24 June 2013

Jerebu ! WAJIB pakai MASK wehhh !!

Sekarang Malaysia dilanda jerebu.

Masa ni.. Jerebu teruk gilaa ! Sampaikan jalan tempat terbuka kat office aku tu boleh bau bakar.. 

terukkan??








**overr.. dalam kete pon nak bermask bagai.. haha ! 

20 June 2013

Jumpa Lisa Cikibumm di Office !

Lisa datang office.  Lame tak jumpa Lisa..

Muka monyok lagi sebab baru bangun tido... 'enjin belum panasss'

Tapi Lisa Cikibumm memang cutee.. geramnyeahhh !! :)





14 June 2013

Sambung Kontrak

Kenapa aku macam beria-ia bila aku dapat tau kontrak aku dapat disambung?


Kali ni tahun ke 6 kontrak kerja aku akan disambung. Alhamdulillah,  syukur. Mungkin tahun sebelum ni aku tak de ar nak rasa macam ni.. banyak sebab untuk aku rasa lega.. banyak dugaan untuk tahun ke 6 nih..

Dugaan untuk memasuki tahun ke 6. Aku kena buat akujanji. Akujanji ini harus disiapkan dalam masa 6 bln. Dan aku rasa.. rakan-rakan seperjuangan pon paham kot.. sebab kerja sedia ada ni pon berlambak.. ni kan pulak nak buat kerja akujanji yang lari sikit dari kerja harian.

Dan aku juga kena hadiri sesi interview. Dah nama interview. . Opkos la cuak.. leceh gila.. sebab tempat keja aku ja jenis macam ni. Seyes ada kala down sangat nak keja. Sapa nak keja kalau dok nampak masa depan macam tak menjaminkan ??? Pengarah pulak asek suruh cari kerja lain jek. Memang terang-terang nampak tak sayang staff..stress tau tak ? Orang tetap lain lah.. stress nak siapkan kerja sahaja. Dari orang kontrak ni .?? Stress nak siapkan kerja 1 hal. Stress pikir masa depan kat tempat kerja sendiri pon 1 hal.


Kenapa tak cari kerja lain???

Bukan tak cari. Cari.. tapi tak ada rezeki. Rezeki masih disini. So.. hadap saja lah.. stress tu memang lah. Rasa tak dihargai pon ade. Tapi... layankan aje. Aku masih memerlukan income.. kalaulah.. cari kerja macam petik jari.. aku rasa dah lama dah aku tinggalkan tempat keja ni... serious ! dan kalaulah suami aku tu orang kaya... memang bye ! bye ! 


Suami aku cakap :
"Bersyukurlah awak masih ada kerja. Walaupun kontrak.. tempat kerja awak stabil. Gaji okay. (Untuk kelulusan macam aku) Awak kene tingkatkan performance sahaja. Jaga disiplin. Jangan tangguh kerja. Tengok orang lain.. gaji diorang macam mana? Tempat kerja pon tak stabil. Tak banyak kemudahan yang diorang dapat macam awak dapat. Bersyukurlah.. hadap je apa nak jadi. Semua tempat kerja bermasalah. Stress.. Awak tukar kerja bila awak dapat tempat kerja yang lebih baik dan lebih menjaminkan masa depan awak. Kalau tak dapat kerja lain.awak stay je situ sampai betul-betul dia nak buang awak. Masa tu.. baru awak pikir nak kerja kat mane..sementara nak cari kerja tu pon.. saya rasa saya boleh tanggung awak. sekarang.. awak kerja betul-betul.. takkan diorang nak buang orang yang kerja betul-betul ? tak kan semua kerja orang bawah ni pegawai yang nak buat ? Rezeki dari Allah... awak hargai betul-betul kerja yang awak ada sekarang okay ?! "


Menangis aku dengar.....


Allah Maha Mengetahui


Semoga diperluaskan rezeki.. Aminn.. :')

13 June 2013

Tak Ada Motif (Jangan Baca)

Malam tadi.. dalam pukul 9 aku dah tido. Bukan apa.. letih bebenauuu.. ntah apa aku buat kat opis pon aku tak tau.. tahap mengantok tuu bukan mainn dasyat lagik...


Setiap pagi aku akan bangun pukul 5.45am. Bukan disebabkan tempat kerja aku jauh.. tapi tempat keja suami aku jauh. Secara tak langsung aku pon awal lah. Okay lah tu.. sekarang tak bermasalah sangat bab thumb print merah. Kihkih... 

Hari ni pukul 5.45am aku baru tengok handphone. Haha ! Ada orang tu sanggup whatsApp gambar baju kat aku. Semata-mata nak tanya pendapat baju mana yang cantekkk untuk jumpa oppa dia. Kihkihkih ! Sorry yea... lepas Teduhan Kasih.. aku kene buat keje rumah. Terlupa nak belek handphone.. haaa ! Nampak tak betapa aku komited ?? Kahkahhh !!


Disebabkan aku tido awal.. sah-sah aku tak dinner.. pagi nih lapaq gila !! Terus g RBZ tapau maggi goreng. (Padahal sekarang aku breakfast dengan oat) lapar sangat kot... habis sebungkus. Plus aku minum ESP dari Shaklee. Blurppp ! Alhamdulillah kenyang... so sekarang... nak start keja pon macam semangat sikitlahh ! *inisemuapoyo


Selamat hari Khamis. Mulakan pagi anda dengan sarapan berkhasiat ya !


***Takde motif aku membebel hari nih..  ntah hapa-hapa.. Terharu jugak korang baca sampai habis. Sebab dah cakap dari awal JANGAN BACA.. Haha ! ****

11 June 2013

Suppliment

Aku baru start makan menda alah nih.. hopefully ada la good news... samada aku kurus. Or pregnant...

Tolong doakan eh ??? ;)

Makanan Sihat

Sekarang Incit Somi dok suruh aku makan menda alah ni.. maybe sebab dia nampak isteri dia makin 'sehadd'..

aku? Orang dah beli. Makan je lahhh.... huhuhuuuu !

10 June 2013

Yeayyy !!! Mak & Abah datang rumahhhh !!!

Hari Isnin yang lepas mak, abah, maggi dan amid datang umah aku. Memang aku terrrsangatlahh happy.. yea la.. family datang dari Perlis kot... tambahan pulakk.. mak aku memang tak pernah jejak kaki kat umah aku nih... banyak tempat aku nak bawak g. Yea la.. excitedd kott boleh bawak family jenjalann.. selama ni aku laki bini jek...


Family aku sampai pagi Isnin. Aku amik cuti hari isnin dan selasa. Semata-mata family aku. Tersangat happy lahhh... pagi isnin tu family aku sampai dalam pukul 5am. Aku berjaga sampau pukul 7 sebab nak mengantar Incit Somi g umah kawan dia. Sebab die nak kena outstation. Saja ajak Amid dengan Maggi. Incit Somi macam biasa la. Drive macam orang nak race. Kitorang yang dalam keta ni dah macam mesin basuh. Ke kiri.. ke kanan.. haha..


Lepas hantar Incit Somi.. balik rumah. Rehat.. dalam pukul 11 am macam tu aku kejutkan semua orang yang ada dalam rumah... ajak g IKEA. Haha! Bukan la aku nak jadikan IKEA tu rumah kedua aku.. (bak kata Rara) tapi memang tu niat aku. Nak bawak mak aku pegi sana. Maklumla Perlis mana ada IKEA :p abah tak ikut sebab abah malas drive. Pastu nak g satu keta x muat pulak. Huhu!








09 June 2013

Muhammad Qhaliff

Haaa.. ni adik Suchan... post sebelum nikan aku ada cita pasai kakak dia... kali ni baru dapat snap gambar Qhalif.. macam senonoh sikit gambar aku snap kali ni. Before ni aku ase macam hampeh jek... Hahaha


Kitorang semua tak panggil Qhalif ni dengan panggilan Qhaliff.. kitorang panggil die Kolit. Tak pon Ciki. Hahaha ! Nama Ciki ni jauhh bebenauu dari nama sebenarr... ntah la mana dapat...

Pak Cik & Mak Cik sedara Incit Somi cakap muka Kolit ni macam Incit Somi.. Korang nilai sendirilah.. aku tengok banyak kali.. tak de rupa pon.. maybe muka Incit Somi masa kecik... Aku mana nak tau muka Incit Somi masa kecik...


Aku dapat snap pic ni masa petang tadi Family mertua datang umah.. tercungap gak ar diorang.. hehe ! Nak buat macam mane.. rumah aku penthouse tanpa lift. Kihkih ! :) macam biasa.. takde la gambar diorang.. sebab aku segannn nak bergambar bagai depan diorang. Heheheeeeeee :D


Suchan

Sarah Zhufairah atau Suchan dah jadi kakak sekarang.. rasa lain jugak la masa memula kene panggil dia kakak. Yea la.. baru masuk setahun kottt... nak buat macam mana.. rezeki dia dapat adik secepat itu.. hihi !


Aku baru balik dari Shah Alam. MIL datang sini. Sebab nak hantar adik ipar belajar di uniKL esok. So.. malam ni berkumpul lah kitorang anak beranak di Shah Alam.. rumah AuntySiti.. MIL aku tido sana..

Hari ni baru dapat jumpa Kakak Sarah. Or Suchan. Dah besar. Sombong pulak dengan aku.. haha ! Yea la.. lama tak jumpa.. dia pon dah lupa rupa aku... *hukhukk ! Sedey* makin aktif dia.. yea la.. budak dah dapat kaki. Asek buat lawatan tapak jek... aku sempat snap 1 je gambar. Tu pon sebab kejap je die nak dok kat aku.. hailaaa kakak.. dah besar... jangan ar lupa Ummi.... sob! Sob! :(


Muka kakak comot dan berhingus. Sebab kakak selsema dan aktif.. tapi kakak tetap comel... :)



07 June 2013

Happy Birthday , Liya

Haha !! Memang 2, 3 post aku memang untuk wish birthday jek... kihkih !
3hb Jun yang lepas.. genaplah 29 tahun dak Liya..
Sambutan birthday Dak Liya xde elements suprise.. sebab masa tak mengizinkan. Dan ahli h2m pon ade yang xde. Kirenye tak cukop korum la..
Tapi ni je la yang ade... hihi !
Happy Birthday Akmalia Shabadin :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...