27 June 2013

Running Man

Aku bukan jenis fanatik Kpop. or Fanatik drama Korea. Aku hanya sedang-sedang saja. tu pon sebab aku ade kawan dengan budak fanatik Kpop, Drama Korea, Variety Show nih.. Kiranya aku ada sumber la kalau tetiba nak tengok cerita ke ape ke..


RUNNING MAN. Aku dah dengar nama beberapa tahun yang lepas dah.. Tapi TAK HINGINNNN nak tengok pon.. kalau tak salah aku.. Dari start aku kawen.. aku tak layan pon Drama Korea nih.. Si budak fanatik ni banyak kali suggest suruh tengok,. Dannn.. penah jugak la aku amekkk ja semuaaa episod yang dah tengok tu.. aku simpan dalam lappy. TAK PERNAH SENTUH pon. elok ja dalam folder tu.. Sebab aku ingat tak best. Dan aku ingatkan Running Man ni DRAMA ! Malass nak layan banyak-banyak episod ni.. Aku banyak benda lain nak buat nih.... Kata dah kawen kannn.... ;)




Segalanya berubah apabila Incit Somi ubah pakej Astro kat rumah. Sebelum ni.. Kitorang decide amek pakej yang ada Mustika sahaja. Tapi nak dijadikan cerita.. Masa Incit Somi drive balik keja.. hadap jammed.. nak cepat sampai amek Isteri dia.. Masa tu pulak Astro telefon.. Dok offer pakej HD. Tanpa pikir banyak... sebab tengah runshing.. dan nak cepat.. lepas dengar je comitment bulanan.. Incit Somi decide YES !

Lepas dah ada channel tu.. aku pon explore la channel apa yang ada.. tengok ada OneHD. Kelakar betul dengar pelakon-pelakon Korea cakap bahasa Melayu ! HAHA ! (Alih bahasa) pastu.. ade jugak dengar-dengar dari budak fanatik Korea tu cakap .. Running Man ada kat OneHd. tapi dia lambat sikit sebab kene alih subtitle Malayu. Tak kesah lah..yang aku tau aku nak try layan.. (masa tu) yea la.. dah ada pakej macam-macam.. tak layan pulak.. rugi bayar bulan-bulan tauu...


1st time aku layan Running Man aku tak tau episod berapa. Aku layan hari Sabtu malam Ahad. Pukul berapa start pon aku tak tau.. just tengok kat info. buat reminder. Masa tu Incit Somi macam malass gilaa nak layan aku yang nak tengok Running Man ni.. Asek nak tukar channel jek. haihh ! Kira berebut channel la jugak nih.. Pastu.. bila dah start tengok... dah terjatuh SUKA ! LAWAKKK siott !! Bayangkan tengah-tengah malam tu.. aku laki bini bergelak sakan macam waktu tu bukan tengah malam ! macam tengah bergelak-gelak petang-petang.. or malam-malam layan Maharaja Lawak.. TAPI.... Running Man ni lagi lawakkkk !!!!


SEKARANG.... Bila ari Jumaat ja.. Incit Somi yang akan tanya aku.. dah buat reminder ke belom ! HAHA ! Nak pitam aku bila dia tanyaa !! Maunya tak pitam.. Incit Somi ni bukannya layan Kpop ke Drama Korea ka.. Dia kata macam nak mintak penampar diorang tu. HAHA ! Ternyata... sekarang.. Incit Somi ku sudah BERUBAH ! YEAHHHH ! Ada geng nak tengok Running Mannn !!! Paling dia suka.. (aku nilai sendiri berdasarkan pemerhatian aku )  KIM JONG KOOK / Sparta / Tiger & KWANG SOO / zirafah / penghianat . Aku ? BIARLAH RAHSIA. HAHA !


Ni kira diorang tengah handsome /cantek la ni


Ni expresi muka diorang. Gary sememangnye muka macam tuuuu jek.. KAHKAH

ni waktu comot


Ni tak berapa nak comot. tapi muka bangun tido

Okay.. yang ni SENGAL gilaa ! MUAHAHAHAHA ! 


Memang TERBAEKK wehh ! Try la layan sekali.. comfirm TAK SABAR nak tengok episod seterusnya.. PERCAYAlahh ! Gelak tu jangan cakaplahhh ! COMFIRM berdekah-dekahh !! :D





Ikhlas :
Bukan Fanatik Korea.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...