31 January 2016

1 tahun 1 hari

Assalamualaikum !

Genap 1 tahun 1 hari hari ni aku jadi home manager.

Tak sangka sebenarnya. Aku bertahan setahunnn woooo ! Kalau ikutkan, banyak kali kott aku dok sebut, aku boring dok rumah. Aku bosan tak pegang duit sendiri. Tapu tu lah.. kita ja mampu merancang. Allah yang tentukan...

Dalam tempoh setahun ni, ingat tak de ke aku g interview? Adee... tapi tak menepati ciri-ciri yang Mie nak. So, dok je la kat rumah.

Susah nak dapat keja yang 5 hari seminggu. Cuti jumaat sabtu (kedah kan.. ) masuk keja pukul 8, balik pukul 5.. susahh.. susahh.. tapi aku percaya.. tu bukan rezeki aku lagi.. rezeki aku jadi Home Manager lagiii... heee

Bagi aku, sesiapa yang dok Langkawi ni, dapat keja macam aku cakap tadi memang beruntung.. sini aku tengok kebanyakan jawatan yang bukak mesti shift tak pon seminggu cuti 1 ari jek... so, bersyukurlah!!

Dalam masa 2 bulan kebelakangan ni, rutin aku berubah sikit. Ade la keja yang aku buat selain jadi home manager ni.

Aku jadi driver!

Driver?

Haah! Driver untuk adik aku. Aku la g amek g antar dia g keja. Memang saja aku offer diri masa aku ajak dia datang. Sebab apa. Atleast hari-hari aku keluar rumah la jugak. Kalau tak.. seminggu sekali tak pon dua kali. Tu pon sebab pegi pasar. Hehe!

Dah setahun aku tak keje, ingat aku tak rindu ke? Kadang-kadang rindu kawan-kawan, rindu melepak dihari Jumaat. Rindu pakai cecantik jugak! Hahaha! Walaupon dulu selebet je g keje. Tapi bila dah tak keja.. jadi rindu pulak nak pakai cecantik. Baju kurung aku yang aku tempah masa aku nak benti keja dulu ( sebab terpengaruh follow Liya g beli kain) pon tak berusik. Elok ja lagi. Kalau aku usik pon, sebab nak lipat jek. Hahah ! Macam mana tak berusik, aku nak pakai g mana oi! Takkan weekend aku g beli barang dapo, aku nak pakai baju kurung?? Hahaha! Memang dok dalam almari ja la... baju raya puasa aku pon sama. Sekali je aku pakai masa raya. Lepas tu tak berusik lansung! Masa tu aku terpikir, kalau aku keja.. mesti aku dah pakai semua tu. Tapi, kalau keja ada uniform.. tak berusik jugakkk.. haha!

Kalau shopping pon sama. Kadang nampak handbag lawa. Pastu aku akan menyedarkan diri aku. Aku nak pakai pegi mana woi! Kang beli, buat rosak dalam simpanan jek. Tak ke membazir? Sama kes la dengan baju kurung, jubah cecantik.. kalau beli, mesti aku pikir macam tu. Nak pakai pegi mana? So, sekarang aku shopping blous, jeans, tudung. Tu je la kalau nak shopping pon. Jubah baju kurung semua walaupon cantik. Aku sekadar tengok jek. Lepas tu blah.

Besar impak bila sorang pompuan tak keja. Bila keja.. kadang duit tu banyak habis nak melawa ja. Hahaha! Pompuan memang banyak pakai duit nak melawa. Sekarang aku dah 'nampak' secara detail. Haha! Dulu nampak tapi cam tak berapa detail.

Bagi aku, kalau ada sorang pompuan yang jenis bergaya bagai.. mesti banyak 'modal' yang dilaburkan. Tapi, kalau dia bergaya, dia pandai menyimpan. Aku saluteeee!

Bila sunyi, aku rindu jugak la dengan kawan-kawan dulu. Opkos la kan?

7 tahun kot??

11 January 2016

Al-Fatihah

Semalam. (orang utara kata kemarin..)

dok scroll, scroll, scroll FB tu..

terhenti di status ini..


sebak.

Ni kawan sekolah aku. tak la rapat tapi kenal la. ya la 1 sekolah kan.. 

Bila aku tanya kawan-kawan sekolah yang lain.. baru aku tau.. suami dia meninggal sebab kemalangan. dan dia ada 3 anak ! allahuakbar ! dan kawan aku ni suri rumah ! lagi lajuuu air mata aku... dan baru nak mencari pekerjaan untuk menyara 3 orang anak.. allahh... 

antara sebab wanita bekerja dizaman sekarang aku rasa bila terjadinya situasi sebegini.. 

lepas tu aku tengok kat diri aku sendiri. dok bayangkan kalau jadi kat aku..memang kelam hidup aku.. seriussss! 

malam tadi borak-borak dengan Mie..

Isteri : Yang, kalau B ditempat kawan B tu.. B rasa kelammm duniaaa ! ambik masa nak bangkit.. (lajuuu ayaq mata aku mengalir)

Suami : Kalau Abang dah takde, B duk dengan Mama dengan Ayah, eh.. duduk dengan diorang sampai la B kawen lain.. (Sebak) memang tanggungjawab Mama dengan Ayah sebab Abang mati.. 

meleleh ayaq mata aku.. 

Doa aku, moga kawan aku ni tabah. aku tau.. memang dugaan yang sangat besar. moga dia cepat bangkit. Aku tau dia mampu untuk mengharungi dugaan ni. sebab tu Allah pilih dia... 


Al-fatihah untuk suami kawan aku...

03 January 2016

1st Day Sekolah

Pagi- pagi, tengah dok siap-siapkan apa yang patut, dengar budak menangis..

"Ibu... ibu.. nak balik ! Ibuuuuu !! "

Teringat aku budak pompuan yang selalu tegor aku kat rumah ni. Pagi-pagi dah nangis.. apa la yang tak kena tu..

Lepas tu dengar lagi.. suara lain pulak. Dah kenapa budak menangis pagi-pagi ni? Dengan bunyi moto dan kereta bersilih ganti...

Laaaaaaaaaaaaa !!!

Baru aku teringat! Sesi persekolahan dah mulaaa ! Aku kan dok Langkawi. Kedah Ahad bukan public holiday. Jadinya, hari nilah hari pertama sekolah..

Selang sebuah rumah.. ada tadika kat rumah aku ni. Baru bukak. Kiranya ni sesi pertama la tadika ni. Aku buat status kat fb cakap taska. Salah-salah. Bukan taska. Ni tadika. Memang ada la budak nangis-nangis jerit macam tu. Aku ingatkan zaman sekarang ni dah tak de budak nangis g sekolah ! Hahaha! Bukan apa.. dok nampak budak-budak zaman sekarang jenis berani. Bijak. Tak sangka hari pertama sekolah dah nangis. Maybe nangis sebab tempat baru kot. Yea la.. untuk orang yang tak de anak macam aku ni, aku ingat macam tu la. Nak-nak pulak bila tengok kat FB mak-mak dok update anak dia berani, cerdik.. majoriti la dok cerita macam tu. Mana laaa aku tau masih wujud lagi. Maybe friend list aku je anak dia jenis berani. Huahuahuaaa !

Teringat masa zaman aku masuk tadika. Aku memang suka pegi sekolah. Ingat lagi aku masuk tadika umur 5 tahun. Sebabnya? Sebab aku suka sekolah. Dok sebut hari-hari kat mak aku. Aku nak pegi sekolah. Hari pertama aku tak nangis pon. Cuma macam pelik bila pegi sekolah ada kawan-kawan yang nangis. Yang nangis tu pulak bukannya perempuan. Tali LELAKI ! kahkahkah ! Lawakk lawakk! Lepas tu aku tengok mak bapak dok intai kat tingkap tengok anak. Dah tengok mak bapak orang lain dok intai.. aku pon cari la mak bapak aku. Takde. Tapi tak nangis pon..

Bila darjah 1.. pon sama. Mak bapak lain datang kelas bayarkan yuran anak. Aku abah aku hantar jek. Lepas tu, pandai-pandai la aku masuk kelas sendiri. Yuran pon mak aku dah masukkan dalam sampul. Dia cakap.. sampul ni bagi cikgu. Ni yuran kakak. Hari pertama aku rasa macam zoo. Sebab mak bapak dok ada tepi tingkap tengok anak. Aku xde pon.. cari la jugak. Pastu dah tengok mak bapak orang len dok tunggu anak.. siap intai anak.. masa tu rasa..

"eh, abah aku tak sayang aku ka?"

Hahaha ! Darjah 1 dah reti tauu rasa macam tuu! Kebetulan aku sama kelas dengan anak kawan Abah. Kitorang rapat la jugak. Kawan abah tu aku panggil Pak Ngah. Aku nampak la sekejap Pak Ngah dok intai-intai. Lepas tu tak de dah. Abah aku?? Haraammm xde! Hahahahaha !

Bila balik sekolah, abah mai amek. Dalam kereta senyap ja.. lepas tu masa kat rumah makan nasi. Mak la cakap..

"Dalam kelas kakak dok depan eh? Tak duduk dekat Mira? ( mira tu anak pak ngah) Kakak rehat tadi makan apa? Abah kata kakak makan sampai belemoih. Duit sekolah tu jangan perhabis. Simpan sikit"

Aikk?? Tadi aku rasa aku tak nampak pon abah aku intai aku ka apa.. rupanyaaaa ! Kahkahkahkah ! Pandai abah aku jadi spy. Lepas tu aku terus behave. Takut kena intai dengan abah. Kahkahkah!

Berbalik kepada cerita nangis dihari pertama . Pengalaman aku la. Tadika 5 tahun, tadika 6 tahun.. (setakat sekarang aku ingat lagi la hari pertama aku) yang nangis tu majoriti lelaki. Tu pengalaman aku la.. pastu kan.. lelaki yang nangis tu.. bila dia dah lama kat sekolah.. budak laki yang dok nangis nak mak tu laaaaaa hat paling honaqqq sekali ! Tau honaq tu apa?? NAKAL. HAHAHAHAHA ! Kalau boleh diputarkan masa.. nak ja aku bahan balik budak laki spesis ni. dulu hari pertama nangis bagai nak rak macam dunia nak kiamat, Sekarang nakal macam setannn ! Kelakar... kelakar.. aku yang tengah taip ni boleh tersenyum teringat budak sekolah aku dulu. Kat mana pon tak tau. Jadi orang ke, jadi setan.. hahahaha!

Betul la alam persekolahan paling best. Dah tua bangka ni.. baru la rasa. Tak pikir apa pon zaman sekolah. Orang suruh study ja kot. Tu pon Kadang-kadang emo.
"Study ingat tak stress ke?"

Hahahaha ! Kalau nak banding stress study dengan stress masuk alam pekerjaaan... alam pekerjaaan lagi teruk kotttt! Haihhh ! Ada hati kata stress belajar. Kelakar jugak aku ni. Tak sedaq diri. Hahahahaha!

Tak lama lagi merasa la kott aku antar anak sekolah. Nak jadi macam abah. Intai anak, anak tak perasan. Tu cara abah ajar aku jadi berdikari. Adik beradik aku pon sama jugak. Abah buat macam tu jugak. Hari pertama sekolah, bayar yuran sendiri. Mak tolong letak dalam sampul je. Abah hantar, masuk kelas, bayar yuran, abah intai, balik rumah, kalau tak kena komplen.. kena bahann ! Hahaha !

Nahhh.. aku belanja gambar kelabu asap zaman kegemilangan aku masuk tadika. Hahaha !






Kepada rakan-rakan sekalian,

SELAMAT MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH !

Aku nak bagi ucapan selamat bersekolah, aku rasa tak da budak sekolah nak baca blog aku ni. Hahaha !





Ok, daaaa! =)









--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

==================================================
VALENTINO DULL SATIN DWITONE inspiring BELLA AMMARA
==================================================

11 warna untuk dipilih.
BIDANG 60
Kain jenis valentino dull satin
Lembut dan flowy
Minimum pembelian 1meter

**Inspired BA jadi kain tidak 100% sama dengan Bella Ammara...mungkin dalam 5% perbezaan**

Harga : RM85 Sepasang (4 Meter)










2 hari ja lagi RM68 untuk sepasang kain Japanese cotton. (Np : RM85)

Ig : @cottonvarniella
Fb : cotton varniella
WeChat : Shela_abdrohman


02 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016 !

Assalamualaikum ,

Hari ni dah 2hb dahh.. azam yang korang buat tu.. dah terlaksana ke belum? Kihkih ! baru dua hari kan.. sepatotnya dah jalan la walaupon baru dua hari...

Azam aku? Azam aku adalah, menyepurnakan azam tahun 2015. Tak de azam lain . Melainkan ingin menimang anak sendiri. 2016 ni dah masuk 30 sudahhh..

Jangan cakap aku sedih pulak. Tak.. tak.. dan.. tak bermakna aku ni bergembira sakan sebab tak de anak.. sekarang ni pendekatan aku.. ikut ja aruss.. cuma aku tak nafikan. Aku dan Mie akan reward diri dengan pergi berjalan-jalan.. hikmah kot.. bila pergi berjalan-jalan kita akan rasa lebih bersyukur. Kenal tempat orang.. bila pegi berjalan-jalan, tak la sedih sangat. Kadang-kadang sedih tu.. bukan sedih tengok orang lain dah mengandung. Sedih mengenangkan diri sendiri. Berpeluang ke tak jadi Ummi ni. Tu jek..

Kalau tanya, aku ni tak sedih ke.. nak-nak pulak sekarang suri rumah. Rumah sunyi.. sedih la jugak. Kadang ada. Tapi aku berbalik dengan perkataan 'syukur'.

SYUKUR ada suami
SYUKUR ada mertua/ipar duai yang sangat baik
SYUKUR ada keluarga yang menyayangi
SYUKUR ada kawan-kawan yang menyayangi
SYUKUR diberi kehidupan yang makin baik.

Apa lagi aku nak? ANAK.

Tu je. Takkan lah banyak nikmat aku terima disebabkan 1 nikmat aku tak dapat, aku dah nak rasa Allah tu kejam. No, no, no !

Bersyukurlah jika ingin bahagia dan bahagialah kita jika kita sentiasa bersyukur.

kelakar tak ayat aku? Sebenarnya dengar dalam sinar pagi . Sepahtu yang cakap. (tapi aku ubahsuai sebab aku tak ingat ayat tu secara tepat )

 Lepas dengar. Ya, betul. Sangatttt betul !

Siapa yang senasib dengan aku?

Jangan sedih-sedih. Rezeki kita belum sampai. Ohh ! Aku dah 5 taon kawen. Masuk taon ni lah 5 taon. Rilekk ! BARUUU 5 taon.. hihi! Panjanggg lagi perjalanan kami suami isteri... :)

Tudiaaa.. panjang lebar jugak aku cerita bab azam aku taon ni yang ingin menyempurnakan azam tahun 2015. Kihkih !

Selamat Tahun Baru 2016. Semoga 2016 memberi sinar yang terang menderang kepada kita semuaaaa ! :)



3 bulan pertama, bila bab tulis tarikh, mesti macam ni. Sapa macam aku?? Sep skettt ! Hakhak !










----------------------------------------------------------||------------------------------------------------------------

PROMO RM68 sepasang (4 meter ) sedang berlansung! akan berakhir 5hb Jan..

Tinggal 3 hari lagi !







Nak whatsapp / LINE/ Telegram : 012 415 7127
WeChat : Shela_abdrohman

Follow ig : @cottonvarniella
LIKE FB : Cotton Varniella 

11 December 2015

Mood Di Mana Kauuu

Heheheh ! Lama aku menyepi.. rumah dah makin ok. internet pon dah makin ok.

Kenapa aku menyepi jugak ?

Cari mood !

mood nak menaip takkk jumpa-jumpa.. p mana tak tauu !

Sedar tak sedar, hampir setahun aku jadi suri rumah. bermakna, tiada income macam aku keja dulu. Bukan la aku nak cakap Mie tak bagi nafkah.. jangan salah paham.. Takk... untuk perempuan yang pernah bekerja, pernah pegang duit sendiri mesti paham benar apa perasaan aku.. kepuasan dapat duit dengan titik peluh sendiri dengan duit suami bagi.. lain benarr perasaan tuuu...

So, aku pon belum ada anak. bosan jugak.. nak kerja tak da kerja yang sesuai dengan aku lagi.. maybe Allah nak aku jadi suri rumah. so aku cuba berniaga online. alah.. aku tau zaman sekarang ramai perempuan macam tu. nak kepuasan. lagi seronok ada duit sendiri..

Sekarang ni aku jual kain beb !

hahahaha ! malu jugak sebenarnyaa.. tapi kalau malu.. tak kemana aku ni..

kalau korang perasan.. kat side bar aku tu ada page Cotton Varniella.

kat page tu la aku berniaga. macam-macam corak sampai boleh berpinar mata korang !

meh aku tunjuk sikit.. kat dalam ni terhad la.. nak lagi banyakk.. memang KENA tengok page Cotton Varniella tu..














Kalau korang jumpa entry ni. lepas tu memang berniat nak beli.. aku bagi special diskaun. tapi dengan syarat.. nanti masa pm aku, Taip je Belog SAR. nanti aku tau la tu. korang dari blog.. hehehe !

Nanti aku sambung lagi entry aku yang tertangguh tu.... (bajet ramai baca je kan?:P )


ok, bye ! :)

16 November 2015

Terbantut

Makin bersawang blog aku. kehkeh! bukan hangat-hangat taik ayam.. tapi keadaan yang membuat kan aku menambahkan sawang di blog sendiri! camne ayat aku tu ehh? aahhh! abaikan...

Aku dah duk umah sewa baru. sebelum ni ade aku tanya.. naknkemas rumah.. yang mana nak mula dulu.

Alhamdulillah, rumah dah kemas dah 80%. kenapa 80% ? sebab nak kena beli kebinet baju dengan dapo. rumah ni tak de benda tu. sampaikan aku tak tau mana nak susun benda-benda tu. baju harian aku lipat-lipat letak je atas katil. memang semak mata memandanglah. bertabah la sekejap. gaji hujung bulan ni baru nak beli.

Internet pon satu hal. Awal bulan ari tu aku dah topup dan beli data 1gb. x sampai seminggu aku rasa. dah habis dah. nak2 aku ni jenis manusia bukak FB la, IG la, google la.. Sejak kawen ni aku pakai prepaid jek. senang. call tak banyak pon aku ni. lebih jimat. top up pon kadang untuk beli data ja. zaman sekarang ni, kalau tak da data, bisu telepon kauu tetiba. haha! aku dah merapu, berbalik pada cerita 1gb yang dah habis tu.. lepas tu aku bertabah la dalam 2 ke 3 hari macam tu tanpa data telepon. mak aih ! paaaling mencabat aku rasa. sunyinyaaa ! terasa macam katak bawah tumpurung! bila petang, aku tak sabar tunggu Mie balik kerja.. bukan apa.. nak hot spot! kakakakaka! lepas tu aku tak tahan dah. mintak jugak la beli top up. sebenarnya konon aku nak bertabah sampai internet dipasang. memang tak tabahh lah!

Dah ada data kali ni.. aku jimat. IG aku tak bukak pon. kalau aku sepi ja kat IG pepaham lah yer. memang aku tengah berjimat! kehkeh!

Nanti umah aku dah ada internet, aku update lagi sambungan cerita yang tak terupdate tuh.. memang nak abadikan kat dalam blog. bukan apa.. buat tatapan diri sendiri jugak dimasa depan.


ok, bye ! =)

01 November 2015

Mana Nak Start ?

Alhamdulillah , dengan rasminya.. aku dah duduk rumah sewa baru.

Bab menghangkot barang semua dah settle dah. sekarang bab mengemas. oh maiii ! hat mana nak start dulu ni????








Rumah lama, aku tak tengok tv sangat walaupon ada tv. kenapa aku tak tengok tv, sebabnyaa tak de siaran. tak amek astro , njoi dan seangkatan dengannya.. selalu drama ape2 yang best aku selalu tengok online ja. aku selalu tau drama best ni bila trending je. haha! bila aku tengok ramai dok post kat facebook. aku akan google. haha ! 10 bulan jugak aku bertahan tuh.. dengan tak keja nya.. ko bayangkan.. hahaha ! bila pikir-pikir balik. tabahnyaa aku ! hahaha !

Hari ni hari pertama di rumah baru. rumah ni memang dah ada njoi. so sambungkan kat tv kitorang jek. pagi-pagi lagi aku dah bukak tv. baru rasa 'ramai' rumah ni. dan baru aku tau, pagi-pagi ni dah ada drama ! hahaha ! kesian aku... aku memang suka tengok drama. drama melayu, cina, korea, siam... janji drama.

Hari ni, lepas Mie pegi keja.. aku cam tengok ja semua benda. blur. mana nak start ni wey ??? hergh !


ok, bye ! =)

26 October 2015

Hotel Murah Dan Berdekatan Dengan Pasar Benh Than

Selama aku dok men google hotel yang berdekatan dengan Pasar Benh Than ni.. yang pemesss yang aku jumpaa.. opkos lahh Saigon Pink 2.

Antara hotel yang pemess la kalau cari kat internet tu
walaupon pemesss.. kitorang tak bekenan bab harga. walaupon akan dibahagi 4.. kitorang cuba untuk cari semurah yang boleh dan berbaloi dengan kitorang.

nak yang murah, bersih dan dekat. tu jek..

dalam dok google ada la cadang 2 hotel aku bagi.. kena rejekk beb !

so, last-last semua sebulat suara setuju nak duduk hotel ni..

Cat Hotel 

macam mana kitorang boleh decide nak duduk Cat Hotel ni? Ni semua sebab atas cadangan kawan. Dia pernah pergi dan dah pernah menginap disitu.

Bukak google dok google nak tengok review orang lain yang pernah pergi tak jumpa-jumpa. selalu yang jumpa pon yang dok review pasal Hotel Saigon Pink. dah jadi tumpuan sangat dah hotel tu.. tengok harga.. macam boleh dapat harga murah lagi.. sebab tu teruskan pencarian hotel. sehinggalah Cat Hotel dicadangkan.

Harga untuk 4 hari 4 malam ( 27hb 9 - 1hb 10 2015) RM694.25 dibahagi 4 orang jadinya sorang RM173.56. dan ditambah RM64.58 sebab kitorang check out lambat. tu pon bahagi 4. bila pegi trip dengan kawan-kawan sama jenis jantina.. memang jimat. banyak benda boleh bahagi. jimatt-jimatt ! Selagi boleh jimat.

Hotel ni tak de breakfast ya. Wifi dia laju jugak. tapi ada masa lembab skit. tapi selalunya laju jek..

Macam mana rupa  Cat Hotel ni?

Ni pandangan dari luar.

Bangunan dia kurus dan tinggi. Yang aku pasan.. kat sini majoriti bangunan dia.. memang jenis kurus dan tinggi. Umpama.. ada tanah sekangkang kera, tapi nakkkk jugak buat hotel.. gitu la hasilnya.. hahah ! gitulahh perumpamaan aku.

Sampai jek hotel dah sebokk cari wifi. maklumlah tak beli simcard sana..

Nampak tak kat sebelah Uyah tu ada penibang.. so, kalau takut beg melebihi berat, jangan risau..sehari sebelum nak balik timbang la dulu. kalau ringan  boleh shopping lagik.. kakaka !

Masa di Vietnam lambat 1 jam dari Malaysia. 
Sekitar di lobi hotel. oh.. ini bukan hotel ber bintang-bintang sangat yer.. lobi pon kecik jek. ngam-ngam.. hotel ni jimat betul.. kalau dekat lobi ni tinggal staff dia sahaja.. tak on ekon beb ! bila kita yang melepak situ.. cepat-cepat bukak ekon.. hehe ! kesian staff. nasib tak panas sangat.. cuaca kat HCM ni sama je macam kat Malaysia ni.. staff majoriti pangkat adik-adik je dengan kitorang..

Lift 
Hotel ni, ko bayangkan rumah kedai. sebelah tingkap depan 1 bilik. tingkat belakang 1 bilik. 1 tingkat ada 2 bilik jek. bilik bertentangan.. dan ada 1 lift. Aku nak cerita pasal lift ni.. lift ni.. hanya boleh menampung 4 orang saja. 4 orang yang tak sama size. tengok dalam gambar tu sudah ler.. punya perit.. nasib bek laa Uyah tak makan space sangat. kalau Uyah size aku.. memang naik berdua je la 1 trip. masuk 4 orang ni tak termasuk beg. kalau termasuk beg.. confirm.. 2 orang sahaja boleh masuk. tapi kalau beg ko jenis besar sampai ke pinggang ko.. memang ko naik sorang lahhh..

Tarraaaa ! Ni bilik kitorang !

Ni depan pintu bilik. yang sepah-sepah tu abaikan je la. ni masa nak balik dahh



Kitorang amek 1 bilik jek. sebab senang nak sumbat semua orang dalam tu. banyak sket geng sembang. dan.. kan cakap tadi.. sebab nak JIMAT. kahkah !

Bilik dia ok. bersih. Perabot pon macam biasa. tak de yang pelik.. kiranya standart bilik hotel la.. kot-kot risau pasal plug.. bilik ni banyak plug. lebih dari 2 la jugak. tapi kitorang masa ari tu dah bawak extention plug. risau takut 1 bilik ada 1 plug. dah la 4 orang nak charge handphone la.. bateri camera la.. power bank la.. (aku lettewww :P )

Tak de sejadah tauu.. kiblat pon tak tunjuk.. (yea lahh ni bukan negara Islam woi !) Air mineral pon takde..

Dok beli botol 500ml la.. 1 liter la.. bek beli botol besar terus. senang.ko refill botol ko jek.. jimat sikit dari hari-hari ko nak beli air 1 liter tu


ada kittle untuk masak ayaq panas kot nak akan maggi tengah-tengah malam dengan peti ais kecik. Seterika tak dakkkkk yaa ! yang jangan bawak tudung yang sedang kedut. aku bawa shawl je semua.. blous pulak jenis memang kena gosok.. sekali seterika takdaq ! aku hentam pakai je baju tak gosok dengan shawl tak gosok. nasib baiklah shawl. aku rasa kalau bawal ni.. lagi aku stress.. takut tak jadi bila tak gosok..

betul ke sampai tak da seterika ni? kot-kot ada kat tingkat lain ke kan..memang takkk ada. TAPI kalau ko nak baju dan shawl ko bergosok.. ada servis untuk seterika ni. tapi sehelai RM1. SEHELAI RM1. ko rasaaa?? berbaloi tak ko upahh? baju ko ada berapa pulak.. shawl ko ada brapa pulak. kalau jenis tak boleh hidup dengan baju dan shawl yang tak bergsok.. silakan amek servis ni. kalau aku. tak pe. dari aku bayar orang servis gosok baju aku ni. bek aku bayar kopi ! kakaka ! so, ini lah pertama kali aku jalan jauh dengan baju dan shawl yang TAKKKK bergosok ! senang betoi la depa ni buat duit..

tu haa hasil shawl tak gosok.. memang jelas kelihatan bekas lipatan.. haha ! 
Toilet 
toilet hotel ni.. ade la paip tepi tu.. senang ko nak memerut... yang tak best nyaa.. bila mula-mula masuk.. salah kitorang la jugak.. tak check dulu paip air shower tu.. paip dia bocor sikit bila bukak air.. air tak laju.. air panas pon asek panas jek.. bila tengah hari rembang ko balik hotel nak mandi sebab panas.. memang lagi bertambah panas la... air tak nak sejuk. paling sejukkk dia bagi.. tahap suam jek.. tu salah kitorang la tak check masa mula-mula masuk. bila barang dah bukak semua.. dah malas nak tuka bilik... layankan je la..

Pandangan depan hotel 

Kiri hotel 

Kanan hotel



Nampak kan lorong tu ? tu la Malaysian Street ! Dekat sangat-sangat ! jalan depan sikit.. dah Benh Than Market tuh.. dekat jek. tak sampai 1km ponn ! 500 - 800 meter jek.. sebelum sampai Benh Than Market tuh.. boleh singgah makan dulu.. banyak restoran halal kat kiri dan kanan lorong ni. cuma biasa la.. harga mahal sikit. nak buat macam mana kan? terpaksa.

Ha.. lagi 1 hal nak pesan. ko tak yah berangan nak letak kad kat tempat kunci tu. dengan harapan bila ko balik shopping, bilik dah sejuk. jangan nak berangann ! sebabnyaa... dekat receptionist tu.. ada 1 plug. diorang yang control suis kat situ. bila nampak kita turun.. dia off. bila kita nak naik.. masa tunggu lift tu.. staff dia cepat-cepat pegi on suis tu.. so, ko jangan nak mimpi lepas keti ko dah basah, baju lenjun dengan peluh, penat jalan-jalan... masuk bilik dengan harapan bilik ko sejuk macam peti ais.. lupakan je la... haha !

Plug kat Vietnam ni jenis 2 kaki. so, silalah bawah travel adapter yea. boleh beli kat kedai MR.D.I.Y , Lazada pon ada. atas ko nak pilih murah ke mahal. Kalau macam aku yang duduk Langkawi ni.. kat Billion Langkawi Fair tu ada. kot la tak mau beli online kan.. aku nak beli hari tu.. Mie ingatkan aku, kitorang memang dah ada. Seli & Dayah bagi. hihi !

Kalau ditanya aku.. kalauuu nanti tetiba ada rezeki datang lagi Ho Chi Minh ni.. pastu kat mana nak duduk.. aku memang nak duduk hotel ni jek. lokasi memang strategik. Segala nya dekat. nak shopping, nak makan, nak amek teksi.. semua senang..

Tapi kalau ditanya aku.. kalau diberi pilihan, nak datang lagi tak Ho Chi Ming?
Jawabku tanpa ragu-ragu..

TAK NAK ! TAKMAU !


tapi kalau dah tertulis rezeki aku datang lagi.. yang tu tak dapat nak elak la.. aku cakap tadi kalau aku diberi pilihan... aku cakap macam ni bukan apa.. kot-kot tetiba aku pegi lagi . nanti korang cakap aku sembang muhunggg ! hahaha ! paham,,kan,, ayat aku tu??


kalau korang nak pegi.. bitau la aku. aku nak la kirim kopi, mask dengan suar gobos ! kahkah !

Lupa pulak nak habaq.. sepanjang kita duduk sini, pihak hotel akan pegang passport kita. Diorag amek masa kita check in. motip dia pegang passport kita tak dapat diketahui. sebab bila tanya. staff dia jawab benda tu kebiasaan untuk hotel-hotel disini. dan dia jamin tak hilang. nak tak nak TERPAKSA bagi.. risau jugak.. tapi kalau tak bagi.. nak tido mana pulakkan? redho ja la.. dalam hati dok doa banyak-banyak moga Allah pelihara kami dari benda yang tak baik.

Masa untuk pulang 
TQ Cat Hotel ! mihmih ! 
Waktu balik.. untuk kitorang ke airport.. kitorang naik teksi. nak cari teksi sendiri pon boleh.. nak hotel ni panggil kan pon boleh..dan opkos lah kalau hotel yang panggil harga macam mahal sikit. tapi terjamin la dari segi harga dan jarak. mesti la teksi tu nak jaga nama baik hotel tu jugakkan..Kalau kita cari sendiri maybe dapat murah.. tapi tak berapa nak pasti. mesti macam cuak jugak kot-kot dia bawak jalan jauh, lepas tu charge harga tinggi.. kan banyak kes macam tu kita dengar. kitrorang ni pikir langkah keselamatan dan.. malas nak pegi cari teksi dah sebenarnyaa ! tapikk... teksi vinasun tu ade jek depan hotel tu dok parking ! hahaha ! ntah laaa.. sebab kitorang dah malas nak pikir dah kot. lagi 1 sebab dah habiskan duit yang mana ada.. hahaha !


Bye ! Cat Hotel !  =)

25 October 2015

Terima Kasih h2m !

Start taon ni dengan rasminya.. h2m buat kutipan wang ringgit. (saja over guna perkataan wang ringgit) kutipan ni untuk hadiah untuk setiap birthday h2m. kiranya setiap kali birthday dapat hadih dengan kek sepotong.

untuk tahun 2015 birthday aku sebagai pembuka tirai. birthday aku bulan 3. terawallah diantara kami ni.. disebabkan aku tak ada di Kajang.. terpaksa ditangguhkan sehingga aku ada disana. sweet tauuu ! 

kebetulan masa bulan 6 kalau tak salah aku.. haihh ! diri sendiri pon lupa woi ! 

aku dapat interview di SPA Putrajaya. 

bila lokasi interviewnya di Putrajaya.. sah-sah lahh aku akan mmintak tolong Day untuk amek aku dan aku tumpang tido umah dia atau pon tido dirumah aku sendiri di Semenyih tu.. 

Aku sampai di Putrajaya Sentral tu dalam pukul 1 lebey hari Jumaat. saja la aku pegi awal. sebab aku tau.. masa lunch Jumaat ja semua orang ada. kalau weekend masing-masing memang ada hal sendiri. Day datang amek dan terus ke Padi House, Putrajaya. 

Semua dah ada kecuali Rara. aku tak ingat Rara ada hal ape ntah hari tu.. sokayyy Rara.. sokayy..

Dudud tu sweet sangattt ! cuti pon datang siap bawak anak ! uwittt angat yer tuhhh .. eh, yang len pon uwitttt :)
Lepak sekejap je la.. sebab lepas tu masing-masing nak kena masuk opis.. kan hari keja... tak pe jek.. sekejap tapi berkualiti. hehe ! 

pendekkan cerita.. aku pon dapat la hadiah aku.. suprise tak suprise sangat lah ! kikikiki ! =)

kotak untuk simpan aksesori & kad ucapan
Thank You korangg . aku suka sangat hadiah ni. sebab aku suka simpan barang-barag aku dalam bekas bertutup. selalu letak dalam tin biskut jek ;p

yang sebenarnya.. kotak ni aku tertinggal ari tu. lupa nak bawak balik.. lepas aku balik dari Vietnam aku dah pesan kat Day tolong bawak barang-barang tu ke rumah dia kat Labu. (sebab malam yang aku nak balik tu..aku balik dari Labu.. )

Bagi aku.. besttttt sangat hadiah aku kali ni... memang aku rasa nak beli pon menda alah ni. tapi selalu bertangguh-tangguh.. 

Sekarang dah selamat mendarat di Langkawi dah kotak pinkku yang comel inihh .. 

suka sebab dia tak besar sangat tak kecik sangat. lepas tu opkos sebab PINK ! 

Ada kunci
Ni isi dalam 
ada tempat letak cincin & tempat letak brooch

kat bawah ni ada ruang boleh la letak gelang ke, jam

Laci kat bawah.. ni pon boleh letak sepit rambut ke, butang ke.. 

Ni kunci ada dua. moga tak hilang la salah 1. 
Terima Kasih, Korang.. kad yang Uyah buat pon aku suka. aku kan suka hasil tangan Uyah... hehe !

Taun depan masih lagi mengekalkan tradisi ni. aku pon tak tau aku dapat apa taon depan. haha ! lagi 5 bulan birthday aku.. haha ! lagi 5 bulan nak masuk 30 woi !! tapi perangai kalahkan budak lagi nihh! hoihhh !


Terima Kasih.


ok, bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...