16 September 2017

Durian Perangin, Langkawi

sebenarnya hp aku rosak nak dekat setaon. aku pakai hp biasa-biasa pon dekat setaon sebelum dapat pakai hp up sikit dari biasa. haha! ya lah kita bukan orang senang kan. nak beli  hp pon up skit pon makan masa setaon. sebab tu banyak gambar 2 taon lepas. masa tu pakai note 2, gambar elok la jugak dari hp biasa-biasa tu.

sebenarnya dah lama aku dah watermark kan gambar-gambar ni. tapi biasa la mood nak update kelauttt memanjang. so terima lah cerita 2 taon lepas dari aku. alaaa janji berupdate kan? lagipun lokasi yang aku pegi tu tak berubah sangat pun. masih dalam keadaan sama berdasarkan pemerhatian aku kat fb & instagram kawan aku yang pegi. 

Macam biasa, masa mula-mula aku pindah Langkawi, boleh dikatakan setiap minggu kitorang keluar. siap susun lagi jadual minggu ni g sana.. minggu depan g sana sinunnn. atoq baikkk punya la.. 

ok kali ni kitorang g Durian Perangin. 

Mie cakap nak riki tempat kot-kot nanti nak cari tempat nak bekelah, nak mandi air terjun bagai.. 

Memandangkan masa ni aku duduk betul-betul dalam pekan Kuah, so aku rasa dalam setengah jam perjalanan ke Durian Perangin.

Durian Perangin ni tempat air terjun tau. Bukan dusun durian, tauuu ! 



cerita pun 2 tahun lepas kan.. Mie pon kurus masa ni. 

Aku pun tak terkecuali. Masa ni jiwa kental dok buat Atkins. sekarang? hampehh ! jiwa tak sekental dulu.
kawasan disini berbukit. dah nama air terjun kan. tapi sepnajng jalan nak ke tempat air terjun tu memang mendaki je keje. naseb la aku tak pakai sandle masa tu. kalau tak, mau jenuh jugak. silap-silap tercabut.

aku punya mengah masa jalan jangan cakap la. yea la selama ni aku travel dari bilik aku ke dapur ja. tak de jalan berbukit pon. bila aku datang sini memang mendapat lah.

Ni la air terjun nya
 aku pon tak pasti masa aku pergi, air surut ke ape. tapi air terjun ada surut ke? ke masa tu masa kmearau  ntah. air setakat tu je la. baru-baru ni aku tengok kawan aku pegi, air banyak. so aku beranggapan masa aku pegi tu musim kemarau. musim panas laaa.. dah sebut kemarau terbayang kering kontang plak kann..

aku yang sekarang tengok gambar je pon aku rasa macam mengah wehhhh
 

nak turun, curam. haa nampak air sebelah tuu


Tempat ni ok la. ada pondok dan tempat nak bbq. Tandas pon ada. kedai pon ada depan-depan ni. nak kedai jual baju ke, slipar ke, topi ke.. ade semuaaa.. 

lepas tu kedai makan pon ada. masa aku g ramai mat saleh je la. diorang just datang kejap. panjat sampai atas tempat yang aku dok mengah sangat tu. kendian turun. tu je la. tak de nak mandi ke apa. maybe tengok air macam surut la kot. tapi yang best nya kemain diorang ni. rilek ja panjat. macam tak ada apa. geram plak aku. aku yang lebih-lebih mengah ni weyy ! 

abaikan tong sampah tu yea. aku nak ambik gambar signboard tuuu

Kalau nak datang sini tak ada dikenakan bayaran masuk pon. free. tempat kecik je. Orang pon tak ramai. masa aku pegi la orang tak ramai. masa aku tak pegi tak tau. tapi aku rasa tak ramai yang datang sini. sebab tumpuan lebih ke laut. yea la.. dah nama datang Pulauuuu Langkawi. dah terbayang pantai lah kannn.. 

kepada yang kerap sangat datang Langkawi yang semua tempat dah pergi kecuali Durian Perangin ni, boleh la datang. Aku pegi tak mandi pon hari tu. just riki tempat. so tak tau macamm mana keadaan bla berkelah dan mandi manda disitu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...