Kat rumah ada 3 ekor kucing jantan. Yen, Shiro & Max.
Yen |
Shiro |
Max |
Yen ni anak Che Minah kucing yang selalu mai rumah aku mintak makan dan kucing pertama yang menjadikan rumah aku sebagai labour room.
Yen dah kasi. Dia cool, penyayag, manja & suka main. Main pun macam kitten. Dia tak kesah hal orang. Dia buat hal dia sendiri. Kalau ada wetfood dalam cage pon dia cerdik hulur tangan tarik pinggan wetfood tu ke tepi. Pandai 'mencuri' la senang cerita. Yen ni aku dapat nama sebab dia oren. Lepas tu aku teringat kucing Pak Tam aku nama Oyen. Aku suka nama tu. Oyen tu pon, manja gila dengan Pak Tam. Maka, lekat la nama Yen.
Yen dah kasi. Dia cool, penyayag, manja & suka main. Main pun macam kitten. Dia tak kesah hal orang. Dia buat hal dia sendiri. Kalau ada wetfood dalam cage pon dia cerdik hulur tangan tarik pinggan wetfood tu ke tepi. Pandai 'mencuri' la senang cerita. Yen ni aku dapat nama sebab dia oren. Lepas tu aku teringat kucing Pak Tam aku nama Oyen. Aku suka nama tu. Oyen tu pon, manja gila dengan Pak Tam. Maka, lekat la nama Yen.
Shiro ni aku beli kat Kodiang. Macam mana aku boleh beli kat sana? Aku cari dalam group FB. Ada group jual beli kucing berbaka kat FB tu. Ntah macam mana hari tu aku g petshope kat Langkawi. Ternampak seekor kucing putih macam Shiro. Terus jatuh hati. Lepas tu aku dah kemaruk kat kucing warna putih. Masa tu aku keja site clerk, hari-hari aku dok cari sapa ada jual kucing putih. Memang aku tak cari benda lain. Aku memang cari kucing warna putih ja. Sampaikan budak opis aku masa tu kata..
“Kak ni tak habis-habis dengan kucing!”
Nak buat macam mana, aku kalau suka kan sesuatu, memang aku cari sampai dapat. Selagi tak dapat, selagi tu aku dok mencari.
Aku tak tau apa baka si Shiro. Aku paling bekenan kat dada dia. Bulu kembang macam singa. Shiro ni karektor dia belagak, ego tapi suka dibelai. Tapi kita yang kena p kat dia. Kalau nak tunggu dia mai kat kita, memang tak.
Macam mana boleh dapat nama Shiro?
Nama Shiro aku amek nama anjing Sin Chan. Haha! Nak nama Jepun konon nya.
Max pulak aku dapat dari kawan aku kt Langkawi ni. Kawan dari group kucing. Group whatsapp ok. Jangan nak buat- buat terkejut. Aku ni 1st time bela kucing. Aku tak tau nak rujuk dengan siapa. Selalu aku akan google tak pon aku search kat group FB kucing. Kadang pernah post jugak. Tapi jawapan macam lambat dapat. So aku join la group whatapp pencinta kucing kat Langkawi ni. Apa aku tak faham, semua aku tanya. Memang tak jadi silent reader la. Asek bertanya ja. Sebab bagi aku biar bodoh sekarang. Jangan bodoh sampai bila-bila. Aku pulak jenis bila dah sayang tu. Memang aku sayang betul-betul. Jaga betul-betul. Tak ada main-main. Sebab aku rasa nai tanggungjawab. Kalau bela kucing pon main-main, macam mana nak bela anak sendiri esok-esok? Lagiii besar tanggungjawab kan?
Ok berbalik cerita Max. Max ni manja. Nampak ja kita, terus mai, lepas tu jatuhkan badan atas kaki mintak kita gosok dia. Bila kita sebut nama dia, dia pon pandai menyahut. So, memang aku suka panggil Max ni dan Max pon akan mai kat aku gesel- gesel kaki lepas tu bammmm! Jatuhkan badan atas kaki aku. Macam mana aku boleh dapat nama Max? Max aku dapat dari movie. The Secret Life Of Pets. Hero cerita tu nama Max. So, aku letak la nama Max.
Max ni pun penyayang. Dia jilat-jilat kitten yang aku kutip sementara dapat adopter. kiranya dia rajn melayan kitten. tapi, ada makna la.. lepas jilat-jilat tu, dia gigit tengkuk nak ehem-ehem. heran aku dia ni bernafsu dengan yang kecik.
betina besar ada 2 ekor yang aku tak kasi lagi. tapi dia manja dengan sekor tu, Opi. sebab Opi yang manjakan dia dari kecik. kira Opi la mengasuh dia. walaupun Opi ni on heat, dia tak pernah panjat. selalu dia g jilat-jilat Opi. Sayang la konon nya.
Nampak tak ciri-ciri nama kucing-kucing aku?
Max ni pun penyayang. Dia jilat-jilat kitten yang aku kutip sementara dapat adopter. kiranya dia rajn melayan kitten. tapi, ada makna la.. lepas jilat-jilat tu, dia gigit tengkuk nak ehem-ehem. heran aku dia ni bernafsu dengan yang kecik.
Tengok macam mana dia dok mengayat budak ni. budak ni pon asek la mengekor dia suruh dia jilat-jilat |
gini la selalunya. Max dengan Opi. macam kakak dengan adik. memang selalu berdua. |
Melayu ada, Jepun ada, Omputeh pon ado.
Tapi kali ni aku nak cerita 3 ekor kucing jantan aku.
Sejak kebelakangan ni, Shiro suka serang Max. Max pon pandai menderam. Dulu boleh dok dekat-dekat. Sekarang kalau nampak Shiro, Max menderam sambil lari kat ke tempat lain. Bergaduh pun selalu. Yang aku pelik, Shiro ni yang suka serang Max. Tapi yang teruk luka tu, si Shiro. Max tak ada apa-apa pon. Steady ja.
Shiro baru kena belasah dengan Max |
Mie ada cakap Shiro ni jeles sebab asek melayan Max. Tapi aku cakap, takkan la. Nak jeles apa nya. Lama dah duduk sekali. Dulu siap dok jilat sesama sendiri lagi. Kiranya aku tak boleh terima la yang Shiro ni jeles kat Max.
So hari ni macam terbukti la apa Mie cakap tu.
Shiro jeles aku asek melayan Max!
Pagi ni aku macam biasa la lepas Mie g keja, aku berkurung dalam bilik tanpa kucing-kucing aku. Tetiba Shiro dok bising-bising depan pintu. Panggil aku suruh bukak pintu. Aku bagi dia masuk. Dia masuk, tapi asek la melompat nak keluar ikut tingkap. Oh! Nak keluar agaknya. Sebab kucing- kucing aku, aku akan bagi diorg melepak depan rumah. Cuma bukak pintu bagi diorang layan pemandangan luar.
Bila bukak pintu, Shiro ni keluar sekejap sahaja. Asek la bising panggil- panggil aku lagi. Kebetulan, rumah aku ada sekor kitten yang aku kutip kat pasar . Tak ada orang nak adopt lagi. Si Shiro ni asek la pegi kat dia. Kitten tu pon dok meow-meow. Oh! Lapar agaknya. Sebab kitten ni tak pandai sangat makan kibbles. Dia makan wetfood yang dalam tin tu. So aku amek letak kat kitten tu. Gelojoh kitten tu makan. Bersalah pulak aku. Terlambat bagi makan.
Lepas kitten tu makan, baru la Shiro ni g melepak tempat biasa dia kat depan grill! Tak panggil aku dah! OMG! Dia nak bagitau kat aku yang kitten tu lapar rupanyaaa!
Budak ni la tak ada orang nak adopt lagi. so duduk la sekejap di rumah aku sementara dapat adopter |
Aku cari dia, angkat letak dengan aku. Usap-usap dia. Sambil cakap
“Good boy la ci ni” (nama manja kitorang panggil dia Ci)
“Pandai la Ci ni bagi tau Adik lapar yea” ( adik, adalah nama sementara untuk kitten tu)
Aku puji dia sambil usap badan dia, garu tengkuk dia, garu kepala dia. Dia pon diam ja. Merelakan. Dan maybe tengah bangga. Ada la dalam 2 langkah dari tempat aku duduk dengan Shiro, Max dok memerhati.
Lagi aku garu sambil puji Shiro, Shiro layan sambil tengok Max. Jeling.
Oh! Binatang pon tau jeles ya? Binatang pon tau bangga ya?
Rupanya betul la cakap Mie. Shiro ni jeles kat Max!
Binatang pon pandai jeles, apatah lagi manusia kan?
Harap manusia yang dikurniakan akal, bijak menangani cemburu masing-masing. Kalau tak cemburu, macam menipu pulak kan?
Manusia normal, mesti lah ada perasaan cemburu.
Cemburu, biar berpada.
Manusia normal, mesti lah ada perasaan cemburu.
Cemburu, biar berpada.