamat Hari Lahir , Mak. 
Terima Kasih mengandungkan kami 5 beradik. Dan membesarkan kami dengan 'sehattnya' 
semoga Mak sentiasa dipelihara olehNya, Aminn

Dari :
Anak-anak Mak.

02 July 2014

Ramadhan Tanpamu

Ramadhan 1435 , Ramadhan pertama tanpa Muhammad Qhaliff. Aku tak tau macam mana perasaan ibu dia. Dari segi luaran.. yang aku nampak.. Kak Long aku tu.. kuat.. dalaman.. aku tak pasti. Aku doakan semoga dia tabah.

Sebelum puasa. Dia ada melawat kubur arwah. Dia sent kami gambar.(melalui whatsapp group) dengan caption.

"tadi g melawat Iqi. Iqi kem salam semua.. "  T_T

lepas pengebumian arwah. aku memang tak pernah jejak kaki ke kubur arwah. pernah plan sekali. tetapi tak jadi. maybe next time..

Kalau arwah masih hidup.. sekarang.. arwah dah boleh berlari-lari dah. Mesti melasak je keje dia.. nama pun.. lelaki kan..

Al-fatihah.







Selain itu.. awal Ramadhan.. kami sekeluarga mendapat perkhabaran gembira juga. Alhamdulillah. Kak Long mengandung lagi. kiranya.. ni adik Iqi lah.. Semoga selamat semuanya.. Amin..


*aku ? ntah bila.. :) 

29 June 2014

Hari Pertama Sahur

wahhh ! bukan main kan aku cita kat entry lepas. betapa excitednyeee persiapan sahur. siap perap ayam siap-siap bagai.

KECEWA !

HAHAHAHAHAHAHA !

Nak tau kenapa?? sebab nyaa.. bangun pukul 5 !! KahKahkahhh ! kejadah apaaa baru nak masak nasi? kejadah apa nak goreng ayam ? hanya sempat sediakan telur ayam separuh masak untuk Mie. ESP Shaklee dia pon.. dia yang bancuh sendiri.. hahaha ! mie memang suka minum ESP Shaklee dibulan puasa. dia cakap.. dia lebih bertenaga.. aku? aku ni.. puasa bulan Ramadhan ke.. puasa ganti ke.. sahur aku.. adalah air masak. tu je lah. walaupon fizikal aku macam nih. aku jenis tak selera nak makan pagi-pagi ni. selalunya.. aku akan minum air masak banyak-banyak. air manis pon aku tak nak. tu je lah.. cara aku..

So.. hari pertama sahur.. dah gagal nak hidang nasi buat suami. tak pe.. sahur esok.. setiap setengah jam.. bunyikk.  Haha ! kalau tak bangun jugak.. tak tau lahh..

Kalau bab sahur ni.. Aku kesian dekat Mie ja. Kalau tak sahur.. mesti letih amat. Dia keja berat. kalau tak makan nasi.. kesian la dia.. tu la salah satu sebab dia suka minjm ESP Shaklee tu. dia kata.. lebih tenaga.. pastu minum masa sahur.. cepat kenyang kata dia. kata dia lahh ! aku tak tau.. sebab aku tak minum. hewhew !

eh, mesti menu sahur korang gempak-gempak kan? yea lah. hari pertama sahur. tu tak kira lagi.. yang bersahur di kampung. lagiiii la seronok kan? aku? aku.. tunggu je la.. dekat raya nanti. baru merasa. cuti tinggal sikit beb. kang amek banyak.. cuti raya sikit pulak. lagiii la tak best.

k, lah korang.. selamat menunaikan solat Subuh.

Assalamualaikum. bye ! =)

28 June 2014

Rajin

esok dah Ramadhan. 

pagi2 lagi.. Mie dah tak bagi sambung tido. Ajak g Econsave Bandar Baru Bangi. beli barang dapor. untuk minggu depan sepanjang Ramadhan kata dia. aku layan kan aja..
dah selesai beli barang. Hari ni aku mood baik. rasa nak masak len dari hari len pulak..
Roti Pita suka hati  (suka hati aku la bubuh nama.. haha ! ) & Ayam Rosemary.

Balik-balik terus siang barang. macam ayam.. aku siap letak garam kenyit senang waktu sahur nanti aku campak ja. tak payah susah payah baru nak gaul garam kunyit tengah pafi buta.



Pastu terus buat Ayam Rosemary. ni pengaruh tengok blog bynenalisa dengan mynameisaddaziz . hewhew ! tapi resipi aku mintak kat Nena. hewhew ! tima kacihhh ! =)  maaf gambar Ayam Rosemary tak dapat nak share. malewww sebab decoration tak lawo. ( maksud aku.. tak berapa yakin la cantik. mata aku la. ) Mie makan.. wahhh ! siap cakap lagi..

"b.. abg bangga dengan  b ari nih.. ni persiapan nak jadi suri rumah ke apa? tak berhenti- henti masak?? "

HAHAHAHAHA ! kuang asamm !

hari ni mie makan sampai mengah. HAHAHAHA ! ya.. aku memang suka menggemukkan somi. goodddd for u, my dear ! yang aku pulak. dari pagi tadi.. pening-pening macam nak pitam. ntah kenapa. tapi gagahkan juga. biasa la.. roh rajin dah datang. hewhew !
Haaa.. jangan terkejut. malam ni aku nak buat pekasam sendiri pulak. call mak aku. mak aku hentam gelak.

"ghajinnyaaa hangg.. " nada kagumm. diiringi gelak dari belakang. adik aku la tuh.

ohh ! ohh ! apakahhh ! semua orang seakan tidak percaya ! fine !
untuk semua...

Selamat Berpuasa. Maafkan salah dan silap , samada secara langsung atau tidak.



*dua tiga hari ni.. line DiGi agak cadbury. hoihhh ! tempat aku je ke.. samee je semua orang???*

19 June 2014

Tersasul

Hari ni.. pukul 4.30am dah bertolak g keja. wuuuu ! ngantokkk ! pagi ni.. collect data.. tetiba.. gelap dunia... (tertido la weyyy !! ) dunia kembali cerah bila dengar suara Kak Noriah bagitau jenis kereta.. ( mesti tak paham kan? tak yah la paham. hahaha !) 

Tadi.. sembang-sembang dengan Uyah. hambek kauuu.. panggil Uyah.. 'Yang'.
HAHAHAHA !

Maknanyaaa.. dah rinduuu gilaaaa kat Incit Somi !! mengada? memang aku mengada ponnn... 

Lalalalalaaaaaa ~~

Warung Nasi Lemak di Tampin

Bagi korang yang bukan orang Tampin.. mesti menjadi suatu masalah nak cari tempat sarapan pagi di Tampin. (melainkan korang ada sedara mara or rakan taulan yang belanja korang makan dirumah diorang)
Semalam aku ada pegi Tampin. awal pagii lagi. cari kedai nak sarapan.. bapakk la susah. banyak restoran cina. tak kan nak makan itik gantung pulak kan? 

Redah je.. so.. jumpa la gerai makan ni. tengok ramai pegawai kerajaan makan. so.. kitorang pon benti la...
Sampai sana.. menu dia.. Nasi Lemak & Mee Rebus. untuk orang macam aku.. kuah-kuah ni memang tak masuk anak tekak la waktu pagi-pagi ni. so.. aku pilih nasi lemak. sebab lain pilih nasi lemak.. sebab nak bagi kenyang lamaaa skett. sebab kemungkinan tengah hari kitorang tak makan.
tapi tu lahh.. buat aku pertama kali junpa gerai.. yang menyajikan..
nasi lemak ada sayur kangkung..

Aku jadi jakun..

kalau korang dah biasa.. takpe ar. tapi.. untuk orang yang macam katak bawah terpurung ni (aku la tu) memang rasa jakun. yea lahh.. selama hidup 2* taon ni.. (ekekeke ! umor dirahsiakan?) inilahhh pertama kali jumpa nasi lemak bersayur.

Kot -kot la.. dapat membantu korang.. 

Nahhhh koordinat. (aku tak reti nak cerita tang mana tang mana )
2.475555 
102.233612

Mee Rebus aku tak rasa pon. tak tau nak komen. tapi tengok meja sebelah.. ramaiiii ja yang makan mee rebus dia. sedap agaknye.. kalau tak.. takkkannnnn lahh ramai yang order.. yea dakk? 


Selamat Menjamu Selera !!  =) 



16 June 2014

Bos Kecik !

Kan post yang lepas aku ada cakap.. aku ada balik Kelantan sebab adik ipar aku kawen. 

saja nak cita pasal budak kecik nih.. sehari sebelom majlis. aku follow MIL aku pegi cari barang untuk majlis kenduri tu. biasa la.. kenduri kan.. masa ni adik ipar & kakak ipar aku pon pegi jugak. cuma.. kitorang berpecah. diorang pegi cari shawl. aku dengan MIL pegi cari barang-barang basah kat Tesco. 

Sampai je parking tu. si Suchan budak bertuan ni.. tido. kejut pon tak nak bangun. last-last letak kat troli ni. HAHAHA ! besaq gajahhh kauu.. awak tu dah besar Sarah Zhufairah oi ! dalam tak muat tu.. amboi.. nyenyakkk nyaaa dia tido. dekat-dekat nak balikk.. baru bukak mata.. 

haa.. tengok la.. belagak bukan mainnn ! hewhewhew ! 

Hey you !!

 
jeles ? kau ade ???  >.<
 

Geram... Aku !

Gerammmm aku kat budak kecik si Sarah Zhufairah @ Suchan nih. hehehe ! 

Geramm sebab dia posing mautt. comellll sangattt ! sampaikan Ummi Ngah dia ni.. asek RINDUUUUU sangat kat die.. 

Ummi Ngah pon.. padan la jadi angau macam tu.. dah pegi buat Wallpaper handphone la.. backround whatsapp la.. asek nampak ja.. memang GERAM + RINDU. 

gambar ni kitorang selfie masa kenduri adik ipar aku kawen hari tu.. macam biasa.. Si Suchan ni kan famous.

Tambah2 Ummi Ngah... memang nakkkk sangat la selfie dengan diaa ! hehehee ! 

Ummi Ngah Rinduuuu ! 

 


ok. bye ! :) 

15 June 2014

Melepak dihari Ahad

Hari Ahad, aku memang jarang keluar. ada la jugak keluar. tapi.. mesti la atas sebab tak dapat dielakkan. selalunya. keluar hari Sabtu. 

So minggu ni.. tak kemana. Incit Somi kata nak bermalasan di rumah. Nikmat bermalasan bagi dia.. Mandi lewat2. tido.. makan.. tido.. makan.. tu erti bermalasan bagi dia. huhu !

So.. minggu ni Incit Somi awai lagi dah beli ikan. suruh masak laksa. ok lah. kita layankan ajerr.. dah orang request.. bermakna.. sedapp la kot.. kuikuikui ! biaq p lahh aku nak perasann pon kan...
Tengah hari.. kitorang 'bruch'. ( breakfast + lunch) Nasi dengan lauk semalam. haha ! aku panas kan je. tak kan nak buang kan... rajin pulak aku masak tom yam semalam. huhu ! goreng telo dadar ja. bagi tambah lauk. 

lepas bruch. aku la sebok bersilat kat dapur.. siap kan laksa. Incit somi amek bahagian mengemas rumah. sapu. susun. sidai baju. Alhamdulillah.. senang kerja macam ni. masing-masing ada part memasing.
Laksa aku kali ni. agak mengecewakan. ntah kenapa aku terlebih letak air.cair jadinya. Incit Somi cakap macam kat gerai-gerai yang jual kuah cair tu. erm.. kecewa jugak. Penyelesaian dia. aku biar lama sikit kat atas dapur tu.. Alhamdulillah. pekat balik. tapi... tidak la rasa kuah pekat macam aku selalu buat tu. redho ja la. biasa la.. manusia.. kadang ok.. kadang tak ok. hewhew ! 

Selain tu. aku saja layan Incit Somi makan. Apa ada kat dapur. semuaaaa aku hidang. tapi sikit2 la. HAHAHA ! So, hari ni aku namakan.. 

'Hari Memenuhkan Perut Incit Somi' 

dia pon..   maakannn je hari ni. bagosss ! isteri suka.. hewhew ! 


*tak da apa nak cita. tapi nak jugak update. so.. baca la entry merapu aku nih.. kihkih *
 


ok bye  !  =) 

28 May 2014

Redha

Bismillahhirrahmanirrahim...


erm.. macam mana nak mula yea..
erm.. ok.. aku nak cerita pasal ANAK.
oh ! aku belum mengandung. Tolong doakan yea ! ;)


28 Mei 2014 -  genap tahun ke 3 kami bergelar suami isteri. Ya, Kami belum dikurniakan rezeki yang satu tu. Sedih. tipu sangat aku tak sedih. Tapi.. APALAH DAYA AKU ? apa yang aku mampu buat ? semua tu kuasa Allah.. kan ?

bila diajukan soalan :

"Shila BILA lagi ? " sambil menjeling bangga dia dah ada anak.

Nak tanya.. ada anak dengan tak de anak ni suatu perlumbaan kah ? Luluh hati aku.. bila orang tanya macam tu.. kalau boleh set masa.. bila aku akan ada anak.. aku nak set cepat-cepat.. MALAM ni aku nak mengandung. kan best ? tapi.. APA DAYA aku ? SIAPA aku ? bila aku sentap dengan pertanyaan macam ni.. aku cuba rilek. aku anggap je dia ni nak sembang. tapi takda topik lain. T_T

Aku pernah diajukan soalan :

"Aik ? dah kawen 3 taon.. sepatut nya dah 'teror' dah.. dah 'pandai' dah.. tak daq isi lagi ? ishkkk... " buat muka bangga sebab dia nak dapat cucu.

sentap ! aku pujuk diri sendiri. orang tua ni nak mengajak bersembang. tapi tak de topik. so.. dia bukak topik ni.. T_T.

luluh hati.. sedih. hanya DIA yang tahu.. T_T

Sekarang.. kawan-kawan aku.. ada yang lambat bagitahu dia dah mengandung. Alasan. sebab takut aku terasa. TERIMA KASIH sebab sensitif dengan aku. Tapi.. sampai bila nak sembunyi, kan ? nant aku akan tau jugak. Aku happy bila dapat tau kawan-kawan mudah mengandung. sebab aku tau..

REZEKI SETIAP ORANG TAK SAMA. ALLAH BAGI TAK SAMA SETIAP MANUSIA. MANUSIA TAK SEMPURNA

Dalam apa situasi pon aku masih berfikiran positif..

Kalau aku ni dikira MENYEDIHKAN. ada orang LAGI SEDIH. bersyukur aku masih ada suami yang masih menyokong. dan tak pernah merungut. ALHAMDULILLAH

dalam kuat.. kadang kala aku 'jatuh' juga. sedih jugak bila dapat tau kawan-kawan dah mengandung. menangis. ( tapi selalunya kejap je.. takde sampai berhari-hari aku bersedih) BUKAN cemburu. menangis SEDIH dengan nasib sendiri, selalu mohon padaNYA. semoga kuatkan aku..

Pernah.. bila aku dengar kawan-kawan mengandung. menangis,. padahal masa tu aku happy untuk dia. nangis sedih dengan nasib sendiri. macam sedih tak dapat baju yang ko idam-idamkan.. tapi dah habis stok. tak sempat nak beli. cenggitu la lebih kurang..

Tapi korang.. jangan la takut nak bagitau berita baik kat aku.. memang aku sensitif. tapi aku kena berpijak dibumi yang nyata. Aku kena terima hakikat. ni dah takdir aku.

AKU REDHA. tapi dalam aku redha.. aku masih berusaha. Aku tak pasrah. Aku tak nak mengalah. Tapi kalau ditakdirkan aku.. hingga hujung nyawa tiada zuriat. Aku pasrah,..


ALLAH maha mengetahui segalanya.

Bila direnung nasib aku..

Aku kena bersyukur..

Bersyukur sebab aku dah kahwin
Bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab
Bersyukur rezeki diberi olehNYA (rezeki orang kawen ni lain macam sikit)
Bersyukur family & family mertua yang sangat baik .

Alhamdulillah...

Ada sebab Allah buat jalan cerita aku macam ni, Ada hikmah. Allah nak uji .



Please...

Doakan..

"semoga Shila & Azmi mendapat rezeki zuriat yang soleh & solehah, aminn " 



Semoga Allah membalas jasa baik kalian. :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...