10 April 2015

Rindu Kottt

Dah 2 hari dah aku rasa macam ni. Tak de mood sangat-sangat. Mie bergurau pon aku tacing. tu bergurau. Bila dia komplen aku masak.. lagi la.. membisu dan tunduk lantas menahan air mata dari menitis. ( ko tengokk ayat akuu) air mata dah siap bertakung dah. Aku tahan je.. tak nak bagi dia nampak. Nanti dia bahan aku. Muahahaha !

Nak kata period.. aku tak period. cuma malam tadi mimpi ku period. pelik aku.. pehal mimpi period ni? tak de mimpi indah sikit ke? mimpi la aku ni kurus dah ke. ok gaks tu.. KAHKAH !

Dalam dok muhasabah diri tu.. bertenang-tenang... ( sebab Mie pegi solat Jumaat. Langkawi cuti Jumaat Sabtu) Check email. delete email. baca blog.. tengok gambar. bukak facebook.. bukak intagram...



Damnn !

terus menitik ayaq mataaa ! sangat suwit korang.. rinduuu gila kott.. aku rasa disebalik ketiadaan mood aku dalam 2 hari ni.. maybe rindu diorang la kot. yea la.. aku dok sini tak de kawan. jiran apatah lagi. takde nak bergelak sakan. bahan membahan.. aku lama tak gelak beria wehh ! setakat taip gelak HAHAHAHAHA kat whatsapp je la... tak pon kat blog ni la..



Happy Birthday Kak Epah !!!!


Ok, Bye ! =)

09 April 2015

Hangat-hangat Najis Ayam

Balik dari holidaymoon kat Sabah ari tu.. dah tak joging dah. Aku hari-hari ready jek.. bila 5.30pm aku dah siap dah. tinggal nak sarung tudung ja..

Mie pulak..

" abang penat la hari ni"

"abang keje tengah panas hari ni, tak larat la"

"sekarang ni Langkawi musim panas. panas gila nuhh kat lua.. kita g esok kot-kot tak panas"

haramm... dari pertengahan bulan 3 sampai sekarang, bulan 4.. tak pegi-pegi. Alasan bulan 4 pulak..

"ada customer datang, nak beli jet ski, tak kan nak halau customer kot"
"ada customer nak beli gps la masa nak tutup tadi.. "

hurm... aku takkk joging la namanyaaa.. aku pulak.. tak best ar nak pegi joging sensorang. dah la sepanjang Mie keja, aku sensorang kat umah. inikan pulak nak pergi joging sensorang. boring ok. aku tak de kawan kat sini. apatah lagi jiran. berkawan dengan media sosial jek. tu pon kira naseb baik lah ade.

Dah tak pegi jogging sekarang, petang-petang aku layan drama online sampai lah ke maghrib. lepas maghrib baru buat dinner. tp selalunye dinner Mie sorang je makan. Aku tak begitu teruja dengan makanan sendiri. ntah la. selalu asal malam jek, kalau hari Rabu atau Sabtu, ajak pegi pasar malam. tak beli beria pon. just satay. setiap kali pasar malam okk..
ada yang cakap.. aku duduk Langkawi, makin demokk lah.. sebab selalu makan coklat. itu pon tidakk.. aku pon tak paham. jadi tak teruja. dulu masa datang holiday kat sini, bukan main lagi aku sauk coklat. sekarang, yillek.. tak de perasaan. maybe sebab dah depan mata kott...

Lepas, lunch tadi.. ntah.. tetibe rasa bosan.. ade je keje nak buat. yea lah... keje rumah mana penah habis oi ! tapi ntah. semua malas. nak tengok drama malas, nak lipat baju malas, nak layan fb malas, nak layan whatsapp pon malas, last-last ntah macam mana aku nampak link web jual handbag. nampak harga cam menarik. terus beli. lepas beli.. tertanya sendiri.

"bila aku nak pakai ni??"

ni aku tak bagitau lagi kat Mie aku ada beli beg online. tapi memang kena bagitau jugak sebab parcel tu nama dia ! muahahaha ! dok sini apa-apa parcel memang tak letak nama aku. semua nama Mie. aku tolong klik buat transfer online jek. yang lain semua Mie settle kan.. dari masuk duit ke akaun aku sampai la ke bukak plastik parcel. dia lagi teruja dari aku rupanya.. muahaha ! yea la.. masa aku keja dulu, barang-barang aku beli online.. semua aku dah bukak kat opis. teruja kan... parcel sampai. Bila dia datang amek, aku terus tunjuk barang. sekarang ni, dia yang terima parcel. tu yang jakun agaknya. muahahahaha ! yo lahh.. aku bagi peluang.. ekekeke !

Dulu sebelum berhenti keja aku bukan main atur jadual. hari-hari nak jogging lah.. last-last.. caitt.. hangatsss hangatss tahikkksss ayamsss sajasss ! bukan aku k.. salahkan laki aku. muahah ! disebabkan itu.. sekrang aku follow video workout kat youtube. tu pon kalau wifi ok. kalau tak ok.. macam aku kena ari tu.. beria ria ni angkat tangan ikut la dalam youtube tu.. Biapasha Basu plak kan.. tengok six pack dia.. perghh ! tengah dok angkat tangan.. video stop gitu jek. aku pon stop la dengan tangan kat atas tu.. hurmmm.....


ok, bye ! =)

08 April 2015

Bawa Kereta ke Langkawi

nampak gaya.. target 3 hari sekali ada entry baru,awal-awal dah kecundang. hoihh !

nampak sangat aku ni tak boleh nak berazam sangatt.. kena ikut mood jek.. 

kehkehkehkeh !

ok nak cita pasal pengalaman bawak kereta masuk ke Langkawi. Akhirnya.. TAX (kereta kitorang ler) dah selamat masukk dah Langkawi dahh.. yeayyy !

Mula-mulaaa sekali aku dapat tau Mie dapat offer g Langkawi.. memang terpikir dah bab-bab nak pndah ni. macam mana nak bawak barang. nak bawak barang apa. barang apa yang perlu.. dan barang-barang yang tak perlu. dan. opkos la terpikir pasal kereta ! opkos lahh nak bawak g sana. takkan nak naik van sokmo. HAHAH !

Disebabkan nak bawak kereta sendiri masuk Langkawi.. baru aku tauuuu..

dah tak perlu melalui Kuala Kedah. selama ni, sebarang kenderaan nak masuk Pulau Langkawi, memang akan melalui Jeti Kuala Kedah..

ada dua company yang buat servis ni..

Langkawi Auto Ekspress dan Langkawi Roro

hari tu kitorang pilih naik Langkawi Auto Ekspress. sebab? masa tu dia baru operasi.. dan ada harga promosi. kehkeh ! kita sebagai pengguna, perlu menjadi bijakkkk ! mihmih.. kitorang bawak barang-barang yang penting jek. bawak pakaian dengan tupperware, periuk belanga sket. tu ja la. tv semua, dah ada kat Langkawi. sebab rumah tu homestay, so peralatan lengkap la. sewa setiap bulan skali dengan barang-barang. dan ada yang barang yang company Mie sedia kan. so, tu je la yang bawak. kalau bawak barang 1 rumah, aku rasa, kena sewa lori. ntah berapa ribu habis kalau macam tu..

Tax kitorang tu 1.3 jek.. harga masa tu RM130 (sehala) tidak termasuk penumpang ok . tu harga kereta dan drive. alamak.. aku tak ingat harga tiket untuk penumpang. dalam belas-belas ringgit. tapi yang pasti lebih murah dari ko naik feri penumpang tu.. feri penumpang tu RM18 sehala.

Servis feri ni tak sama macam feri Pulau Pinang. Feri Pulau Pinang, terus beratur, beli tiket je kan? feri ni, opkos la lain.. tengok harga tiket die la.. haha! korang kena booking dulu. dulu aku baca.. ada yang booking seminggu awal. ni musim perayaan la. dari Langkawi ke tanah besar. Aku pulak hari tu nak bawak masuk kereta lepas raya cina. tapi masa tu last day la musim cuti raya cina tu..

pergi booking hari ni.. nak balik esok. memang TAK DAPATT bebb.. dah full okeh ! lusa baru ada kosong. okkk... terpaksa tuka plan. lusa tak free.. terus booking untuk weekend. weekend tu lg 4 hari ok.. so, 4 ari tu la baru amek kereta bawak balik Langkawi. hari ni, (hari masa beratur ni) tuan balik dulu. bukan apa, Mie dah kerja esok tu.. tu yang decide weekend la baru balik amek. lagi pon kereta tu tinggal kat umah mak abah aku jek. abah aku la yang tolong idup kan enjin pepagi selama 4 hari tu.. macih abah..

Dah nama pon kitorang ni pertama kali.. masa kat kaunter tu.. baru tauu.. boleh booking onlinee ! okk.. lepas ni booking online lahh.. tak payah beratur panas gini..

Langkawi kan kecik.. mai beratur sini pon jumpa kenalan Mie. ntah.. customer ke ape.. 



ok yang bawah ni Roro punya..



masa ni harga Roro RM180.. Langkawi Auto Ekspress Rm130. opkos la pilih Langkawi Auto Ekpress kan ?? 

ni masa beratur nak naik feri.. 

pada yang takut-takut tu (pompuan) jalan risau.. staf die akan tolong 'tengokkan' kita dan bagi arahan untuk parking sebelah mana. ramaii staff dia. jangan gabra. 
Feri ni ada 2 tingkat. 1 tingkat untuk kenderaan, 1 tingkat untuk penumpang. macam feri Pulau Pinag jugak yea.. tapi feri ni lagi besttt ar..

Ni tingkat atas. luas.. sejuk.. ekon berfungsi dengan baik. tv, besar tu je la.. sound ok. cuma macam biasa. cinonet la kalau duduk belakang tu. 
Dalam feri ni ada orang jual makanan ringan jugak. macam keropok, air mineral.. aku jenis bangsa bawak air g mana-mana. so memang tak pandang sangat la tempat tu. hehe ! perut pon tak llapar sangat sebab melantak takhengat kat umah mak aku sebelum datang sini. hehe!
ni tingkat bawah pandangan dari atas. 
kat tigkat atas, disediakan toilet jugak. jalan risau, ada toilet lelaki perempuan.



toilet laki dan perempuan ni bertentangan. aku amek gambar toilet ni sampai kena gelak dengan Mie. hoihh.. gigih punya pasal.

aku duduk kat dalam sat ja.. aku lebih teruja nak duduk kat luar. maklumla.. aku dulu jarang nak jumpa pantai cantek ni. kat Kuala Perlis tu laut. air pon kaler teh ais.. so dapat peluang.. memang aku tak lepas la..

Me tak suka duk luar. panas kata dia. yo lah... aku jugak yang suka panas-panas. 
Alah kat luar ni memang la panas. tapi berangin weyy ! mana nak dapat rasa berangin macam ni kalau tak naik feri?? muahaha

tu yang kecik tu bot nelayan


garangnyaaa pok cik ni.. 
Amacam?? cantekkan? aku ada hantar gambar kat kawan sekolah aku.

aku hantar gambar ni. kawan sekolah aku boleh tanya aku g bercuti kat mana.. HAHA ! pon boleyyy lahh.. 
sangat cantekk.. sebab tu aku duduk sekejap je kat dalam. yang lain aku lepak luar.. atas tangga belakang tu la aku bertenggek.

Kitorang turun kat jeti Tanjung Lembong.. kat sini jeti untuk feri besar macam ni la. jeti penumpang yang selalu naik tu.. benti kat Jeti Kuah. Kat jeti Tanjung Lembong ni tak da apa. drive keta je keluar. sebelum keluar tu ada lorong macam kita kat tol tu. haa.. kat situ kastam tengah tunggu. kitorang lalu macam tu je la. tak de suruh benti check kereta ke apa.. maaf tiada gambar.. sebab bateri kamera aku dengan handphone out.

Beza dengan Jeti Kuah. ada macam mall dalam tu. siap ada HIG, Starbuck, Nasi Kandar, kedai aksesori.. so, jangan tetiba cakap nak shopping at jeti Tanjung Lembong, yaaa...


Selamat Datang Ke Langkawi wahai TAX ! ekekeke ! =)



ok, bye !


update :

1. PERLU.WAJIB bawa salinan geran.
2. feri Penang harga ikut sebuah kereta.penumpang tak payah bayar. itu feri Penang. yang ni.. penumpang KENA bayar tiket. Bila penumpang pon kena bayar tiket, bermakna.. driver dan penumpang naik sekali la kan..  (tak ingat berapa belas. kiranya harga tiket untuk penumpang ni lagi murah dari tiket feri penumpang biasa tu.. )

contoh mcm ni 

Kereta : RM130
Penumpag ada 4 orang : RM16 (contoh harga ) x 4 orang = RM64

TOTAL ; 194 untuk SEHALA. 

selamat datang ke Langkawi ! ahaks! 

03 April 2015

Birthday Yang Ke...

Alhamdulillah..

Aku masih bernafas diusia 29 tahun. 

Umor macam ni.. ntah la.. tak terpikir hadiah dah.. sebabnyaa.. tak besday pon asek dapat hadiah. HAHA ! ntah la maybe next year aku try mintak sport car plak ka.. berangan sangat kannnn.. untuk orang kampung macam aku.. dapat benda tak mahal sangat pon dah cukup syukur. apa yang aku nak.. aku dapat. dah ok dah.. 

Birthday tahun ni berbezaaaa sangat. tak de pon wish secara live dari kawan-kawan. Mie plak boleh lupa birthday aku ! HAHAHA ! tapi tak amek hati pun.. sebab.. ntah.. aku rasa hari-hari pon besday aku.. muahaha ! pagi-pagi dah dapat birthday wish dari kawan-kawan. tu dah kira happy dahhh.. Alhamdulillah kawan-kawan ingat. walaupon aku memang sengaja tak publish kan birthday aku tak fb. saja. 

Pada umur 29 tahun...

Aku bersyukur.. ada jugak lelaki yang sudi menjadikan aku sebagai permaisuri hidup dia. Bukan apa.. sejak aku jadi suri rumah ni.. Aku rasa.. banyakkkk sangat kekurangan aku yang aku tak nampak masa aku bekerja dulu. Aku tak pandai memasak. kemas barang pon tak pandai (maksud aku lebih kepada kekemasan), cemerkap. ada beberapa benda yang aku dah rosakkan. HAHA ! Mie ni jenis cermat. dan sebab tu la kot dia melengkapi hidup aku. hehehe ! sampaikan Mie pernah cakap.. aku ni memang jenis merosakkan harta ja. dia memang tukang beli. HAHAHA ! bila statment ni keluar.. aku memang gelak besar.. bila pikir balik.. perancangan Allah tu memang tepat. kami saling melengkapi. Aku dah syukur dah.. Anak.. erm.. malas pikir dah. tapi dalam malas-malas aku.. aku buat gak treatment ok. HAHA ! berserah je la.. Alhamdulillah.. setakat ni kami enjoy dengan kehidupan kami. Aku dah tak nak apa dah. cukup ada suami yang sudi terima kelemahan aku.. dan aku melengkapi suami aku.. dah cukup bermakna dah birthday aku.. 

Kami punya cara birthday celebration, senang je.. masa birthday, kuar pegi makan. Dulu, masa duduk Semenyih.. dan sekitar Kajang. masa birthday aku ja.. tak de benda lain aku request. sushi ja la. lepas tu beli la kek sepotong kat secret recipi. kek sorang sepotong. lepas tu birthday Mie pon sama. memang tak de tempat lain lah.. Sushi King, Metropoint, Kajang. Lepas amek aku dari tempat kerja, terus pegi makan. dengan baju kerja nye.. nak-nak Mie. siap overall. HAHA ! tappi yang pasti.. birthday aku ke.. birthday die ke.. die la yang bayar ! HAHA ! Mie cakap, birthday lebih indah kalau aku masak sendiri. contoh. aku la buat kek. aku la masak masakan yang aku tak pernah masak sebelum ni. tu istilah birthday celebration bagi laki aku. lain sket.. tapi aku pon layan je la.. tak de nak tacing ke ape . best jugak.. laki aku nak hasil tangan isteri lagi sweet. HAHAHA !

Tahun lepas aku tak bagi hadiah pon kat Mie. masalah kewangan aku kot. aku pon dah tak ingat. HAHA ! tapi alhamdulillah Mie tak pulak merajuk ka apa. tapi aku pulak serba salah. serba salah je la. tapi tak bagi pon. HAHA ! taon ni tak tau lah.. dengan aku tak kerja nya.. tengok rezki macam mana. tapi, last-last dia mesti cakap.. duit dia jugak hadiah dia tuuhh ! HAHA ! tu la.. aku nak keja.. dia banyak songeh bagi syarat. erm.. ye lah.. aku ni isteri. dah laki bagi syarat lagu tu.. makna nya laki tak kesah la aku ni tak keja lagi. cuma melayan dia ja la kat rumah. makan dia.. memang complete ! dari pagi sampai malam ! nak tidur pon boleh request air lagi ! yea la.. mentang-mentang aku ni surirumah sepenuh masa kan..

Panjang aku melalut kali ni. tu mukadimah okk ! HAHA !

Dok Langkawi, dah takde sushi king. so, g makan ikan bakar je la. aku yang pilih tempat tu. best jugak. melantak tak hengat ! g makan kat Restoran Nelayan. sedap pon sedap. cuma takde lah candle light dinner tuh.. aku kesah apaaaa... janji makan sedapp ! hehehehee ! dan kami , hanya berseluat track !  no jeans, no dress kembang payung . HAHA !

memang tak pandang kiri kanan lahhh ! 

settle walaupon diberi tembikai percuma.. tak daya nak habiskan. kenyang giloo
semenjak pindah Langkawi ni.. lain macam. dah ghupe kembar siam. yea la.. tempat baru, kawan tak de.. so, masing-masing saling memerlukan. pegi pasar setengah jam pon nak pegi berdua. g kedai runcit 5 minit pon nak ikut. hahah !

Terima Kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang mendoakan aku.

Sempena birthday untuk yang ke 29, 

Semoga aku menjadi isteri yang dapat melengkapi suamiku. Terima Kasih menerima diri ini seadanya. semoga kita bersedia menempoh onak duri dimasa akan datang..

dah bunyi macam ucapan anniversary pulak. tapi tu lah aku ucapan birthday aku. tak de yang lain dahhh !


ok, bye !! =)

01 April 2015

Tragedi 1 April

Hehehe !

permulaan aku macam tu.. bermakna.. ni cita dah basi. tapi masih nak mengabadikan pengalaman ni dalam blog ni..

fuhhhh ! (kekonon tiup sebab blog berdebu)

Al kisahnyaaa...

Jiran depan rumah aku. memang dah sarat dah. masa hujung bulan 3 tu.. tapi baby tak nak keluar. seronok dok dalam perut letteww.......

1 April tu aku pegi keja macam biasa. balik pon lewat macam biasa. (lewat sebab tunggu Mie datang amek)

Sampai dalam kawasan rumah aku.. terkejut. tengok ada ambulans dekat blok aku. dok pikir-pikir ada kematian lagi ke ? sebab beberapa bulan lepas blok aku tu ada cina mati bunuh diri. scary tak ?? HAHA ! aku rasa biasa je la. tak de budak-budak histeria ke apa.. tak dengar cerita lagi lah setakat ini..

Masa masuk parking baru aku teringat.. Ina jiran depan rumah aku tu.. maybe dia.. sebab dia memang dah sarat sangat dah.. sebab suami dia Man tu ada gak call aku masa aku kat opis ni pesan-pesan tolong tengokkan Ina kot kot dah nak bersalin tolong bawakkan Ina ke hospital. Aku ni.. tak de kenderaan.. maybe aku boleh mintak tolong kawan-kawan aku la kot. tak pon tolong telefon ambulans..

So, masa dalam keta.. tengah parking tu..

aku : "Agak² sapa yang sakit tu..."
Mie : "Entahh..."

Masa naik tangga.. nampak macam orang dok jenguk-jenguk keatas.Pastu.. baruuu aku teringat.. Ya Allahh !! Inaaaa ! terjerit sikit. dan aku pon laju ja naik tangga. Mie pon sama. Naik atas.. memang betul pun Ina.. Sampai depan pintu ada staff lelaki tengah tunggu kat luar.. dan dia cakap Ina dah bersalin !!! sekarang ada 2 nurse tengah potong tali pusat.

Terus aku masuk. Mie tak masuk la..ni hal orang pompuan kan.. masuk² bau darah. Ina bersalin betul² mengadap pintu. tapi nasib baik la ada nurse tolong hadang dari pandangan luar dan aku pon tolong hadang jugak. sebab segan kot.. ada 2 nurse tengah buat apa yang patot.. aku tak pegi tengok pon.. sebab aku pikir.. kalau aku yang beranak tu pon aku sean orang lain dok tengok.. Husband Ina, Man ada jugak. bereluh-peluh dia.. yea la.. bini beranak kat rumah.. tak sempat nak bawak g hospital sebab baby nak keluar sangat² dah..

Alhamdulillah.. baby keluar kepala dulu.. dipermudahkan oleh Nya..

1st tme wehhh tengok baby freshh macam ni

Lepas nurse selesai buat apa yang patut tu.. Ina kena g hospital jugak. rumah flat kan pastu takda lift pulak tu... nak tak nak memang kena orang tolong angkat untuk turun ke bawah, naik ambulans, dan terus ke hospital. Sekali dengan baby dibawa untuk pemeriksaan selanjutya. Aku ingatkan kalau beranak kat rumah baby dah tayah pegi hospital. ape pendek pemikiran aku. HAHA!

4 orang lelaki angkat Ina guna kain. setiap sorang pegang setiap penjuru. Aku nampak Ina senyum malu. Haha! pulak tu.. husband dia pulak bolehh pulak bahan Ina berat. HAHA! dalam dok kalut.. sembat bahan bini.. ekekeke! pergh! dugaan betul.. dari tingkat 5 tuuu!! bawak turun.. dah la tangga sempit.. bertabah ja la..

Dah setahun pon kejadian tu.. baby pon dah besaq dah.. cukup setahun dia hari ni.. dan cukup setaon la aku baru cita pasai ni. HAHA !

Nur Alya Husna Bt Abd Rahman
Happy Birthday, Adik Husnaa !

*gambar cilok kat fb Ummi dia.. hehe !*

sekian sahaja cerita tahun lepas, dan dicampur untuk tahun ni.


ok, Bye ! =)

29 March 2015

Teman Lelaki Upahan : Tak Boleh Move On !

Sejak jadi surirumah ni.. aku dok layan drama jek. tapi drama melayu ar. Aku tengok online. drama-drama mana yang aku terlepas.. mesti aku start tengok. walaupon lambat.. janji.. aku tengok.

Yang terbaru.. aku rasa episod drama ni dah hujung-hujung dah.. Orang dok cakap best. sana sini dok cakap pasal drama tu. Aku buat tak tau ja.. dok layan drama lain. Nak tau apa drama tu?

TEMAN LELAKI UPAHAN.



Hahaha ! orang dah dua puluh lebih episod.., aku baru nak tengok episod 1. Aku tak minat nak tengok sebab tengok pelakon dia.. cam tak best. HAHA ! tapi, ada la rasa nak tengok. sebab tengok hero dia. Ungku Ismail tu. Aku pernah tengok drama dia belakon sebelom ni. best jugak. tapi watak dia dalam drama tu cam serius, sedih.. so, aku ingatkan dalam TLU ni pon sama lahhh..

Bila settle episod ke 2. wallaweyyy ! aku tak tenteram dah nak maraton cita ni... Pagi-pagi, masak cepat-cepat. settlekan semua benda secepat mungkin. pastu start la maraton. bila aku dah start tengok.. bila Mie balik.. Mie pulak marah aku. kata aku tak tunggu dia.. arghhh ! dah kenapa kauu? lepas tu.. nak tak nak.. memang aku kena maraton lepas dia balik. so.. setiap hari.. aku memang tak sabarrrr tunggu Mie balik keja ! ohhmenggg... lambat nauuu nak tinggu pkul 5.30ptg setiap hari.. seboknyaaa dia nak layan jugak drama nihhh .. 

So,  aku amek masa 3 hari untuk maraton.. naseb baik lah 1 hari tu cuti. memang tengok sampai sampai pagi. naseb baik lahh internet memberi kerjasama dengan baik. sikit-sikit ja sangkut nye... masa episod akhir kat tv.. aku sanggup tak tengok sebab tak nak hilang mood nanti. tak suspen la kunun... kuikui ! 

sengal dan secocok
*gambar sumber google*

Kenapa aku suka sangatt tengok cita ni?

Sebab aku suka watak si El. dan suka tengok si cantek Kyra Lydia. El yang sempoi, kelakar, bergaya, manis.. (Bagi aku.. Ungku Ismail biasa-biasa sahaja. bukan tahan handsome teruk) dan aku suka.. bila El dengan bestfren dia.. Adam. rilek jek.. cool jek. macam tak berlakon. setiap kali ada diorang berdua.. memang TAK SAH lahh, kalau tak gelak.. eh ! tetiba suka Adamm jugak. sengal !
Kalau nak tau.. sampai sekarang aku angau lagi. bukak you tube pon asek tengok lagi klip promo yang ada. lepas tu, google pulak.. pastu guna # tengok pulak kat ig. angau kan? HAHA ! hari-hari aku dok bukak ig Ungku Ismail tuh.. KAHKAH ! ok.. bukan angau rasa nak kawen okk... jangan salah paham.

Lagu-lagu dalam drama ni pon BESTTTT ! aku dah buat playlist kat youtube. pastu aku play je sepanjang hari. HAHAHA ! gila kan??



ok, bye ! =)

23 March 2015

Kegemaran Sepanjang Masa

Aku memang pantang nampak 2 benda ni... Pantangggg ! Pantangg jumpakk ! kalau tengah diet pon.. aku sanggup skipp ! tengah taip sekarang ni pon aku terlioq. uishhhhh !

sama macam laksa. benda ni aku boleh makan setiap harii ! tak dak masalah. senang. berakkkk je hari-hari..kuikuikui !

Aku balik kampung weekend hari tu. sekarang syok sikit balik kampung.. tak lama perjalanan. Dalam 2 jam.. sampai la rumah. hehehe ! Tu rumah mak aku.. tambah lagi setengah jam.. sampai la umah tok aku. kampung aku la..

Memahami kegemaran anak menakan dia.. Pak Tam aku dengan pantas.. terus p kait buah pelam. kebetulan.. ada 1 pokok tu jenis berbuah tak ikut musim. uisshhh ! syok la chekkkk !

sambal belacan Mak Jang aku dah siap-siap buat dah. Dia pon paham. ramaiii kaki menyicah kat rumah tu. hehehe !

So, apa lagi.. jemput terlioq naaa

ok, bye !

20 March 2015

Masa Lapang & Cuti Sekolah

LIMA 2015 bermula dari 17 Mac - 21 Mac yakni.. musim cuti sekolah. Dan Mie.. pon terlibat. aku bosan gak la. dia busy dari pagi sampai malam. bukan dia ja. rasanyaa.. 1 Langkawi busy.. genius otak Tun M. betapa beruntungnya Langkawi. bila ada event besaq lagu ni.. yang untungnyaaa penduduk jugakkk.. dari cleaner hinggalah menteri.

takmauu cita pasai LIMA 2015. nak cita.. LIMA 2015 ni kan musim cuti sekolah. dah alang-alang Mie busy. lepas tu kena melayan opismate dia yang mai tidoq kat ghumah...(sebab tak dapat booked hotel. hotel penuhhh! ) aku pon ajak la adik-adik aku yang gegel mai ghumah aku. depa pon cuti sekolah. Yang free.. si bongsu tu lah. a.k.a maggi. dia ja dok ghumah asek membesaqkan badan. Adik aku yang Hanim tu.. walaupon masih bersekolah tingkatan 6.. petang-petang dia keja partime di kedai runcit ( lebih kurang,) dekat ghumah aku. memandangkan ghumah aku dalam kawasan penempatan pelajar Unimap. 

Depa mai ari Isnin (aku taip entry ni hari Khamis) So, ari Isnin tu aku bawak pegi Cabel Car (akan aku upkan entry kemudian) Lepas jalan-jalan kat cable car.. Hanim balik Kangaq. kiranya.. mai Langkawi balik haghi la..  Kemarin (yakni semalam) aku bawak laa.. si Maggi ni p Dataran Lang. Ni kan tempat wajib bagi sesapa yang mai Langkawi. macam tak best arr mai Langkawi.. tak dak gambaq depan helang besaq kat Kuah tu...

Dah alang-alang dah p.. dalam kawasan Dataran Lang tu.. ada la tasik.. (tasik kaaa? ) ada ikan banyak jugak aku nampak. pernah nampak orang saja santai-santai p bagi ikan makan. so, aku pon berniat nak bagi makan ikan gak la. syok woo tgk ikan dok kurumun makan.

Nampak tak? ikan dok kerumun tuuu. ( sebanaqnyaaa.. mood p snokeling kat Pulau Sapi tak habehh lagikk . KAHKAH )
Gigih tak Mak Longgg?? hehehe ! 

Lepas bagi makan ikan.. baru layan adik aku posing-posing.. besa la... tak penah mai.. layankan aja.. oh.. adik aku memang giant. aku katik. tapi size xxl. ekekeke ! Dataran Lang kemarin ramaiiii orang. ada la berbas-bas dok benti. hangat-hangat lagu ni.. aku terpikiaq.. kan bagus kalau aku juai ayaq kat sini. HAHAHA ! macam-macam nak juai. tapi.. sampai laaaa tak p buat lagi SSM. haihhhh ! moga diberi hidayah untuk aku percepatkan urusan.. kihkih ! Musim LIMA.. so, yang mai dari jauh tu..(atas urusan kerja) amek la peluang ni.. jalan-jalan Langkawi.

Yang nampak macam semut tu.. orang. hehe ! hari-hari biasa.. tak seramai ni..bagi aku.. ni kira ramai la... =)
Ni bukan kakak aku. ni adik aku. dia size giant. aku size sizuka.. ekekek ! 
syok tak sangga la tu.. boleh jumpàk helang. tunggu la cuti sekolah lain pulak.. mai lagi Langkawi.. mai sampai cemuih na.. 
Memandangkan aku surirumah sekarang.. memang aku menggalakkan kawan-kawan aku mai ghumah. senang aku nak melayan
 tak la gelut nak kheja.. pastu kat tempat.kheja tak senang duduk sebab kawan-kawan mai ghumah. so, sapa nak mai.. apa lagi.. call ler.. hehehe !


ok, bye ! =)

19 March 2015

Kenduri

Hye !
HAHA ! aku tauu.. LAMAAAA aku tak update blog. sekarang ni.. bukan masalah tak daq masa. masalah tak daq mood. ntah la.. rutin aku sebenarnya.. ada ja masa senggang yang memboleh kan aku cerita panjang berjela. tapi biasa lah alasan aku. TAK DAQ MOOD.

nampaknya sekarang dialek bahasa pon dah lain dah. HAHAHA ! biasa lah kann.. masuk kandang kambing mengembek. masuk kandang harimau mengaum. tapi.. selama aku dok Selangor.. aku tak lupa bahasa ibunda aku aihh.. cuma jarang guna.. tu yang dulu bahasa dalam blog ni.. lebih kepala 'pelet kL' . ( orang utara ja paham pekataan ni. )

Aku melalut eh? eh, macam tak biasa. Bukan selalu ka mukadimah panjang, pastu tak daq kena mengena dengan tajuk. kuikuikui !

Sedaq tak sedaq.. 7 tahun aku merantau di negeri orang. ok.. sekarang pon masih merantau. cuma naseb bekk sebelah negeri ja.. selama 7 tahun.. aku agak jaghang balik kampung. melainkan musim perayaan atau cuti lama.. selama 7 tahun tu. aku dah miss banyak kendughi kawan-kawan aku. termasuk lah bff sendighi ! T_T (mintak maaf wan.... ) so, sejak aku jadi sughi ghumah ni.. dan aku tak bersosial, melain kan bersosial dimedia sosial. ( naseb bekk la.. la ni ada whatsapp, fb segala mak nenek.... )

Baghu-baghu ni.. kawan aku panggey makan kenduri dia... kali ni aku kata dalam hati..

'AKU NAK P'

Aku ghasa.. lamaaa kot.. aku tak p makan kendughi... ohh ! sebenaqnya.. masa kendughi aku dulu.. aku ghisau jugak.. kot-kot tak dak oghang mai kendughi aku. Tapi Alhamdulillah... ada jugak yang mai. ya lahh.. banyak kendughi aku tak p...

Kali ni.. sejak dok Langkawi.. memang aku cuba nak memenuhi undangan kendughi kawan-kawan skolah aku. In shaa Allah dengan izin somi...

Haghi ni aku balik Kangaq.. memenuhi undangan perkahwinan schoomate aku. dari darjah 5 sampai laaa... ke tingkatan 5.. sama sekolah.. p dengan bff kuu ! Wan.

cuaca kat Peghleh hangattttt tu jangat cakap lahh.. ya lahh.. negeghi paling panasss di Malaysia okk.. bagi aku.. p makan kendughi... bek panaih.. dari hujan. kalau hujan.. lecah laa.. selut la.. kalau majlis kenduri tu mendung.. untung laa pada emlunya majlis.. tetamu mesti la sukaaa...

ok lah.. takat tu ja aku nak melalut.


Selamat Pengantin Baghu, Aween !


18 February 2015

Jadual Nat, Pasar Malam Dan Pasar Tani Di Perlis

Bagi yang suka p pasar malam atau pasar pagi.. kat Perlis panggil pasar pagi tu Nat. aku rasa jadual ni berguna. Aku suka ja p pasar malam ataupun p Nat. semua benda ada situ. au penah cita pasai Nat Simpang Empat kat SINI

JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI di PERLIS
Ahad Nat pokok getah (pauh) Nat mata Air Nat Behor Lateh Nat Kuala Perlis Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji Pasar Tani Taman Sena Kangar Up Town Simpang 4 Syed Kassim Pasar Malam Balai Baru Pasar Malam Kaki Bukit
Isnin Pasar Malam Abi Nat Balai Baru Pasar Tani Arau Pasar Malam jejawi Pasar Malam Guar Sanji Pasar Malam Kuala Sanglang
Selasa Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit Pasar Malam Kuala Perlis Pasar Malam Lubuk Sireh Pasar Malam Bukit Keteri
Rabu Nat Balai Baru Nat Arau Pasar Malam Stadium Kangar Pasar Tani Seriab Pasar Malam Kok Mak
Khamis Pasar Malam Anjung Keli Pasar Malam Pauh Pasar Malam Titi Chai Utan Aji Nat Santan Pasar Tani Pekan Simpang 4 Pasar Malam Taman Melati Indah Pasar Malam Batu Bertangkup
Jumaat Pasar malam Arau Pasar malam Titi Tinggi Nat behor Lateh Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Pokok Getah Pauh Pasar Malam Ngulang
Sabtu Nat Balai Baru Pasar Tani Taman Sena Kangar Pasar Malam Jejawi Pasar Malam Semadong
Ahad Nat pokok getah (pauh) Nat mata Air Nat Behor Lateh Nat Kuala Perlis Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji Pasar Tani Taman Sena Kangar Up Town Simpang 4 Syed Kassim Pasar Malam Balai Baru Pasar Malam Kaki Bukit
Isnin Pasar Malam Abi Nat Balai Baru Pasar Tani Arau Pasar Malam jejawi Pasar Malam Guar Sanji Pasar Malam Kuala Sanglang
Selasa Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit Pasar Malam Kuala Perlis Pasar Malam Lubuk Sireh Pasar Malam Bukit Keteri
Rabu Nat Balai Baru Nat Arau Pasar Malam Stadium Kangar Pasar Tani Seriab Pasar Malam Kok Mak
Khamis
Pasar Malam Anjung Keli Pasar Malam Pauh Pasar Malam Titi Chai Utan Aji Nat Santan Pasar Tani Pekan Simpang 4 Pasar Malam Taman Melati Indah Pasar Malam Batu Bertangkup
Jumaat Pasar malam Arau Pasar malam Titi Tinggi Nat behor Lateh Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Pokok Getah Pauh Pasar Malam Ngulang
Sabtu Nat Balai Baru Pasar Tani Taman Sena Kangar Pasar Malam Jejawi Pasar Malam Semadong

**jika ada salah silap, harap dimaafkan. info ni pon aku dapat dari group WhatsApp.**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...